Thursday, October 21, 2010

STAYING ALIVE....HMMM....;-P

Salam buat semua...amboiiii...dah dua hari saya tidak menulis di blog ini. Masa begitu mencemburui...dan diburu oleh tugas2 yang kian menekan perasaan...hehehe...actually hari ini saya mc kerana diserang minor migrain since semalam...hmmm...entah ape la yang menyebabkan ni semua berlaku....saya tahu malah Allah lebih mengetahuiNya...

Malam ini ada sedikit kenduri kesyukuran di surau sbagai mensyukuri rezeki yang Allah berikan pada saya dan anak2 pada Ogos yang lalu....alhamdulillah.  Walaupun mc...jadual tetap penuh..sakit di kepala masih berat terasa...di luar kemampuan saya untuk memikirkan dan menanggungnya...itulah kesannya. Along akan menduduki  SPM sebulan dari sekarang..semoga dirinya akan sentiasa sedar betapa pentingnya kejayaan itu buat dirinya sendiri....sebagai ibu..saya tetap dan sentiasa memberi dorongan dan mempercayai keupayaan along....

Something yang ketara sejak akhir2 ini..spirit saya kian hilang..saya cuba mencari dan mengumpulnya semula...berfikir secara rasional dan muhasabah diri....terlalu banyak kekurangan yang masih perlu diperkayakan..saya bermohon agar sentiasa dilindungi dan diberi kekuatan minda, jiwa dan kudrat untuk menghadapi segala cabaran ....biarpun diri saya begitu kerdil di sisiNya.

Anak-anak adalah kekuatan saya...sehingga saya boleh menjadi superwoman..hehehe...esok saya akan kembali ke sekolah. Moga akan ada cahaya baru di esok hari...minda kita perlu sihat untuk menghadapi kehidupan ini....teringat pula di hati hajat tak kesampaian nak buatkan peach jelly hari tu untuk anak2..hmmm.yummy..jap gi nak tunaikan hajat..amin. Anak-anak ni..masakla apepun...nikmat air tangan ibu memang sedap bagi diorang...tak pernah complaint..makan bertambah...mulut memuji...hmmm....itulah penyejuk hati...

So..have to go now...nak rest sekejap...n..selepas itu akan settlekan keja dlm umah ni...hehehe..nak wat  peach jelly..oh ya..esok birthday angah yang ke 15..dia tu happy sangat sebenarnya cz kekawan dia akan hadiahkan chocolate cadburry kegemaran dia....hmmmm...memang hantu coklat minah ni..hehehe...hinggakan ke hadiah utk keputusan PMR pun dia nak coklat berbalang2..hahahaha....so untuk Angah..mak doakan angah akan lebih matang dalam hidup, ingat adab susila antara anak dan ibubapa dan juga adik abang...bersyukur dalam kekurangan yang ada...masih lagi kita dapat menikmati sesuatu yang kita idamkan...jaga diri baik2..dan pleaze luvs mum k...

To all bloggers n my fb followers..thanx for the sharing of opinions n advices...n let us make our life full of grateful n cheerful moments...Along, angah, dida n yaya....mum luvs u...;-p

2 comments:

Anonymous said...

salam super women.... yang dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wataala dengan menjunjung titah perintah dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dilarangnya.

Fitrah manusia suka kepada ketenangan atau Sakinah iaitu kehidupan bersuami isteri seterusnya berkeluarga. Hidup berkeluarga ini pada dasarnya lebih berat, dan tenteram berbanding hidup berseorangan, membujang atau menyendiri .

Hubungan suci seseorang lelaki dan perempuan yang mukallaf melalui ikatan perkahwinan ini menggambarkan corak kehidupan sempurna yang diredhai Allah Subhanahu Wataala dan dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Rumahtangga yang dibina merupakan alam pertama yang boleh menentukan sejahtera atau tidaknya sesebuah masyarakat, seterusnya dapat melahirkan zuriat keturunan atau jenerasi yang soleh dan bertakwa bagi kesinambungan umat.

Kesejahteraan dan kerukunan berumahtangga adalah idaman setiap keluarga. Tidak ada yang mahu hidup berpecah belah, berselisih faham, bersengketa, bermusuhan dan sebagainya yang tentunya membawa kepada kebinasaan dan kehancuran.

Memang tidak dapat dielakkan kadangkala berlaku kepincangan dalam sesebuah rumahtangga itu, adanya keretakkan hubungan antara suami isteri berpunca dari pelbagai sebab antaranya masalah nafkah, ekonomi, pergaulan bebas diluar rumah, tidak ada rasa hormat antara satu sama lain, tiada persefahaman, pengaruh atau hasutan orang lain, ketidakadilan dan lain-lain lagi, inilah yang mendorong kepada bibit-bibit perceraian antara pasangan suami isteri yang berkrisis.

Muslimin diberkati Allah,

Islam telah meletakkan dihadapan tiap-tiap kedua suami isteri hak masing-masing. Apabila suami isteri menjalankan dengan betul maka kedua-duanya akan hidup berbahagia dan tenteram, tiada berbangkit masalah dan tiada bertemu dengan kesusahan-kesusahan hidup.

