Tuesday, November 30, 2010

BOURGEINVILLA.....

SALAM

* Salam buat semua..as usual coretan menyusul mengikut rentak jari. Hari ini agak suram..hehehe..cuaca..minda..dan sebagainya..as long as ada ketenangan..alhamdulillah. My yaya mulakan routine pagi attending tuition class..my along duduki peperiksaan paper Pendidikan Islam. Happy je nampak sebab yang keluar tu adalah apa yang dia telah ulangkaji. Moga berjaya along..doa dari mum.

* My along dah bawa balik sekor kucing ni..comel..ini dah masuk kucing ke 3...dulu ada  BADANG..hehehe..sangat manja waktu di Pahang dulu..mati disebabkan dipatuk ular..the second one..MAT BABY,,hehehe..sebab minum susu dalam botol..kesudahannya..hilang tanpa berita..so this is the third one..excited betul along...tadi after paper 1 Pendidikan Islam boleh balik jap semata-mata nak tengok si BABY tu..waa..

*Hari ini tak dengar berita lagi from my girls..kalau tak tu mesti phone wat laporan aktiviti harian..takpela bebudak..bersyukur k..perjalanan hidup kita seperti ini...Allah maha mendengar n maha mengetahui. Kat umah ni pun since tak ada 2 beradik ni..makan beli ja..rasa tak meriah..selalunya angah yang akan sibuk menambah nasi...makan ramai2..masak sikit pun tak selera nak makan..hmm..rindu kot...

* Semalam berkebun kat luar tu ha..adoi...dah tua2 ni..sempot jugak hehehe..my azam nak tengok pokok2 tu hidup subur n berbunga..insyaallah. Pokok betik belakang umah tu pun dah meninggi..tak sampai nak ambil buahnya..hehehe..tunggula nak tanam pokok herba..hehehe..ntah kan ye ntahkan tak..hehehe..minggu depan dah start sibuk marking paper...mudah-mudahan.

*Malam ni just observing my kids study..rasa ngantuk cepatla pulak..saje je kot..hehehe..so..takpela..nak undur diri dulu..nanti kita sambung k...tengah plan nak tulis bahan2 lain..sabar je la...next time i akan kongsikan pengalaman menjadi pengacara sepanjang di Bera, Pahang dan juga di sini...pengacaraan tu dah sebati dengan i dari dulu..itu yang demam 4 hari selepas sukan tahunan hari tu..heheheh..mana tak demam..sorang je handle dari pagi sampai tghari...hehehe

* So okla..tke care..moga happy jalani hidup..daa

Monday, November 29, 2010

FIKIR-FIKIRKAN....

HIDUP DAN KEHIDUPAN

*Hidup adalah perubahan yang tidak henti-henti. Jangan cuba mengawalnya. Kita tidak akan tahu qada dan qadar ALLAH.  Itu rahsia dalam rahsiaNya. Apa yang harus kita tahu ialah apa yang telah terjadi. Apa yang telah terjadi hari ini, bukanlah apa yang akan terjadi pada hari esok.  Jadi, jangan cuba ambil tempat TUHAN untuk menilik masa hadapan atau memadamkan masa silam.  Kita hanya hambaNya..hamba yang ilmunya sebatas hari ini.

*Kenapa perlu mencemarkan peluang hari ini hanya dengan cuba menyelesaikan masa depan yang berubah-ubah. Bukan kita yang dapat menekanya.Jangan hancurkan potensi hari ini hanya kerana kekesalan masa lalu dan kebimbangan masa akan datang.Hidup ini tidak boleh dibelenggu rasa jemu dan lesu. Hari-hari adalah lembaran baru yang harus dilorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan.

*SERASIKAN TAKDIR DAN TADBIR..Bila takdir berbicara..pasti kelu tadbir untuk menyanggahnya. Akurlah pada kebesaran Allah. Kita sekadar hamba ..takdir akan sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya daripada kita hambaNya.  Kekadang takdir dan tadbir adalah selari,  maka dengan itu terhasillah apa yang kita inginkan dan hajatkan..alhamdulillah.

* Kita seharusnya tidak gusar bersendirian dan tidak tersasar ketika kesunyian...Kerana ketika kita dalam kesunyian dan bersendirian...ada PEMERHATI..Dalam kehidupan ini ..kita sentiasa punyai pelajaran yang perlu ditempohi samada ketika sendirian ataupun ketika ramai. Sesetengah ilmu tidak boleh diajar tetapi hanya boleh dipelajari.  Tiada guru tertentu tetapi hakikatnya diri kita adalah pelajar sepenuh waktu.

* Jika datang topeng kepura-puraan..itulah guru yang mengajar kita tentang erti berhati-hati.Jika ada kejujuran..kita pastikan perolehi keikhlasan dalam kehidupan. Usah ubah pendirian kita walaupun hadapi pelbagai dugaan. Jadilah wajah yang SATU di hadapan dia yang SATU.  Jadilah diri kita sendiri, insyaallah kita kan sentiasa menjadi juara. Tetapi jika kita sekadar berlakon n berpura-pura..kita kan menjadi klon yang kedua, ketiga dan seterusnya.

* Kesimpulannya, Allah telah menyusun sesuatu itu sebaik mungkin yang mana terkandung hikmah di sebaliknya. Keangkuhan sikap manusia kadangkala..mengubah keindahan takdir dan kelemahan sifat manusia sentiasa memenangkan rasa dan amarah...maka ..setinggi mana diluahkan kemarahan dan keangkuhan itu....tetappp...tidak dapat mengatasi takdir ALLAH..moga kembali kepadaNya tiap ketika kita diuji dengan kesenangan mahupun kesedihan....amin


Rujukan dan pengubahsuaian dari hasil tulisan DI MANA DIA DI HATIKU? oleh PAHROL MOHD JUOI..

*Selamat membaca dan moga menjadi renungan kita bersama...lebih baik begitu dari menjadi perisik sulit..hehehe..daaa...

MNNGCMLFULUTTEKMIUHMULC

AHLAN WA SAHLAN....

