Friday, December 28, 2012

Ku PiNjAM sAtU BiNtAnG....


SALAM CERIA UNTUK SEMUA..

...hampir setahun tidak menarikan pena di jaluran ini...kini aku kembalik mencoretkan sesuatu yang mungkin berkisarkan kepada pelbagai aspek kehidupan. Mana mungkin aku meninggalkan aktiviti kegilaanku mencoret dan menuliskan lakaran hidup di sini... Setahun itu agak lama lantaran kemelut kehidupan yang dilalui. Walaubagaimanapun tidak perlu dikeluh kesahkan di sini kerana ALLAH lebih  mengetahui segala. 

..sejujurnya tiada kepuasan di hati ini pabila tiba-tiba hidup ibarat jigsaw puzzle..perlu dicantumkan semula utk kelihatan jelas. Dari sudut tugas juga seperti melanggar bumper duushh..terangkat gitu..menyambung tugas orang lain agak janggal..namun begitu aku bersyukur kerana ALLAH masih lagi memberi ku kekuatan biarpun telah bberapa kali ujian melanda..

...jika aku mendongak ke atas pasti begitu aku terasa betapa kecilnya aku dengan insan lain di sekeliling...namun alhamdulillah hati tetap terpujuk untuk melihat jauh ke bawah utk kembali menginsafi dan mensyukuri nikmat kehidupan ini...Aku tahu segalanya pasti ada hikmah di sebaliknya..mengapa perlu aku khuatirkan..dalam kesakitan dan kepahitan sekalipun yang diharungi..Allah memberikan aku kudrat utk menjadi KHALIFAH untuk anak2 ku..biarlah tidak sehebat mana namun yang sedikit dan sederhana itu..tetap kami syukuri...

...kini aku mahu kembali menyapa ruangan tinta menari ini utk memuhasabahkan diri dan berkongsi ilmu bersama mereka yang sama meminati dunia blogging ini..tahun 2012 makin hmpir meninggalkan kita..pergilah jauh2 tak mahu diingat lagi..moga segala urusan dan pintu rezeki dibuka seluas2nya olehNya dan dipermudahkan...Aku sayang anak2ku..maafkanlah ya Allah mereka yang sering bertepuk tangan melihat kesusahan diri ini..amin 


UNGU LALU MEMBIRU

NAZLINAAO

Tuesday, May 1, 2012

teRUkir Di BinTAng

Salam..semoga semua sihat n happy menjalani kehidupan seharian. Begitu lama tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Pasti banyak perkara yang berlaku dlm tempoh tenang itu..haha.Bermula Mac lalu, aku memulakan tugasku di sekolah baru. Alhamdulillah persekitaran baru biasalah pada permulaan ada sedikit perbezaan dari segi students' background, rakan sekerja n gerakerja warganya...Alhamdulillah dapat aku memulakan tugas sebagai guru Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, terasa rindu pulak kerana tiada kelas Sejarah yang diajar. Sebelum aku btugas di situ, hampir sebulan pelajar tingkatan 2 tidak mempunyai guru Bahasa Melayu. So, untuk tahun ini aku mengajar lower form..haha.


Juga tugasku sebagai pemeriksa kertas SPM Bahasa Melayu turut aku hold seketika utk tahun ini. 2 tahun berturut2 aku marking ..so this year rehat sekejap. Insyallah tahun hadapan akan sambung semula. Sekadar memberi ruang utk menumpukan phatian kepada anak2 yang bakal menduduki SPM dan PMR. Rasa lebih ok jika dilihat kepada kualiti pelajar di sekolah baru. Pelajarnya yang tidak begitu ramai berbanding sekolah terdahulu tidak membebankan. Landskapnya juga sangat tenang..alhamdulillah bertukar angin n sangat worth it. My two girls are also in the same school..so..kami mempunyai lebih byk masa bersama.Alhamdulillah.
Along akan menduduki final exam dalam mggu yang terdekat ini. Sebagai seorang ibu, aku menggalakka dia utk smbung belajar ke peringkat Ijazah. Moga akan lebih matang n dipermudahkan urusan.


So setakat ini perkongsian perjalanan hidup..insyaallah kan bertemu kembali nanti.


NAZLINAAO

Sunday, February 19, 2012

TULIP BERDURI...

Salamm..muah muah muah..rindu sekali utk mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Lama sekali sejak Disember 2011. Now dah tahun baru, belum terlewat for me to wish u all HAPPY NEW YEAR..Pejam celik2x dah hampir 2 bulan kita di tahun baru. Mmg this year perjalanan tugas lebih terurus dan menjurus ke arah kesempurnaan dan keberkatan..amin. Seperti biasa sebagai Penyelaras Unit Biasiswa...agak sibuk melayani kerenah students n pengurusan data secara online. Sekarang masuk phase kedua iaitu pengedaran borang permohonan baru biasiswa sesi 2012. Aktiviti koko seperti persediaan Bola jaring n Pertandingan Pantun dalam proses. Baru-baru ini sibuk membuat banner untuk sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah mewakili Unit Beruniform Pandu Puteri.

Tahun ini i berhenti sekejap marking paper for SPM kerana memberi tumpuan kepada Angah n Dida yang akan menduduki peperiksaan SPM n PMR. Yaya juga sudah pun tingkatan Satu this year. Alongpun dah second sem di Kolej..kejap je masa berlalu kan. I pun dah tk kalut macam dulu..diorang sudah boleh menguruskan diri sendiri..sudah nmpak kematangan. Tapi satu je yang masih tk berubah..bergaduh bagai nak rak n usik membuli..riuh umah ni dibuatnya. Jika difikir2kan berapa lagikan terdengar kebingitan suara2 nakal ni..along telah keluar utk smbung belajar..satu persatu nanti kan pergi demi cita2...tentu mak dia ni kesunyian giler..hehe...

Alhamdulillah penglibatan dalam biz 369 telah mengorak selangkah lagi dengan pencapaian pangkat kedua dalam biz ini dengan percent level 26%. Jadual gerakerja terpaksa diubahsuai semula kerana muncul suatu kehidupan baru buat diri ini..insyaallah rezeki Allah sangat luas. Cuma perlu istiqamah dan terus bersemangat juang demi keberkatan rezeki buat me n my family. Thanks to him kerana sudi bersama menerima n mengharungi kehidupan ini . Moga kekal ke akhir hayat.

Okla..untuk permulaan bagi tahun 2012 ini..biarlah i berhenti di sini saja. Lain kali kita teruskan slot kegemaran i iaitu slot motivasi n tips..tk sabar ni. Sayang bangat dengan ruangan ini. Moga hidup lebih ceria n gembira. Yang lepas dilupakan, yang baru dipupuk n dijaga..amin. Luvs u AR. And also to my beloved kids Along, Angah, Dida n Yaya..struggle hard in your study..mum always pray for all of u.


NAZLINAAO

Total Pageviews

visitors online