Saturday, October 16, 2010

cAaAKkkkkkk......

Salam...just wanna jot down  here yang i akan share my journey of life today...later..hahaha...cz now i nak enjoy my saturday first heheheh...nikmat betul dan my kids pun semua ada kat umah...jadi u guys..see yea later k....have a nice weekend..n dont forget to love the one who loved u..n appreciate them gratefully...daa...'-p

3 comments:

Anonymous said...

hai cikgu ku.......

Jangan Jadi Ibu Tunggal Yang Bodoh!


by Teri Worten

Bunyinya kasar bukan? Tetapi cuba kita fikir perkara ini betul-betul. Apakah sebenarnya yang dibuat oleh ibu tunggal yang bodoh?

Di sini adalah beberapa simptom yang berlaku:

Dia lebih pentingkan seorang lelaki daripada kesejahteraan anak-anaknya.

Manusia yang paling penting dalam hidup seorang ibu tunggal ialah anak-anaknya. Ini bermakna keperluan, keselamatan, dan kadang-kadang keinginan anak-anaknya adalah perkara pertama dalam hidupnya. Dengan kata lain, jangan biarkan anak-anak anda disalahgunakan oleh mana-mana lelaki. Sebahagian lelaki rasa mereka hebat apabila mendisiplinkan atau mengkritik anak orang lain. Ada juga yang tanpa segan silu melakukannya dengan tujuan memikat ibu tunggal tersebut. Jangan terpedaya dengan tipu helah ini dan jangan biarkan ia berlaku. Seorang lelaki yang bijak dan berbudi bahasa tahu setakat mana haknya dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Satu nasihat tambahan: jangan sekali-kali dalam apa jua keadaan, membiarkan anak-anak anda bersendirian dengan seorang lelaki yang anda tidak kenal atau percaya seratus peratus. Terlalu banyak kes dimana kanak-kanak dibunuh dan/atau didera oleh kerana ibunya tanpa berfikir panjang, meninggalkan anak-anaknya bersendirian dengan kekasihnya. Ibu tunggal mesti sentiasa berada di samping anak-anaknya semasa mereka bergaul dengan orang lain. Jangan sekali-kali benarkan mana-mana lelaki memukul atau mendera mereka secara lisan.

Dia mementingkan keperluan diri sendiri daripada keperluan anak-anaknya.
Kita semua pernah melihat keadaan ini, seorang ibu memakai pakaian berjenama seperti Versace dan Gucci sementara anak-anaknya memakai pakaian yang telah lusuh dan ketat. Sentiasa pentingkan keperluan anak-anak anda dahulu. Gunakan baki wang yang ada untuk memenuhi keperluan anda pula. Tanggungjawab utama seorang ibu ialah menjaga keperluan anak-anaknya. Tidak menjadi masalah sekiranya anda terlepas peluang mendandan rambut dan kuku-kuku anda tidak akan gugur sekiranya anda tidak mencantikkannya dalam satu atau dua minggu. Sekali lagi diingatkan, jaga keperluan anak-anak anda dahulu.

Ingatlah bahawa anak-anak anda tidak pernah meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Mereka lahir di atas perbuatan anda sendiri, jadi jangan abaikan mereka dengan tidak memberikan keperluan dan perhatian yang secukupnya.

Anonymous said...

Jangan Jadi Ibu Tunggal Yang Bodoh!

Dia tidak mengambil berat tentang kehidupan anak-anaknya.
Menjadi seorang ibu bukan sekadar menjaga makan dan pakaian anak-anak anda. Luangkan masa anda untuk mengenali mereka dengan lebih dekat. Mereka bukannya ‘pengacau’ atau ‘gangguan’ dalam hidup anda; mereka adalah cahaya mata anda. Mereka memerlukan perhatian yang tidak berbelah bagi daripada anda sekerap yang mungkin. Luangkan masa bertanya kepada setiap anak anda mengenai diri mereka. Tanya pendapat mereka tentang sesuatu benda atau perkara yang berlaku. Tanya warna kegemaran mereka dan sebagainya. Kenali diri mereka dengan lebih dekat dan berikan semangat serta bimbingan yang secukupnya. Jangan biarkan diri anda menyesal di kemudian hari kerana tidak meluangkan masa yang secukupnya bersama mereka.



Dia menjatuhkan maruah bekas suaminya.
Saya faham situasi yang timbul, tetapi sebagai ibu tunggal, kita perlu lebih berhati-hati supaya tidak menghina dan mencaci bekas suami di hadapan anak-anak kita. Ini boleh menimbulkan rasa rendah diri pada anak-anak dan lebih teruk lagi timbul pula rasa serba salah dimana mereka perlu memilih di antara ibu atau ayah. Di samping itu, apabila anak-anak melihat sikap marah dan tidak puas hati ibunya pada ayahnya, anak-anak mungkin pula merasa yang mereka tidak sepatutnya dilahirkan atau “pembawa masalah” dalam keluarga.