* Salam..lama tak bersua di blog ini..waa...since last week..world record tu..hahaha..actually i hantar my laptop untuk di reformat , virus scan, defrag the C partician..hahaha..inila saja time yang sesuai..waktu sekolah laptop ni kalau boleh menjerit..dah lama dia menjerit...totally been used..hehehe...so its ok..now im back..ada sesape yang ok or tak ok reading my blog..hmm...tak dapat le den nak nolong kalau rasa tak ok..hahaha...so anyway...hidup diteruskan seperti biasa..my along today got Mathemathics paper..tomorrow ada Pendidikan Islam...so far so good..but sometimes nampak a bit tension la..sian along....

* Well..last Saturday hadir jemputan ke umah my friend...then visited my collegue kerana kehilangan ayah tercinta...malam family gathering celebrate birthday bapa sedara, anaknya Murni and my along...happy dapat kumpul and spend time together...thank you and moga Allah memanjangkan usia kesemuanya..amin.

* Hujung minggu ni memang padat dengan senarai kenduri...fuuh..apa2 pun it depends on my Along punya jadual.. 4hb berkumpul di Seberang Jaya...taklimat n first meeting for marking BM paper..tak sabar nak experience marking those answer scripts...

* My gurlzs...Angah n Dida still di KL..kalau phone i ade je nak buat mak diorang feel jealous...hahaha..tapi yang kelakarnya..last nite...barula dengar  Angah ngaku dia rindukan mak dia ni..hahahah...baru dia rasa bila jauh dari mak ni ye...hehehe..

* Dalam hidup ini perlu berani hadapi cabaran...tak berani tak gunalah hidup..coz kita di kelilingi pelbagai cabaran. Kekuatan itu adalah pada diri kita sendiri dan bukannya orang lain. Semuanya ok...hehehe..yang takoknya .. cara kita manage dugaan tu...jangan mudah bertepuk tangan melihat kekalahan orang lain..sebab mungkin sebenarnya dalam kita bertepuk tangan itu..kita sedang menepuk tangan kepada kekalahan kita sendiri yang kita tak nampak...kannn..tul tak...who knows....hehehe...

* K la..nak stop dulu...excited nak naip ni..hehehe..nanti sambung. Nak tengok anak2 jap....so u guys..have a nice day...to my kids..mum luvs  all of u...ssm..and to MN...LUTTE...Thanks for everythings...insyaallah.

Wednesday, November 24, 2010

SEKUDUS DOA DAN RINDU...

*Salam rindu buat semua..lama tak jot down about my activities with the kids here...sibuk focusing on one angle of my life yang dikira amat penting that is my Along final touch up for SPM. So harini hari kedua dia duduki SPM on English Language Paper...mudah-mudahan dia dapat menjawabnya dengan tenang..doa seorang ibu sentiasa mengiringinya..amin.

* Okbermula on Monday..me n my Along had a long and quality discussion on certain topics yang dikira penting untuk paper 1 BM. Hari ini i memang tak kuar rumah n just focusing on my Along...listing down the main points of each topics....malamnya dia tidur awal  n tersentuh hati before he went to bed...menitis airmata dia...then i asked him apa yang menyentuh hatinya...dan dia menjawab...'takut la mak'...sayu hati n i tenangkan dia..n berikan dia kata2 semangat...berdoa agar apa saja soalan yang keluar...dia boleh lakukannya dengan tenang dan yakin...

*Tuesday..hari pertama peperiksaan...i masakkan dia nasi untuk lapik perut..n satu mug milo panas...hmm..nampak kalut sikit along...n..once again i tenangkan dia...dan berikan pesanan dan tips utk tangani stress kat dewan tu...alhamdulillah..selesai paper BM pada hari pertama dan i bawa dia keluar untuk release tension..my Dida n Angah ikut Mama dia ke KL..so sunyi sekali umah ni..tak cukup orang..hehehe..ketawa besar diorang bila baca blog ni nanti..hehehe

* I dapat offer marking paper BM 1/ SPM..alhamdulillah..En Rosli called me petang Selasa n first meeting akan will be carried out on this coming 4th December di SMKTHO Seberang Jaya..alhamdulillah perancangan bermula lebih awal dari yang dirancangkan. Moga akan ada kebaikan dari pengalaman berharga ini.

* My yaya dah mula tuition package UPSR. Kat umah pun kena 'kupas' lagi dengan mak dia..so harap terisilah masa terluang sepanjang cuti ini. Geram tul yaya ni..cz kelemahan dia adalah carelessness dalam menjawab soalan. Tak sabar nak nanda jawapan...memang kena ketam kecil hehehe...[cubit].

*Along dah selamat menduduki paper BI harini. Esok  paper Sejarah pula. Moga dia dapat mengingati fakta yang telah dipelajari. Bertungkus lumus bincang on certain important topics just now..so hopefully dapat membantu sedikit sebanyak..insyaallah... K la have to stop now..rindu sangat nak share on motivational materials..tunggulah ada kelapangan yang sesuai...To my kids..mum luvs u ssm..to MN ...IKUIMH as UKMIUH....;-p

Sunday, November 21, 2010

MASYUKK....!!

* Salam..cuti persekolahan telahpun bermula. Hari  pertama cuti..aduss...banyak tergolek dok dari wat keje..hehehe..maklumlah..hari persekolahan..penuh dengan jadual..urusan sekolah..anak2..parents dan perkara2 lain lagi...so..awal cuti ni..jadi malas sikit..hehehe..jap je la..nikmati dulu sehari dua..selepas itu..tugas kembali seperti biasa la...hmmm...

* My Dida n Angah overnite umah my mum dah 2 hari. Harini Angah akan ikut Mama dia ke KL..harap dia will be ok. My. She's very innocent..hope that she will enjoy herself there. Result PMR akan keluar after Christmas..sebagai seorang ibu..berdebar juga menanti keputusannya. Well angah..let us not stop reciting doa to Allah k...akan ada rezeki yang Allah akan berikan pada ngah...amin

* My Yaya sudah mula do her revision..hehehe..awatla excited sangat adik ni..tapi oklah tu..ada kesedaran sendiri..as for me..i just observe apa latihan yang dia buat..especially on writing [English n BM]..now my tumpuan is Along...Next year..harap until Mei saja dia involve dalam olahraga...minat yang terpaksa diperlahankan demi masa depan..hehehe...go adik. my full of moral support on you sayang...

