Wednesday, October 6, 2010

I'M OK......HEHEHE...;-0

So here i am..untuk hari ini...bermula dari pagi..rasa happy sekali...cz hari ini only got 4 periods of BM subject...the rest i dapat settlekan beberapa perkara dengan baik..actually now i byk buat drilling n sumbangsaran with my students sbagai preparation untuk akhir tahun..kecuali Sejarah bagi form 4 terpaksa struggle untuk habiskan syllabus..fuuhhh..this is what we call dugaan or ujian...never mind..its ok..ill take it as a challenge...hehehe...

My angah pun sudah selesai dua lagi paper iaitu BI n Geography..so..esok adalah satu hari yang tough for her cz Science n Sejarah adalah dua subject yang merisaukan dia...hope that shes ok n full of confidence...ill try to topup her spirit tonite by  shortly motivating her on both subject...hmmm...semuanya atas izin Allah..insyaAllah...

On this coming Saturday , i have to present on the slot of Book Review Presentation..hmmm..powerpoint tak siap lagi ni..aduss...i just buat 4 atau 5 slide di mana tiap slide only got 3 points to explain more details..hmm..moga everythings going to b ok...hehehe....

Now only have to think of updating the filing systems like Sukan n Permainan [Bola Jaring] and Scholarship...so both items tu i akan buat after selesaikan presentation...insyaAllah..Minggu depan  ada mesyuarat Kelab Guru pula..nmpaknya kena siapkan minit mesyuarat n taip calling letter la pulak..hahaha...its ok..im ok maa.....hahaha....

Tonite..just nak siapkan masakan for esok...cz tomorrow got Meeting/Taklimat Guru Tingkatan...hmmm..kena lagi la kot..hahaha....my angah pun tentu agak tertekan dengan both paper esok...jadi i harap..segalanya akan berjalan dengan baik sekali..wp i tak dapat tengok dia ke sekolah di sebelah petang..beginilah supermum..have to put some trust on them yang diorang will b ok without my presence...huhuhu

And...ada lagi perkara yang sweet sour untuk i fikirkan tapi biarlah rahsia bak kata Siti Nurhaliza..hahahaha.[agak2 dia baca tak blog i ni..hahahahah]...yang penting adalah trust n appreciate each other ....insyaAllah akan lebih subur lagi pohon keceriaan...ewahh...bagus ayat ni...kalau my students baca gelak besar ni..hahahah...
K la i have to go now...to all bloggers n my fb followers...always keep in our mind that we are ok...biar apapun keadaan sukar atau cabaran mendatangi kita...k take care....to Along, Angah, Dida n Yaya mum luvs u...so so much...n..so so hard....;-[p

4 comments:

Anonymous said...

salam super women......&
renungkan......

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa ibuku menangis?”
“Karana ibu seorang wanita”, kata si ibu kepada anaknya.
“Aku tidak mengerti”, kata anak kecil itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
“Dan kau tak akan pernah mengerti”
Kemudian anak kecil laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, “Mengapa ibu suka menangis tanpa punya alasan?”
“Semua wanita menangis tanpa alasan”, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap
ingin tahu mengapa setiap wanita menangis.
Akhirnya ia munajat menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, “Ya Allah, mengapa wanita begitu mudah menangis?”
Allah s.w.t menjawab pertanyaannya:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, bemula dari yang bernama Hawa maka semestinya menjadi seorang yang begitu istimewa. Aku mencipta bahunya cukup kuat untuk menungkat dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan keamanan”
“Aku memberikannya suatu kekuatan dalaman untuk mampu melahirkan anak dan mampu menerima penuh kesabaran keingkaran yang seringkali datang dari anak-anaknya “
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap kuat ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh “
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya “
“Aku memberinya kekuatan untuk membantu suaminya dalam menghadapi kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadangkala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya penuh kesetiaan tanpa keraguan”
“Dan akhirnya, Aku mengurniakannya air mata untuk dialirkan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa yang ia perlukan.”
“Kau perlu tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia mencipta fesyen rambutnya.”
“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karana itulah sumber pintu hatinya – tempat bermula cintanya bersemi.”
Berseminya Cinta tanpa noktah.
Semuga dengan warkah di atas,Alqaswa berharap dapat memberi inspirasi kepada setiap kaum Hawa yang sentiasa membuat pengorbanan fizikal dan emosi dalam melalui liku2 kehidupan yang penuh ranjau dan ujian yang getir buat dihadapi.Teruskan perjuangan anda sekelian,sesungguhnya setiap titisan keringat dan airmata akan diganjari Syurgawi yang penuh kenikmatan yang tak terperi nikmatnya…tak tergambar oleh pancaindera duniawi,tak terbayang oleh minda kini,hanya kurniaan dari rahmat Illahi yang abadi…

amin super women.......

