Monday, May 30, 2011

TAPI BUKAN AKU....

"Membela orang yang dicintai adalah suatu tindakan mulia..Cintailah kekasihmu sekadarnya , siapa tahu dia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti...Dann..bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti" -Sayidina Ali Bin Abi Talib


Etika berkawan dan berlawan

Tiap daripada kita berada di antara dua macam manusia, iaitu kekasih yang mencintai dan musuh yang membenci. Hati kita akan terasa lebih dekat dengan golongan yang pertama dan terasa jauh di kalangan golongan kedua. Namun, terdapat garispanduan cinta dan benci yang kita turuti sebagai seorang muslim.

Prinsip terpenting yang menjadi asas kedua-dua etika ini adalah 'keadilan' (moderate). Islam melarang kita melampau dalam mencinta dan membenci sehingga membutakan mata kita daripada melihat kebenaran.

Kebencian Melampau

Apabila kebencian kita melampau garis, kita akan hidup dalam deraan psikologi yang sangat menyeksa. Setiap kali mendengar nama orang yang kita benci itu disebut, fikiran kita menjadi keruh . Jika seseorang memujinya, hati kita seolah-olah terbakar.

Hati dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali melihat orang yang kita benci itu, melakukan atau mengucapkan sesuatu. Kita sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik.

Kita akan dapat menerima kenyataan bahawa setiap orang memiliki kelebihan walau sekecil manapun, kita lebih tidak boleh menerima jika orang lain mengetahui kelebihan itu. Pada  tahap yang lebih parah, kita bukan hanya membenci orang yang kita benci itu, malah turut membenci setiap orang yang ada bersamanya.

Saban hari, semakin bertambah bilangan orang yang kita benci. Dan saban hari juga, semakin kurang bilangan orang yang boleh kita percayai. 

Kebencian yang berlebihan hanya akan merosakkan diri sendiri .  Oleh sebab itu, " Bersederhanalah dalam mencintai dan moderatelah dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai . Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci. " 

Semoga Allah dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya. Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang ditimpakan oleh Allah kepada hambaNya di muka bumi ini....


UMAR M NOOR /SOLUSI/MEI 2011
Diubahsuai oleh INAAO




No comments:

Total Pageviews

visitors online