*Yesterday petang..bawa Along beli peralatan tulis dan keperluan lain untuk hadapi exam. Selepas itu solat maghrib, yassin, solat hajat di umah parents...semoga apa saja halangan dan dugaan di sepanjang tahun ini yang dihadapi...Along akan tenang dan yakin untuk menduduki peperiksaan...this week ada 3 subject..BM, English n Sejarah...jomm along sama2 kita berjuang....Allah dengarkanlah keluh kesah kami ini...padaMu kami meminta dan berserah....amin

* Dida akan mula intensive tuition on Arabic Language subject Disember nanti..my friend buat tuition..semoga akan berikan kefahaman yang jelas lagi dalam subject tersebut. Nampaknya buka balikla meja lipat  kat umah ni...together with the kids...identify the weaknessess dalam tiap subject..then baru buat latihan..insyaallah..lama betul merindui saat2 begitu..since pindah balik ke sini tak berkesempatan langsung..kekangan masa yang amat ketara. Insyaallah..permudahkanlah ya Allah...

* My friend ajak marking paper Sejarah [SPM]..becoz ada dua kekosongan dalam group dia...hmm...peluang nii....tapi berbelah bahagi...along exam..hmm..tengah fikir ni..Monday bagi jawapan ....Bukan apa..risau jugak takut bertindah dengan BM pulak..cz haritu pengetu SMKW dan mklumkan supaya bersedia untuk marking BM..hmmm....fikir,,fikir...kena fikir ni...tapi my hati berat rasa...klau terima..bagus sangat2...peluang datang awal dari yang dirancang..dan mgkin lbih memudahkan kefhaman sendiri untuk mengajar students nanti....insyaallah ....MONDAY baru decide....

* Majlis Qurban di sekolah hari tu...alhamdulillah...berjalan dengan lancar ..ramai senarai penerima daging korban yang tidak hadir..so..daging diagih2kan ke pelajar2 lain yang hadir....Kenduri dengan menu sup tulang, singgang daging, daging masak kicap, air asam, sambal belacan n ulam2an, dan ikan kering...aduss..memang sedap bangat...panas2..memang membangkitkan selera...YB Datuk Mahmud pun hadir ...Lepas majlis...stay back kat sekolah sampai 340  ptg dengan kawan...hehehe..mula2 nak kemas tempat..last2 sembang sakan pulak...hahahaha...tapi keja siapp!

* K la have to stop now...hajat hati nk jot down motivational  material on this ruangan..tapi..namapun dah cuti..so malas lagi nak bukak buku...hehhehe..dont worry..ill share it later with all u guys...to my kids...hidup kita biarlah sederhana dan sentiasa diberkati.   Carilah ilmu sejauh mungkin..bawalah bersama amal untuk menjadi benteng kejahilan...harta boleh dicari..ilmu penjamin kekuatan minda dan jiwa....always remember..KEMULIAAN tidak boleh dibeli dengan wang ringgit...luvs u all...n..MN too...

Saturday, November 20, 2010

SESUCI AIDIL ADHA...CERIAKAN HARI DEMI ANAK2....'-P

 THIS CORETAN I JOT DOWN ON LAST TUESDAY..SO ENJOY THE STORY...


* SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA....semoga sentiasa bergembira di samping keluarga. Bersyukur kerana masih berkesempatan meraikannya bersama family.Begitu juga buat anak2...pengisian hati dan minda perlu diisi agar tidak terasa suram hari yang barakah ini...

* Yaya tidak begitu sihat selepas balik dari kem...selsema n sakit tekak..petang ni i akan bawa dia ke klinik. Semua anak2 berkumpul n rasa bahagia sekali melihat mereka membesar di depan mata...happy, sedih, excited dan pelbagai lagi perasaan bercmpur sebati dalam tempoh membesarkan mereka..alhamdulillah..dengan izinNya.

*On Tuesday...tidak begitu sibuk dengan bebudak cz sudah selesai peperiksaan ..kepuasan masih belum tercapai kerana masih byk yang belum sempat dikongsi dengan mereka khususnya subjek Sejarah Form 4..kekangan masa menjadi faktor utama utk i bersama dengan diorang mendalami dan memahami beberapa topik...this is becoz of pertukaran jadual berlaku on July...dan the scope is quite wide...jadi i hope theyll do their revision during this coming holiday....

*Redha hati bila satu ujian telah dihadapi wp pedih..moga akan lebih baik dan tenang kehidupan aku dan keluarga..tak sabar menunggu cuti dengan perancangan bersama anak2...rancangan ke Pahang mungkin akan bertukar kerana kemungkinan berlaku banjir...insyaallah ..Allah akan berikan yang lebih baik lagi dari apa yang telah dirancangkan ini

*Tahun kedua aku mengajar di sekolah baru...aku rasa semakin baik hubungan aku bersama semua rakan2 sekerja...on n off itu perkara biasa...hehehe..tapi masih ramai berada di belakangku memberi kata2 semangat dan dorongan..sentiasa berkata positif agar melakukan yang terbaik dalam tugas.... alhamdulillah. And jiran sebelah meja i dapat tukar seronok betul dia...ingat lagi time isi pertukaran on line..kami berdua sibuk mengarang ayat2 power ...heheheh...tahniah Ana...jgn lupa belanja Kak Ina...hehehe...

K la...hve to go now...salam.

Wednesday, November 17, 2010

MANISAN AIDIL ADHA....;P

* Salam bertemu dalam ruangan ini di AIDIL ADHA yang sederhana...semoga semua turut meraikannya dengan penuh kesyukuran. Seawal pagi kami berkumpul di rumah parents..dan..kurang lebih jam 10 pagi berkumpul di surau untuk gotong royong kenduri korban...4 ekor lembu semuanya..dan juadah yang disediakan adalah kari daging dan sup tulang serta air asam..simple but nice.  Kebetulan pada tahun ini ada yang celebrate aidil adha di kampung masing-masing..so..kurangla sedikit tenaga kerja...walaubagaimanapun..alhamdulillah..semua berjalan lancar...baik dari proses penyembelihan, masak dan jamuan makan....amin

* My Yaya and Angah masing2 selsema n ada bunga-bunga demam...jadi kurangla sikit excited nak makan kat kenduri korban tu...sian..dan as for me pun sama juga letih bercampur beribu-ribu lemon keja kat sekolah sejak seminggu yang lalu...tp..sangat bahagia..cz kalau dulu merantau di Pahang jarang dapat bersama family menyambut AIDIL ADHA...so now..alhamdulillah..sudah dua tahun berturut-turut dapat raikan bersama family especially dengan my mum n dad...