Anonymous said...

salam to 'gila komen'...
naperlah ko nya komen tak kena langsung ngan apa yg tertera.....koo ni asyik copy n paste jer apa2 bahan2 yg ko jumpa yer....bahan2 ko tu mmglah bagus utk dibaca n utk pengetahuan tp biarlah bersesuaian ngan apa yg di tulis oleh blogger ni sbb itulah dikatakan komen...ni ko tulis lak yero tak....jji ko ada tulis jer....ish3x nx time tu biarlah ko komen atas apa yg di tulis k....tp suka gak aku baca apa yg ko tulis ni...utk pengetahuan..mmglah baik...tp ingatan aku ni biarlah sesuai k....sorilah kalau ko marah atas apa yg aku komen ni sbb aku tak komen pd apa yg si blogger ni tulis cuma aku komen pd apa yg ko t

Anonymous said...

salam super women
&.
bro dayus........

Memang benar seperti yang diberitahu oleh Rasulullah SAW, pada akhir zaman orang yang hina (justeru jauhnya hubungan mereka dengan Allah) diangkat dan dimertbatkan ke darjat yang mulia.

Manakala orang yang mulia (kerana akrabnya dengan Allah serta sangat menjaga hukum-hakamNya) telah dianggap hina. Hanya jauhari mengenal manikam – orang yang beriman juga yang menghargai mujahid, syuhada’ dan para solehin.

Justeru, ketika nama dan harta mula melengkari hidupmu… mungkin ketika itu percikan-percikan api jahiliyah mula membakar jiwa mu. Cinta dunia itu kepala segala kejahatan. Bukan mudah untuk meletakan dunia di tangan, iman di hati. Dunia itu umpama gadis yang cantik, di samping kita menjaga agar orang lain tidak menodainya, kita sendiri harus menjaga diri ketika menjaganya.

Ya, berapa ramai orang yang lupa kita terlalu asyik mengingatkan? Berapa ramai yang lalai dengan Allah ketika begitu pantas dan tangkas mengucapkan kalimah cinta-Nya? Mereka hanya umpama tanah yang keras dan kering… mampu menakung air untuk memberi minum orang lain, tetapi hati sendiri gersang dan terbakar kerana kehausan!

Lalu aku ingin mengingatkan diriku dan dirimu… berhati-hatilah ketika berbicara tentang hati. Betapa banyak hati yang lalai kerana dihijab oleh limpahan peringatan. Umpama anak benih yang mati “kelemasan” kerana terlalu banyak disirami air! Atau lilin yang membakar diri… kononnya untuk menerangi orang lain!

Dunia yang diselubungi hedonisme dan materialisme ini tidak sudi berpaling kepada para muttaqin. Dan mereka yang berpegang pada sunnah, akan semakin dilihat asing. Terpinggir. Terpencil… malah dibenci oleh umat Islam sendiri. Para daie yang ikhlas, tidak bermuka-muka… terus bekerja tanpa menggamit nama dan biaya. Mereka hanya mendapat kebahagiaan ketika bekerja tanpa diketahui oleh yang lain. Marilah kita berdoa untuk para mujahidin di seluruh dunia, yang ketika ini sedang dihenyak, dibelasah dan disekat oleh pelbagai tribulasi dan mehnah.

Sesungguhnya, apa yang kita deritai kerana jalan Allah ini… tidak secubitpun jika dibandingkan dengan kesusahan mereka. Berdoalah untuk mereka… agar diberi taqwa, sabar dan kebijaksanaan serta keberanian dalam menghadapi pejuang syaitan (fisabilitthagut). Mudah-mudahan satu ketika nanti, kami yang kerdil ini mampu menyusul dan menyusur jalan-jalan mulia yang kau telah rentas itu.