Melihat situasi ini dengan lebih mendalam, jangan sekali-kali menyalahkan anak atas apa yang dilakukan oleh bapanya. Siapakah yang boleh melupakan sebuah filem terkenal mengenai seorang ibu kepada tiga orang kanak-kanak lelaki African American yang sedang membesar? Di dalam filem tersebut, ibu tersebut sentiasa menghina dan mendera secara lisan salah seorang budak lelaki itu dan sentiasa membandingkannya dengan ayahnya yang teruk. Sangat menyakitkan hati walaupun hanya menontonnya dalam filem, tetapi sebenarnya ramai anak-anak yang betul-betul melalui situasi ini setiap hari.



Dia menengking dan memalukan anak-anaknya.
Kita semua pernah melihat kanak-kanak menangis dan merengek di pusat beli belah. Walaupun kanak-kanak perlu diajar dan ditegur apabila mereka tidak berkelakuan baik tetapi memanggil nama serta memukul mereka di khalayak ramai tidak sepatutnya dilakukan. Walaupun tanpa mengambil kira pendapat saya yang tidak bersetuju dengan mendisiplinkan anak-anak di khalayak ramai, perbuatan ibu bapa ini boleh merendahkan maruah anak-anak dan juga boleh menyebabkan mereka menjadi sangat pemalu dan akan menjauhkan diri mereka daripada tempat awam. Memang setiap ibu mahu anak-anaknya berkelakuan baik terutamanya di tempat awam, tetapi kita juga mahu mereka membesar dalam keadaan yang sempurna, tanpa kongkongan, menjadi individu yang boleh berdikari dan bertenaga. Memalukan kanak-kanak di khalayak ramai boleh menyekat pertumbuhan yang sempurna dan sihat.



Sebagai seorang ibu, kita tidak sepatutnya memalukan anak-anak kita, tetapi membina keyakinan mereka dan menerapkan pertumbuhan yang sihat. Jadi, sentiasa ingat matlamat utama ialah mengajar anak-anak supaya mereka tahu membawa diri (berkelakuan sopan) di tempat awam dan bukannya melemahkan semangat mereka. Selain itu, perbuatan menjerit dan memukul anak di tempat awam juga akan menunjukkan imej seorang ibu yang jahil, tidak bersopan dan bodoh. Bila situasi ini terjadi, biasanya akan ada orang yang menjeling dan berharap agar ada pihak berkuasa yang dapat menghentikan kelakuan ibu tersebut terhadap anak-anaknya

Anonymous said...

Jangan Jadi Ibu Tunggal Yang Bodoh!

Dia merosakkan anak-anaknya kerana terlalu memanjakan mereka.
Kita semua tahu tentang kewujudan ibu-ibu seperti ini dan ia adalah sangat mengecewakan. Ibu seperti ini akan memberikan apa saja yang diminta oleh anak-anaknya tanpa memikirkan baik buruknya. Akhirnya anak-anak tersebut akan menjadi seorang individu yang tidak terkawal, kurang ajar dan malas untuk berusaha.

Dia menyalahkan anak-anaknya ke atas kehidupan yang dilaluinya sekarang.
Segala keputusan yang anda buat dalam hidup adalah pilihan anda sendiri. Jangan biarkan diri anda berangan-angan tentang hidup yang akan anda lalui sekiranya anda tidak mempunyai anak. Hadapilah kenyataan bahawa saiz badan anda yang semakin membesar bukanlah kesalahan anak-anak anda. Sekiranya anda tidak dapat mencari pasangan hidup yang baru atau tidak dapat meneruskan hubungan dengan mana-mana lelaki, ia adalah semata-mata kelemahan diri anda sendiri.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada kalangan lelaki yang berfikiran cetek yang tidak mahu menjalin hubungan dengan perempuan yang mempunyai anak. Tetapi cuba anda fikirkan perkara ini sejenak. Adakah lelaki seperti ini yang anda mahu? Kita semua tahu bahawa ramai ibu-ibu tunggal yang telah menjalin perhubungan yang baik dengan lelaki yang sangat menyayangi mereka dan anak-anak mereka. Jadi, bila tiba masa yang sesuai dan anda telah bersedia, pastinya anda akan menemui lelaki yang akan menyayangi anda serta anak-anak anda sepenuh hati. Buat masa ini, apa yang anda perlu buat ialah memperbaiki diri anda menjadi sesempurna yang mungkin.

Ingatlah bahawa tidak ada orang yang sempurna tetapi kita boleh sentiasa memperbaiki diri supaya dapat menjalankan semua tanggungjawab dengan sempurna terutamanya sebagai seorang ibu. Buat penilaian tentang diri kita setiap hari. Kita sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan hidup baru, mengamalkan tabiat yang baik dan sentiasa berusaha untuk menjadi ibu tunggal yang terbaik


Dia menjatuhkan maruah bekas suaminya......Dia menjatuhkan maruah bekas suaminya....Dia menjatuhkan maruah bekas suaminya....Dia menjatuhkan maruah bekas suaminya &&&&&&& maruah anak-anak pada lelaki yang dikahwininya suatu ketika
......
kerana
......

Ingatlah bahawa anak-anak anda tidak pernah meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Mereka lahir di atas perbuatan anda sendiri cinta pertama.......bukan cinta monyet..... cikgu

Total Pageviews

visitors online