* Tadi terjumpa Pengetua SMKW..sekali lagi dia maklumkan nama i diberi sebagai penyemak kertas BM..kerana kekurangan sorang guru dalam satu group tu...anyway i just hope that peluang tu akan datang next year..heheheh..cz my son nak ambil SPM..so i tak mahu ada komitmen tugas yang lain dalam masa yang sama...tapi jika dipanggil..so..i anggap rezeki itu datang awal dari yang dirancang...alhamdulillah

* Sessi 2010 persekolahan jauh lebih baik dari tahun lepas..maklumlah tahun lepas baru berpindah balik bertugas di sini..so..just jadi observer je..hehehe..tahun ni..ramai yang memberi kata2 semangat dan memberi kepercayaan pada i..wp..ada kurang di sana sini..tapi proses belajar itu disokong penuh oleh rakan2....terimakasih...

* Pada anak-anak...belajarlah bersungguh2..genggamlah masa hadapan dalam iman dan amal..selagi ada kekuatan kudrat dan minda...mum akan terus berusaha memberikan kehidupan buat semua..moga Allah memberkati rezeki yang mengalir bersama titik peluh seorang ibu ini....LUVS U, U, U, U, and U...so much

Tuesday, November 16, 2010

DONT GIVE UP.....;-P

---JANGAN BERPUTUS ASA----.

1.TUMPUKAN PANDANGAN KE HADAPAN
2. BERJUANGLAH MENCAPAI KEJAYAAN
3. MUSIBAH YANG MENIMPA BUKAN SELAMANYA
4. CARILAH PANDUAN MENJALANI HIDUP
5. SERAHKAN SEGALANYA KEPADA ALLAH
6. SETIAP HARI BARU ADALAH PELUANG
7. KAWALLAH DIRIMU
8.JANGAN TERPENGARUH DENGAN SESUATU YANG BELUM JELAS
9.JANGAN GELISAH JIKA SUDAH BERTAWAKAL
10. KETENTUAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK
11.ALLAH SATU-SATUNYA TEMPAT BERLINDUNG
12.PILIHAN ALLAH SENTIASA BAIK
13.PANDANGLAH SEKELILINGMU SECARA POSITIF
14.  SETIAP USAHA PASTI MENGHASILKAN SESUATU
15. KECEKALAN HATI ADALAH ANUGERAH
16. KESABARAN SENJATA YANG LUAR BIASA
17.ALLAH ADALAH PENDAMPING TERBAIK
18.HANYA ALLAH YANG MENGABULKAN DOA
19.BERBUATLAH SEKARANG, BUKAN BERSEDIH
20.HADAPILAH DUNIAMU DENGAN SENYUMAN

KEMULIAAN HANYA AKAN DIBERI KEPADA MEREKA YANG SABAR.


HAMDAN LUFTI: JANGAN BERPUTUS ASA


Monday, November 15, 2010

KEJORA...

*Salam..hujan pulak di luar sana..menandakan telah bermula musim tengkujuh. Namun..melalui hari terakhir alam persekolahan pada kali ini amat berbeza berbanding pada tahun lepas. Lebih tersusun walaupun ada kekalutan di sini sana.

*Hari ini saja ada 2 jamuan kelas...hmmm...I Berlian ada satay, nasi ayam, cucur udang, popia goreng..etc2x..sedap sangat..tapi takleh masuk banyak sangat..hehehehe..coz baru je lepas makan kat kantin...then selepas itu terus ke kelas 2 Zamrud my own class....takle lama sangat di sana cz i got class with 2 Intan waktu tu...siap bungkus lagi ...hahaha...tomorrow..ahahhhh....got jamuan kelas 2 Intan...hmm..makan lagi..heheheh..yang penting is their thought towards me and other teachers...thank u to all of u dear.

* Esok nak ngemas tempat i kat bilik guru tu...buang apa yang patut..hehehe..dah jadi macam kilang kertas dah..so elokle i kemas2. On this coming Friday, my school buat Majlis Qurban..so..gotong royongla memasak dan pelbagai kerja lagi. My tugas adalah di bahagian agihan daging kepada students yang layak menerima...moga dengan sedikit sumbangan tenaga ini..akan berjalan lancarlah majlis qurban pada tahun ini.

* Yesterday i gi ambil my daughter di MRSM setelah selesai Kem Remaja Pintar...sian yaya...sampai je kat umah terus terlena siap dengkur lagi...letih sesangat tu...Angah n Along hari ini cuti becoz Sabtu yang lepas ada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar..so today i sorang je ke sekolah..heheheh..yaya dah cuti dah minggu ni...hmmm....

* Untuk diri i sendiri...tahun ini banyak sangat peningkatan dalam service i sebagai seorang guru..n..i hope that akan bertambah murahla rezeki utk kami sekeluarga...moga dipermudahkan dan dibuka seluas2nya jalan agar kami terhindar dari orang2 yang berniat buruk terhadap kehidupan kami sekeluarga...Allah menarik sesuatu dan Allah berikan beribu2 kebaikan kepada diri i dan anak2...kemuliaan bukan hanya terletak pada kesempurnaan...becoz kesempurnaan itu sendiri sometimes mengheret manusia menjadi seorang yang memendam rasa dan berpura2....hahahah...aduss...power ayat ni..ciplak dari Majalah Mingguan Wanita..hehehe....

*Kepada orang2 yang disayangi...kedua ibu bapaku..anak2...MN [replika]..moga direstui Allah selalu..

*Later i akan share pengetahuan about MARAH n CORAK PEMIKIRAN k...last nite i dah taip half way..tetapi my computer shut down tetiba..hahhh..apelagi..tido je la...so..tunggu my next coretan k...salam.

Sunday, November 14, 2010

HATI IALAH SOAL 'KITA'....

Salam ketemu lagi di ruangan ini..pada malam yang indah dan tenang sekali. .Actually baru habis marking paper. I dah jot down apa yang berlaku dalam kehidupan seharian di bawah ruangan 'BUSY..SANGAT BUSY...' Malam ini rasa rindu pada my Yaya yang sedang mengikuti Kem Remaja Pintar di MRSM...first time dia tak ada ikuti program sekolah....hmm....harap dia pandai bawa diri..and shes actually sangat independent...so..takla risau sangat tentang how shes going to adapt with the new 'surrounding' tu....