Akan tetapi suami atau isteri berkemungkinan keluar dari jalan-jalan yang diaturkan oleh Islam dalam menyempurnakan hak-hak dan cara bermu’amalah atau bercampur gaul sehingga menimbulkan berbagai-bagai masalah yang masing-masing menyimpan dendam dan menzahirkan benci membenci, kadang-kadang berlaku perbelahan yang hangat dan perkelahian dengan terang-terang dan perkara itu akan membawa kepada perpisahan atau cerai dan talak.

Jika kiranya kita dapati isteri telah melakukan keburukan terhadap suami adakah boleh suami itu pada pandangan syarak menggugurkan talak dengan segera atau suami mengikut cara-cara yang telah diaturkan oleh syarak pada membetulkan perkara yang buruk itu sebelum menjatuhkan talak?.

Demikian juga jika sekiranya kita dapati suami telah melakukan sesuatu keburukan dalam melayan isteri adakah boleh isteri pada pandangan syarak meminta berpisah dan khulu’ dengan segera atau ia berjalan mengikut jalan yang telah disusun oleh syarak sebelum isteri minta berpisah dan tebus talak daripada suami?.

Saudara-Saudara Sekalian,

Tugas seorang suami selaku ketua rumah terhadap isteri ialah memberikan nafkah makan minum dan pakaian, menjaga hak masing-masing serta memimpin kejalan yang diredhai Allah, menyuruh mereka menunaikan segala yang wajib dengan menjalankan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangannya.

Lantaran itu para suami hendaklah berlaku adil dan baik terhadap isterinya, berlemah lembut, berbalas kasihan, tidak mencuai-cuaikan, tidak menzalimi, tidak menganiaya, tidak mensia-siakan urusan mereka. Bersabar terhadap kekasarannya, bersabar dengan tingkah lakunya, serta bersedia memaafkan segala kecuaian dalam hak dan tugas yang wajib atasnya. Suami patut memaafkan isterinya atas sesetengah kesalahan, jangan terlalu menuntut daripada isteri supaya memenuhi hak-haknya tanpa timbang rasa sehingga isteri berdosa, kerana kaum wanita itu serba serbi dalam kekurangan samada akal atau agama

Anonymous said...

Demikian juga tugas isteri terhadap suaminya adalah besar, menunaikan hak itu dengan baik akan mendapatkan pahala yang besar untuk para isteri, manakala mengabaikan dan melalaikan hak akan menerima dosa yang besar juga.

Setiap isteri wajib mentaati suaminya, tiada membantahnya, tiada membenarkan orang lain datang kerumahnya, tidak boleh keluar dari rumah melainkan dengan izin dan redhanya. Setiap isteri bersungguh-sungguh memenuhi segala tanggungjawab terhadap suami dengan sempurna.

Sebenarnya agama Islam telah mengambil berbagai-bagai persediaan bagi menegah berlakunya talak. Melainkan pada keadaan yang sangat darurat. Agama Islam menganggap pada menggunakan talak itu bagi keadaan sangat genting kerana talak atau cerai adalah suatu perkara yang tiada disukai oleh syarak atau satu perkara halal yang paling dibenci Allah Taala.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, Maksudnya : “ Perkara yang halal yang paling dibenci Allah ialah talak [perceraian]”. Riwayat Al-Imam Abu Daud dan Ibnu Majah.

Dari hadith itu jelas kepada kita bahawa Islam tidak mengalakkan perceraian, akan tetapi seboleh-bolehnya mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan rumahtangga itu supaya kehidupan rukun damai dan harmoni akan dapat dinikmati sepanjang waktu. Perceraian suami isteri itu bukanlah satu jalan dan cara penyelesaian sesuatu masalah akan tetapi merugikan kedua-dua belah pihak.

Suatu perceraian ini boleh mendatangkan kesan yang buruk bukan sekadar memisahkan pasangan suami isteri malah mencerai beraikan kasih sayang anak-anak atau keluarga. Apabila perceraian berlaku anak-anak tidak dapat diurus dengan baik, tidak dapat ddiidikan dengan lebih sempurna, mungkin turut tertekan.

Pasangan yang telah mengambil keputusan untuk bercerai mungkin akan menghadapi lebih banyak masalah daripada ketenangan, malah akan menimbulkan kekecewaan, tekanan perasaan atau jiwa sehingga terbawa-bawa kepada aktiviti hariannya , boleh mengganggu produktiviti kerjanya dan sebagainya.

Maka pasangan yang menghadapi krisis atau keretakan dalam rumah tangga hendaklah berusaha sedaya upaya memulehkan hubungan suami isteri dengan cara apa jua pun sebagaimana yang diajarkan dalam Islam. Sebelum membuat keputusan untuk bercerai.

Apabila garis pandu berumah tangga yang disarankan oleh agama itu diguna dan diamalkan, Insya-Allah perkahwinan itu akan kekal bahagia.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nahl, ayat 72 : Tafsirannya: “ Dan Allah menjadikan dari kamu sendiri pasangan-pasangan isteri dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu anak-anak dan cucu cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal, maka patutkah mereka yang ingkar itu percaya kepada perkara-perkara yang salah [penyembahan berhala] dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?.

Total Pageviews

visitors online