Untuk mu pengunjung blog, izinkan aku menguruskan beberapa cabaran ketika ini. Insya-Allah, akan menyusul nanti entri yang lebih serius dan menjurus. Namun, sebelum berpisah terimalah dariku sekadar dua tulisan ini sebagai “selingan”.

Bagi mereka yang begitu beria-ria untuk ke hadapan… milikilah dulu jiwa yang kental. Sesungguhnya persediaan akan memantapkan bakat. Kesabaran akan meningkatkan minat. Menulis itu memerlukan keyakinan bukan hanya keringat!!

Anonymous said...

sambungan super women........
&.
renungan utk bro dayus.......

i) PEDANG SAYIDINA ALI

Sayidina Ali punya pedang yang begitu digeruni oleh musuh-musuhnya. Pedang yang bernama Zulfaqar itu sentiasa dibawa bersamanya dalam peperangan-peperangan dengan orang kaum musyrikin. Dan setiap kali membawa pedang itu, Sayidina Ali berjaya mengalahkan musuhnya. Berita tentang kehebatan pedang itu sampai kepada seorang lelaki. Dia juga seorang pejuang Islam. Tertarik dengan berita kehebatan pedang itu, lelaki itu pun datang menemui Sayidina Ali dan berkata,” tolong pinjamkan aku pedang mu yang hebat itu.” Tanpa banyak bicara Sayidina Ali pun meminjamkan pedang itu kepada lelaki tersebut. Lelaki itu sangat gembira. Apabila sahaja terjadi peperangan, dia pun pergi dengan membawa pedang itu sekali. Dia ingin merasai sendiri kehebatan pedang Sayidina Ali itu.

Tidak lama kemudian perang pun tamat. Lelaki itu pulang dengan pedang yang dipinjamkan oleh Sayidina Ali itu. “Nah, ambillah kembali pedang ini,” katanya sebaik menemui Sayidina Ali. “Bagaimana, hebat tak pedang ini?” tanya Sayidina Ali. “Ah, biasa-biasa sahaja. Jika aku tahu begini, tak akan aku pinjam pedang ini daripada mu. Mengapa pedang ini tak sehebat yang diceritakan?” “Kau hanya meminjam pedang, tetapi kau tidak “meminjam” tangan yang memegang pedang itu!” kata Sayidina Ali.


Pengajaran:

Kekuatan utama manusia bukan kepada alat-alat yang digunakannya, tetapi pada dirinya sendiri. Teknologi yang canggih hanya akan membawa kebaikan jika manusia yang menggunakannya memiliki hati yang bersih dan fikiran yang bijak. Di tangan orang yang dungu, teknologi walau secanggih mana pun tidak akan dapat digunakan. Manakala di tangan orang yang jahat, teknologi hanya akan membawa seribu satu kejahatan dan kehancuran.

ii) MISKIN HARTA, MISKIN JIWA

Seorang pendakwah menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk kerja yang sangat mengaibkan itu. “Saudara ku, berhentilah daripada menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat.” “Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dalam satu hari puas saya berjalan ke hulu, ke hilir untuk memohon simpati orang. Kalau saya tak kuat masakan saya dapat menahan panas, hujan dan pelbagai cabaran cuaca ini,” jawab pengemis. “Kerja mengemis ini hina. Hilang maruah diri.” “Siapa kata hina? Inilah kerja yang mulia. Saya menjadi sebab orang lain mendapat pahala. Kekadang saya juga mendapat pahala sabar bila orang caci saya. Pahala syukur bila orang memberi sedekah. Hinakah itu? Saya juga berdoa kepada orang memberi sedekah kepada saya. Hinakah?” Pendakwah terdiam. Dalam diam dia berdoa. Rupanya pengemis itu bukan hanya miskin harta tetapi miskin jiwanya. Alasan untuk malas sentiasa ada. Kreatif betul tipuan syaitan.

Pengajaran:

Malas adalah satu dosa. Ramai yang tidak nampak hakikat itu. Pelbagai alasan diberikan untuk malas termasuk atas hujah dan dalil agama. Kepalsuan yang bersalut kebenaran bukan sahaja mampu menipu orang lain, tetapi paling malang… menipu diri sendiri

ingat mengingati sesama islam, jangan jadi bro dayus.....

miskin harta juga miskin ilmu...

Total Pageviews

visitors online