Just to share knowledge yang i baca from the magazine of SOLUSI..its about HATI..jom share sama-sama k.
Hati kita sometimes sarat dengan pelbagai rasa ..so there must be a way utk kita neutralkan hati kita...hmm...

HATI DAN KRITIKAN
*Ada ungkapan popular yang mengatakan 'What u see is what you get", maksudnya apa yang kita pandang (dengan hati tentunya) itulah yang kita dapat.
*Orang berprasangka sentiasa melihat keburukan kepada orang, situasi dan kondisi yang sedang dihadapinya, maka dia akan mendapat keburukan hasil pandangannya itu.
*Jangan lupa pula ungkapan ini: " What happens in you is more important than what happens to you". Sebab itu, orang yang baik hati, mampu bersangka baik dengan menganggap kritikan yang tidak adil terhadap mereka sebagai satu pujian yang tidak rasmi.


Berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak bernilai walau sedebu pun, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas.  Soal hati bukan hanya penting di peringkat awal perubahan tetapi ia perlu terus dijaga sepanjang usaha manusia untuk menjadi individu yang baik dan mampu memberikan kebaikan.


Iman di hati adalah kunci utama ke arah perubahan sikap.  Ia secara automatik akan mengubah manusia secara bertahap-tahap.  Transformasi, reformasi, evolusi atau apa sahaja istilahnya, mesti berlandaskan soal hati. Seorang Muslim pemberani meletakkan asas tindakannya dengan keyakinan penuh bahawa segala sesuatu ditentukan oleh Allah swt dengan qada dan qadar-Nya.

ALLAH MENGGERAKKAN HATI INSAN, SEBAIK TADBIR, MENGUNDANG SEBAIK TAKDIR..

'Carilah hatimu sewaktu membaca alQuran, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. JIKA KAU TIDAK TEMUI JUGA, BERDOALAH KEPADA ALLAH, PINTA HATI YANG BARU.....'


Rujukan dan petikan MAJALAH SOLUSI 2009.

Thursday, November 11, 2010

BUSY...SANGAT BUSY....;-P

Salam..i just want to jot down something here...just to share my feelings today..hmmm...kalut but taklah stress sangat..still boleh manage myself.  About one week to go..sebelum sesi sekolah berakhir...byk keja have to settle up...biasalah..nk serah tugas.....

My yaya akan ikuti Program Remaja Pintar di MRSM bermula dari 12hb hingga 14hb November 2010.  Dalam seminggu ini dia begitu sibuk  sekali  untuk pemilihan olahraga bg sessi 2011.  Nampaknya dia masih dapat acara 200m eventhough dia beharap sangat dapat mewakili sekolah dalam acara 80 meter sahaja.  Kemudian bagi acara 4 x 100 m dan lompat tinggi. pun sama juga. Yang agak pelik..dia bukanlah tinggi sangat..but still dipilih oleh cikgu dia utk acara lompat tinggi...hehehehe...Merentas desa juga salah satu kelebihan dia..actually i sendiri tak sangka dia ada potensi n kebolehan dalam olahraga..thanks to cikgu2 di SKSI..kerana menggilap bakat ALISSA NUR NADIA...rekod tahun ini..tempat pertama merentas desa peringkat sekolah n tempat kedua  merentas desa jemputan di SJKC Sungai Udang...mewakili sekolah di peringkat Zon di Stadium Batu Kawan...go adikkk...do the best of u...mak sentiasa berikan galakan...


My angah pula dah tmbah berat badan tu...hehehe..sedang membesar at this age..so biasala tu. One more thing dia dah kurang minta Cadbury cz dah perasan berat meningkat sikit hehehe...tunggula susut sikit..sure nak balik Cadburry tu..hehehe..On n off dia ke sekolah ..sometimes bila tak ke sekolah tu..settle jugak keje rumah dia tolong uruskan...alhamdulillah.  Sian jugak bebudak lepas PMR ni...well angah..mak doakan ngah akan mendapat kejayaan seperti yang didambakan k...jgn lupa terus memohon padaNya..insyaallah.

Rabu yang lepas, my along asked me untuk sediakan chocolate jelly for his class party..nak dijadikan cerita..tengah memasak agar2 tu..gas habis...huahuahua...jam pun dah pukul 11 15 mlm..so esok tu dengan muka sedihnya along gi sekolah..sian nengok dia...Jadi nak cover balik sedih along tu..i tempah birthday cake ..2 kilos weight..dan suruh dia celebrate kat sekolah dengan kekawan dia...tahun terakhir di alam persekolahan ..i faham nape dia sedih tak dapat chocolate jelly tu...actually esok birthday dia..tapi its ok la..sambut awal dengan kawan2.

My Dida dah angkut barang sikit2 bila i pergi ambil dia kat hostel yesterday...hehehe..mcm orang jual carpet je gayanya..so..for her... jadual tuition dah menunggu during this coming holiday...okla tu kak Dida...bercuti sambil tuition...my yaya akan ambil UPSR next year...so..sama seperti dida..ada tuition jugak cuti ni...tapi normally i ajar sendiri...masa terluang banyak..so insyaallah...moga berjalan lancar seperti yang dirancang.

Suasana di sekolah...hmm...on Thursday..sunyi bangat bilik guru coz everybody nk siapkan Book Review Report n Borang SKT yang due datenya on Friday...hahahah...siann...hari ini ...got final Book Review Presentation Slot....so...agak menarik..tetapi..lebih menarik coz..i sibuk marking up script jawapan...insyaallah akan settle before tuesday...insyaallah.

K la...i hve to stop now...sorry la bersambung2 i jot down my coretan..sibukk bangattt....hehehehe...and i know..someone is watching me on this blog every moment...chaakkkkk...hahahaha...

Along, Dida, MN, Yaya n  Angah...thanks for cheering up my life...;-p

Tuesday, November 9, 2010

WE ARE PERFECT ENOUGH GUYS....;-P

TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA, MELAKUKAN KESALAHAN ITULAH SIFAT MANUSIA.  ITU ADALAH LONTARAN KATA-KATA YANG SERING KEDENGARAN APABILA KITA MEMBICARAKAN TENTANG MANUSIA PALING JELAS YANG INGIN DISAMPAIKAN DALAM KATA-KATA INI ADALAH SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU TIDAK SEMPURNA.

