Saturday, October 9, 2010

Salam di pertemuan yang agak lewat untuk hari ini...sebenarnya bermula 430 pagi saya telahpun bangun untuk bersedia membuat rujukan dan bacaan sbagai persiapan slot BOOK REVIEW PRESENTATION hari ini...bukannya belum bersedia..tetapi kelmarin saya membaca dari point yang terakhir menaik hingga ke  point yang pertama....tetapi subuh tadi..saya membaca dari point pertama turun hingga point yang keenam belas....hehehehe..kelakarkan...itulah saya..lain dari yang lain bila dilanda stress...hehehe...

Jam menunjukkan pukul 630 pagi...kalut sekali baru nak print out sinopsis bahan bacaan...mmmm...kemudian rush pula ke pasar untuk belikan 90 biji karipap bagi jamuan pagi...hari ini terpaksa terkejar2 kerana saya dan 10 orang rakan yang lain berkongsi adakan jamuan minum pagi dan makan tengahari sbg kesyukuran pada slot BRP kali ini....alhamdulillah lauk pauk dan mee hoon gorengnya sedap sekali...asalnya saya nk buatkan agar2 peach..tapi tak sempat sebab tension nk prepare for the presentation...so sbb itulah digantikan dengan karipap....anyway..alhamdulillah termakbul jualah hajat untuk majlis kesyukuran ini...

Di akhir program, dapat pula message from Angah yang dia demam n hidung berdarah pula...hmmm...ni memang tekanan exam fever ni...then my Dida pula sakit kaki...jadi ada dua orang yang perlukan rawatan...adoiiii...kena terbang ni superwoman hari ini.....Setibanya di rumah...hehehehe...tergolek dok saya tdo dalam keletihan...hingga ke petang.....kuat sungguh penangan stress pada kali ini...hehe..presentation berjalan sangat lancar...mcm tlupa pulak diri bila dapat mike...hehe...alhamdulillah berbaloi bangun seawal pagi...

After maghrib sya dan anak2 ke rumah parents...happy dapat bersembang dan berjumpa dengan kedua2nya..hampir sejam setengah  di sana..kami pun beransur pulang...so..my Saturday hari ini..dahpun berlalu..so esok pastinya sibuk sekali...huhuhu...tak apela..malam ni i  just nak rehat and tomorrow for sure i akan bangun awal sbb kerja hari Sabtu nak diselesaikan pada hari Ahad...hahahaha..moga mudahlah urusan ku di esok hari....

Anak2 pun mcm terabai sikit hari ni...sian..so its ok la...ive to go now...moga all bloggers n my fb followers akan membaca my coretan ini dan mendapat satu nilai yg positive darinya...itulah harapan dari saya...k la...have a nice weekend...n..b urselves k..to grab pure happiness in ur life.......;-p

1 comment:

Anonymous said...

salam super women.......

Memang benar seperti yang diberitahu oleh Rasulullah SAW, pada akhir zaman orang yang hina justeru jauhnya hubungan mereka dengan Allah diangkat dan dimertbatkan ke darjat yang mulia.

Manakala orang yang mulia kerana akrabnya dengan Allah serta sangat menjaga hukum-hakamNya telah dianggap hina. Hanya jauhari mengenal manikam – orang yang beriman juga yang menghargai mujahid, syuhada’ dan para solehin.

Justeru, ketika nama dan harta mula melengkari hidupmu… mungkin ketika itu percikan-percikan api jahiliyah mula membakar jiwa mu. Cinta dunia itu kepala segala kejahatan. Bukan mudah untuk meletakan dunia di tangan, iman di hati. Dunia itu umpama gadis yang cantik, di samping kita menjaga agar orang lain tidak menodainya, kita sendiri harus menjaga diri ketika menjaganya.

Ya, berapa ramai orang yang lupa kita terlalu asyik mengingatkan? Berapa ramai yang lalai dengan Allah ketika begitu pantas dan tangkas mengucapkan kalimah cinta-Nya? Mereka hanya umpama tanah yang keras dan kering… mampu menakung air untuk memberi minum orang lain, tetapi hati sendiri gersang dan terbakar kerana kehausan!

Lalu aku ingin mengingatkan diriku dan dirimu… berhati-hatilah ketika berbicara tentang hati. Betapa banyak hati yang lalai kerana dihijab oleh limpahan peringatan. Umpama anak benih yang mati “kelemasan” kerana terlalu banyak disirami air! Atau lilin yang membakar diri… kononnya untuk menerangi orang lain

Total Pageviews

visitors online