Ada dua pandangan tentang statement di atas:

i.  Manusia itu tidak sempurna, nah itu pasti tetapi apa yang tidak sempurna, akal, tubuh atau yang lain-lain? Manusia itu tidak sempurna kerana manusia itu mempunyai tarikh pasti iaitu tarikh hari kematian kita.  Maka tiada manusia yang sempurna kerana setiap manusia itu akan pasti mengakhira perjalanannya di dunia apabila sampa satu titik.


ii. Kita sering mengatakan yang kita tidak sempurna.  Itu sesuatu yang pelik kerana ianya sering kali diucapkan apabila kita melakukan kesalahan atau merasakan  satu kekesalan dalam diri tentang sesuatu kejadian. Misalnya kita sudah melakukan satu keputusan yang akhirnya memberi impak yang buruk kepada
kehidupan,jawapan yang kita gunakan adalah ' maafkan saya atas perkara yang berlaku, sebagai manusia kita tidak sempurna dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan.'

Kita sebenarnya memujuk hati kita yang kesal tetapi pujukan tanpa taubat apalah ertinya. Kita sebenarnya  cukup sempurna , cukup cantik dan cukup segalanya untuk berjalan di mukabumi ini. Ketidaksempurnaan yang selama ini kita rasakan itulah sebenarnya kesempurnaan sebagai seorang manusia. Jika kita tiada ketidaksempurnaan itu, maka kita bukanlah tergolong dalam golongan makhluk dan juga manusia yang kuasanya adalah jauh lebih kecil dari Allah.

Ubahsuai dari Mingguan Wanita/ 14 Oktober 2010/ Dr Azhar b Mohamad Sarip - Perunding Emosi..

Monday, November 8, 2010

UUHH...ITS HARD TRYING TO BE PERFECT...;-P

Salam n selamat malam..hmm..cuaca malam ini agak dingin cz hujan sebentar tadi. After sibuk marking paper boleh dikatakan for the whole day...so here i am again..hehehe..ingin berkongsi pengetahuan ilmiah n berteraskan motivation supaya dapat kita build up our spirit dalam menjalani kehidupan ini....Hmmm..the details below adalah bahan presentation yang i buat on my LDP slot yang lalu...sangat padat dan bernas...jom..kita sama2 hayati n fahami...bukan untuk orang lain k...but to ourselves la..okay...lets start it dengan.....:

  • TENAGA SUPER - kita memerlukan tekanan untuk melahirkan TENAGA SUPER . Sering kita mengeluh dan menyatakan kita tak larat atau tidak mampu melakukan sesuatu tugasan atau pekerjaan..so apa yang patut kita lakukan? Hmm..yes! kita perlu suntikkan semangat tekanan super dalam diri kita. Contohnya, pabila kita takut dikejar oleh anjing..tapi apabila benar2 dikejarrr...hahahah...bukan main laju lagi larinya...hahh...inilah yang dikatakan tenaga super..bila ada tekanan baru ia wujud dalam diri kita....
  • KELUAR DARI ZON SELESA  - senang saja..lihat perbandingan antara buruh kasar [warga asing] dan juga orang tempatan kita sendiri.  Mengapa tidak ada orang tempatan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan?...yup! betul sekali lagi...orang kita diibaratkan seperti ayam daging..diberi makan..dikurung dalam sangkar..dan pabila tiba masa disembelih..tempoh hayatnya cepat sekali berakhir...mewah dan selesa tapi lemah dalam hadapi cabaran...and...bayangkan pula...buruh kasar itu tadi yang diibaratkan seperti ayam kampung...cari makan sendiri..bebas ke sana sini..pabila disembelih..masih boleh berlari keliling kampung...kenapa....? Yes...! kerana mereka telah lama menghadapi cabaran n kesukaran..so.daya ketahanan dalam hadapi masalah n kekangan adalah tinggi...so..sometimes we need to be out of our comfort zone..semata2 utk melalui erti kehidupan sebenar.....
  • INTERNAL FORCES - hmmm..ini dimaksudkan kpda keyakinan diri..ada sesetengah orang yang acapkali menghadapi kegagalan demi kegagalan..tetapi..didasarkan pada kekuatan dalaman yang sangat tinggi..maka..mereka ini akhirnya masih mampu berjaya di peringkat akhirnya....internal forces yang hidup dalam diri orang yang seperti ini sangat membantu dan tidak semua orang memiliki kelebihan ini...adakah anda insan terpilih yang memilikinya..? Hmmm..
  • ARUS BETA -  apa yang dimaksudkan dengan arus ini adalah ARUS KECEMERLANGAN . Untuk menjadi seorang yang cemerlang..kita perlu berada dalam arus beta all the times di mana saja kita berada dan dalam apa saja keadaan....Arus beta ini akan menyebabkan idea2 bernas  muncul dari otak kita dan menjana minda untuk melakukan sesuatu secara bijak dan rasional sekaligus menghasilkan output yang cemerlang. 
  • PERKARA BERHALANG -  hidup tanpa cabaran ibarat sekadar mengharungi air tanpa tujuan. Apabila kita melakukan perkara berhalang [susah] maka automatically..ia menggerakkan otak kita...tanpa perkara berhalang ini minda kita umpama robot menyelesaikan masalah mengikut rutin.....tidak mengajak minda berfikir dan bersusah payah hadapi kemelut..kekuatan minda sering tercalar dan mudah goyah....jadi pengalaman itu sebenarnya akan lebih menyediakan satu saluran pemikiran rasional dalam menangani sebarang kebarangkalian....woww...

       So u guys..begitulah antara tips dan panduan yang dihasilkan dari rujukan buku NAK KE TAK NAK..
       hasil tulisan DR HM TUAH ISKANDAR...so if theres something to share together..sangat2 dialukan...ini
       adalah satu drpd skop  amalan dan nilai dalam profesionalisme. Sebagai guru dan juga seorang ibu dan
       manusia biasa..tips di atas sangat2 menyuntik semangat...so jumpa lagi di lain coretan dengan
       perkongsian ilmiah dan pengalaman yang lebih menarik lagi...and...to ALONG, ANGAH, MN, YAYA..
       i luvs u ssm...thank for cheering up my day...;-p

    Sunday, November 7, 2010

    SECANGKIR MADU...;-P

    1. Ujian memang telah terjadi bersama lahirnya seorang insan , itulah KITA. Jangan hendaknya perasaan cintamu menyebabkan dirimu menjadi sengsara, dan kebencianmu membuat kamu hilang punca..Justeru kita dijadikan dan ditebarkan di mukabumi Allah ini memang untuk menerima tanggungjawab berat dan untuk diuji.
         2. Kebahagiaan itu  ibarat sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya ialah jiwa dan perasaan
             kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah..merupakan air, udara dan cahaya yang membantu 
             pertumbuhannya.Kebahagiaan itu saling berkait rapat antara dua hati yang sanggup berkongsi 
             apa saja kisah duka dan gembira.

        3. Orang berbahagia itu ialah mereka yang selalu menyedari bahawa tidak ada faedahnya: perkataan kalau
            tidak disertai dengan perbuatan : tidak ada gunanya kepintaran kalau tidak disertai dengan budi :
            tidak ada gunanya kebaikan jika tidak disertai dengan niat suci : tidak ada gunanya kejujuran jika tidak
            sanggup memegang janji : tidak ada gunanya hidup jika tidak disertai kesihatan dan tidak ada gunanya
            ucapan setia jika dihati terhimpun kepalsuan.

        4. Wanita bisa memaafkan sesuatu pengkhianatan tetapi dia tidak bisa melupakannya. Hidup ini penuh 
            keindahan dan kesukacitaan serta pengharapan. Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan 
            perkara yang buruk, mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal yang 
            indah di sekeliling kita.

        5. Ketahuilah tidak ada lautan yang luas, lurah yang dalam, bukit yang tinggi dan jalan yang susah bagi 
            orang yang mahu .Kalau sudah tak mahu, lautan yang sempit pun terasa payah untuk diseberangi, 
            lurah yang cetek pun terasa amat dalam untuk dituruni dan bukit yang rendah terasa amat tinggi dan 
            tidak berdaya untuk didaki.

        6. Tiada manusia sempurna sepenuhnya, begitu juga kita. Sama-sama manusia, sama-sama ada kelebihan 
             dan kekurangan.  Mengapa tidak boleh dikenangkan kebaikan dan keindahan yang sama2 dilalui . 
             Jangan kenangkan yang buruk sahaja kerana kita sendiripun bukanlah baik semuanya.

      Petikan dan ubahsuai dari BUKU MEMBINA HATI BAHAGIA..[Dr. HM Tuah Iskandar]..sangat
      sarat dengan ilmiah dan pandangan..moga mendapat kebaikan bersama. Kekuatan manusia itu dapat dilihat
      dan dinilai kurang lebihnya...tetapi yang lebih mengetahuinya adalah DIA. Balasan, kesedaran, kesakitan
      penyesalan adalah lumrah kehidupan yang akan dan telah DIA berikan. Nikmatilah semua itu nanti...




      

    SALam..

    Salam..hmm..begitu lama tak jot down something here..hehehe..ada something tak kena dengan my laptop ..so now im back again...hope that semua ok dan happy jalani hidup ini...as for me here..seperti biasa sibuk with my kids...ALONG ada about 3 weeks more to go...SPM...moga dia ada high level of keyakinan untuk hadapinya.

    Hari ini cuaca di tempat i quite mendung...so..taklah rasa stress sangat marking exam paper..so far for I Berlian i amat  berpuas hati coz diorang mengikut teknik menjawab seperti yang diajarkan.  Sangat teruja membaca skrip jawapan mereka. And for my 2 Mutiara class..ada peningkatan dari quality jawapan n their effortness dalam menjawab semua bahagian soalan...alhamdulillah. Hope that selama i ajar diorang for two years..theyve got so many things to deliver on their answer scripts nanti [PMR]...hmmm...

    Hajat hati nak ke Rawang untuk melihat rumah yang i beli kat sana. Maybe on this coming holiday...cz boleh dikatakan tiap kali weekend.. my  Dida balik from hostel. Harap-harap everything will be going fine...hehehe..

    Esok schoolday..so kembali sibuk dengan tugas especially Biasiswa...students sibuk keluarkan duit untuk membeli keperluan sekolah.  Sometimes diorang minta lebih dari had yang sepatutnya..hmmm...itulah kalau duit biasiswa anak ibu bapa yang aturkan....ada certain names been shortlisted kerana masalah disiplin n pencapaian akademik kurang memberangsangkan..dan macam2 lagi...nampaknya..sibuklah penyelaras2 form 1 hingga form 4 nak updatekan maklumat..thank u guys..kalau tak ada korang mesti sukar i nak pikul tanggungjawab ini...amin.

    K la hve to go now..ill jot down more later...daa..

    Thursday, November 4, 2010

    I WILL SURVIVE...

    1. Jangan carik-carikkan hati anda dengan kedua tangan anda sendiri....jauhilah apa yang membunuh waktu anda. Sesungguhnya, kemampuan untuk tidak merasa tertekan itu merupakan sifat yang mulia yang dapat membantu menghilangkan kesulitan dan mengekalkan keharmonian hidup.
    2. Seharusnya kita mampu mengukur kadar perubahan dan  menyesuaikan diri dengan segala keadaan baik yang nyata mahupun yang tersembunyi.
    3. Orang yang kuat akan dapat memahami berbagai masalah dan menyedari bagaimana hendak bertindak ketika menghadapi masalah atau pada ketika apa yang diinginkannya tidak tercapai.
    4. Begitu juga akan sedar bahawa diri kita adalah sebahagian dari alam yang sangat luas di mana sebagai manusia pasti diri akan ditimpa penyakit, musibah, kesedihan dan juga kegembiraan...dan ini menjadikan kita tidak akan merasa terkejut dan tidak akan gelisah. Allah akan meredhaiNya dan membebaskan segala upayanya saat kita mencuba untuk mewujudkan hal yang terbaik bagi diri kita.
    5. Orang yang kuat akan memahami bahawa 'tiada seorangpun yang beroleh kerehatan dalam kehidupan ini'.  sentiasa diuji...diduga walaupun kadang-kadang hancur semua yang ada di hati...Oleh itu..BERBAHAGIALAH SEKARANG, BUKAN ESOK HARI......

    Wednesday, November 3, 2010

    MENTARI DI UFUK TIMUR....AKUUUU....;-P

    • Salam...jumpa lagi di ruangan bisu ini..mencoretkan sesuatu yang dapat dikongsikan...alhamdulillah perjalanan hidup pada hari ini baik dan aku lebih baik berbanding pada hari-hari sebelumnya...antara sahabat ramai yang memberi kata semangat meskipun tak semua yang tahu apa yang tersirat dalam hati aku ini....begitu juga anak2 murid ku tak putus bertanya..."Cikgu...cikgu ok  hari ni?"...terimakasih semua...thanks banyak2 sangat....
    • ents dah ambil paper Bahasa MelMy stuayu final exam..so habislah sesi P&P aku bersama mereka...perlu aku isikan dengan aktiviti bahasa agar tidak terbuang masa begitu saja...hmmm...pertama sekali aku akan buat aktiviti tekasilang kata...dari Berita Harian secara berpasangan...moga berkatlah ilmu yang mereka perolehi sebagaimana aku mahukan keberkatan rezeki yang ku cari melalui profesion ini....
    • Paper sejarah Form 4 pun dah selesai..sedang marking both paper BM and Sejarah..moga ada peningkatan berterusan dari setiap pelajar aku ini...amin. Cuma perlu diperkemaskan lagi delivering the facts explaination kepada mereka...becoz Sejarah is a subject yang sangat menarik jika ada taman dalam hati ketika mengulangkajinya...heheheheh...satu cabaran kepada guru sejarah pabila subject ini diwajibkan lulus bermula 2013...in the same time syukran..syukran...menggambarkan  secara tidak langsung bahawa betapa pentingnya iktibar dari sejarah lampau agar generasi  muda tidak buta sejarah dan hidup dalam keangkuhan dan tidak  mengenal asal usul.... 
    •  My along only got about three weeks from now sebelum menduduki SPM..my doa sentiasa bersamanya..i know he can do it...and now hes struggling hard for it...go along...mak mahu along kuat..jangan risaukan about me k...ill be strong for u sayang...and so do u...please be strong for mum too k....and to angah dont forget to recite doa to Allah setelah berusaha dalam PMR yang lalu...insyaallah..adala rezeki terbaik untuk diri ngah k....i luvs u both..;-p
    • My yaya tak jadi sertai trip to Kedah/Perlis ..banjir n keselamatan diri yang masih tak tahu apa2 tu sebabkan i tarik balik my permission and asked her to inform cikgu dia...dia tak jadi join the trip...i luv her and i dont want to have any worries on it [trip]..so its better  i made that decision and alhamdulillah my yaya well understood about it...
    • And now i sedang build up my spirit...my energy and my mind setting...please ya Allah..berikan aku kekuatan n jauhkan aku dari niat yang tidak baik...peliharalah aku dan anak2ku...moga Kau sentiasa bersamaku. Sessi persekolahan juga akan berakhir tidak lama lagi..so..as usual here n there kalut settlekan keja n i really hope hidup i kembali normal....sederhana, tenang dan tidak menyusahkan orang lain....
    • So ive to end up my writing here...need to rest my self...baru nak baik dari minor migrain..and to all bloggers n my fb followers..apa yang baik boleh u ambil dari penulisan ini..ambil la..and i hope..kita semua will appreciate apa yang kita sedang lalui dalam hidup kita eventhough ada certain of it yang melukakan hati kita....salam n nite..Dida. Along, Angah, MN and Yaya...i luvs u all.  Stay cool n tke care

      Tuesday, November 2, 2010

      ...SELEPAS HUJAN....

         1. Syukur kerana aku masih dapat mendengar suara itu...meskipun sebak dan pilu...moga dia akan bahagia dengan segala  keputusannya.
         2. Syukur..meskipun masih lemah kekuatan hati..dapat jua aku tempohi hari mencabar ini...
         3. Syukur Allah masih bersamaku dan juga anak2ku
         4. Doaku tak putus ya Allah..kembalikanlah kemanisan dalam hidup aku...berikanlah kekuatan dahulu..hilangkanlah degup kencang jantungku ini....amat sakit dan terasa pedih...
         5. Tiada siapa yang dapat memberikan kita kebahagiaan..berjalanlah Azlina...kerana di sepanjang perjalananmu itu...itulah sebenarnya kebahagiaanmu....
         6. Hargai dan sayangilah dirimu Azlina...kerana tidak semua rasa kasih itu penawar buatmu
         7. Penuh rendah diri aku sedar semua ini hanya ujianMu ya Allah...kekalkanlah ketenangan hati ini...moga esok kan ceria kembali.

      Monday, November 1, 2010

      SAKIT...

      1. Salam..bertemu di ruangan ini..sekadar meluahkan rasa yang tak dapat digambarkan dengan kata2. Terimakasih buat anak-anak yang bersama menjagaku tika aku tidak berdaya bangun...juga terimakasih untuk sahabat2 yang sudi menenangkan aku ..juga maaf buat anak2 muridku yang melihat aku menitiskan airmata di hadapan kelas....sebagai manusia tidak dapat aku menahan sebak yang sungguh mencengkam.
      2. Namun begitu...tetap aku gagahi langkah harungi kehidupan. Tidak aku menyalahkan takdir ..juga tidak mahu aku melawan takdir...langkah seolah terhenti dan sekeliling begitu sunyi tanpa suara...setelah apa yang aku lalui..setelah apa yang teranggap pada diriku ini...setelah langsung tiada dipedulikan...aku serahkan kembali pada mu ya Allah...kesakitan ini...agar dapat kau pulangkan padaku penawarnya ya Allah...
      3. Esok bermula lagi kehidupan dan tanggungjawab ku sebagai guru dan ibu..berikan aku kekuatan ya Allah...hilangkanlah airmata ini...segarkan wajah pucatku ini..tenangkan degup kencang jantungku ini...hilangkanlah sakit kepalaku ini ya Allah...amat sakit teramat perit...terimakasih kerna Kau mengujiku...meskipun terlalu berat aku mengharunginya...
      4. Along, angah, Dida n Yaya...terimakasih kerana memberi ruang pada mak yang tidak sihat ini...jaga diri baik-baik..belajarlah nak..kemuliaan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..mum luvs all of u...and please...luvs mum too...

      Total Pageviews

      visitors online