Thursday, March 31, 2011

BIDUK BERLALU KIAMBANG BERTAUT...

Salam sudah sekian lama tidak mencoretkan tentang perjalanan hidup i n the kids..ntahla..this year jadual disusun agak padat n so far even kalut macamana pun semuanya berjalan dengan lancar..baru saja selesai bulan ketiga di tahun 2011 ini..terasa sudah lama benar sesi persekolahan berjalan....anyway im happy that tagline i 'TAHUN BARU JIWA BARU, HIDUP UNTUK BAHAGIA' banyak memberi semangat untuk mencapai lebih kepuasan dan kejayaan dalam pelbagai aspek kehidupan...amin.

Minggu ini amat padat susunan jadual tugas...bermula dengan operation appendix along..dan urusan lawatan ke KL Unit Biasiswa yang telah selesai pada hari Selasa lalu..dalam keadaan yang amat meletihkan..alhamdulillah..settle kerja..On Wednesday, latihan pantun diteruskan pada waktu koko..pusingan pertama nanti pada hari Pertandingan Pantun pasukan sekolah i akan bertemu dengan SMK Taman Widuri. Esok urusan surat kebenaran waris dan lain2 akan dilakukan. Pagi tadi, seminar dan bengkel teknik menjawab Kertas Bahasa Melayu/SPM dijalankan seharian...letih jugak..pengalaman marking paper digunakan untuk kebaikan pelajar-pelajar...alhamdulillah.

Esok [Jumaat] i hanya ada satu masa sahaja P&P..lega..harap tak ada relief la..hehe..boleh selesaikan tugas...Sabtu ini menjadi pengacara jemputan bagi Anugerah Seri Asrama Terbilang di SMK Seri Nibong..actually my body really need some rest..tapi tak apalah...selesai event tu..bolehla i berehat..So next week ..preparation untuk melancong ke Australia akan dilakukan..very excited..setelah macam2 dugaan yang i lalui..so its worth it for me to have a good n nice trip to Perth..i berdoa agar Allah memberikan ketenangan untuk diri i yang kerdil ini...amin.

My kids seperti anak-anak yang lain juga..sibuk dengan homework, tuition, aktiviti koko...ada juga hari di mana rumah ni jadi sunyi je..kerana masing2 keletihan..tidor tanpa makan tengahari...apapun kesibukan ini dijangka akan selesai menjelang hujung April...Along pun dah tak bekerja di Prai lagi..jadi sekarang takla sunyi sangat rumah ni..Mudahan Angah, Along, Dida n Yaya akan sentiasa menjadi anak yang terbaik untuk i..insyaallah.

Kekadang ada juga sedikit rasa sedih bila diimbas kembali perjalanan hidup sejak dulu..tetapi..mungkin Allah lebih mengetahui apa yang tersirat di sebalik semua itu. Sebagai manusia pelbagai rasa telah dialami..sehingga pada satu tahap..semua itu tidak lagi memberi sebarang kesan..bukan bongkah pada ketentuan Nya..tapi..agar hidup ini akan diwarnai dengan keindahan di laluan  penghujungnya...moga Allah akan memakbulkan impian i utk menikmati keindahan itu...pastinya bila tiba saat itu..i tak akan menolak lagi hak i untuk memiliki n merasainya...amin.

Ok la..sampai di sini sahaja.  The writing intonation is quite 'slow n emotional'...maybe becoz of the tiredness yang i alami dalam minggu ini...sangat terasa...tapi for sure,,next week...the mood will totally change...insyaallah. Siapa kita untuk menongkah takdir..bila luka di kaki kerana berlari maka..berhentilah agar tidak berdarah lagi.

INAAO/31O311
 

A FEW WAYS TO FUEL A CONVERSATION

1. Be aware of open and closed body language

2. Seek common interests, goals, and experiences with the people you meet

3. Be open to answering common ritualistic questions.

4. See that the time is balanced between giving and receiving information.

5. Be able to speak about a variety of topics and subjects

6. Be willing to express your feelings, opinions, and emotions to others.

7.  Start and end your conversations with the person's name and a handshake or warm greeting.

8. Visually show others that you are enjoying your conversation with them

9.  Look for the positive in those you meet

10. Use "I" when you speak about your feelings and personal things, rather than "you"


INAAO

Sunday, March 27, 2011

MOGA KAU BERSAMAKU....

Salam..to all bloggers n my fb followers..please pray for my along yang akan jalani operation as soon as possible. Dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya. Appendix stage yang serious kerana hampir pecah. Thats why tak boleh berjalan, sakit perut yang extreme, muntah, cirit-birit n demam...so here i am..at 3.00 am di sebelah dia..nampak letih n pucat.. DOAKAN KAMI YA



INAAO
Hospital Seberang Jaya

Saturday, March 26, 2011

TEN TIPS FOR TIP-TOP LISTENING....

1.  Learn to want to listen.  You must have the desire, interest, concentration, and self-discipline.

2.  To be a good listener, give verbal and visual cues that  you are listening.

3.  Anticipate excellence.  We get good information more often we expect it.

4.  Become 'whole body' listener: Listen with your ears, your eyes, and your heart.

5.  Take notes.  They aid retention.

6.  Listen now, report later. Plan to tell someone what you heard, and you will remember it better.

7.  Build rapport by pacing the speaker.  Approximate the speaker's gestures, facial expressions, and voice patterns to create comfortable communication.

8.  Control internal and external distractions.

9.  Generously give the gift of listening.

10.  Be present, watch the tendency to daydream.  Don't drift off from conversations.


INAAO
presented by Madam Masyitah 2010

Friday, March 25, 2011

TRiP to PeRth , AustRaLiA.. YabedaBedoooo.......

Day 1
14th April 2011/Thursday
KL/Perth

Bertolak dari KLIA ke Perth
Tiba di Perth

Dinner/Check in Hotel



Day 2
15th April 2011/Friday

Breakfast
-Orientasi di sekeliling Bandar termasuk:
Parliament House
Mount  Eliza
Swan river

Lunch
Melawat
-Caversham Wildlife Park.(Kangaroo, koalas,emus, wombats)
-Kilang Chocolate
-Shopping at Harbour Town Factory Outlet

Dinner
Free Activities


Day 3
16th April 2011/Saturday

Perth
Bertolak ke Fruit Orchard

Lunch
Melawat Fremantle City termasuk:
-Roundhouse
-Fremantle Prison
-WA Maritime Museum

Dinner:
Free Activities

Day 4
17th April 2011/Sunday

Shopping at Hay & Murray Street
Bertolak dari Perth ke KL


TRIP OF HOPES N DIGNITY....

Monday, March 21, 2011

8 MANFAAT DAY NAPPING

1. Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja

2. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti

3.Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan

4. Baik untuk jantung dan kesihatan

5. Meningkatkan fungsi kognitif

6. Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman

7. Menjadikan minda lebih kreatif

8. Mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar.


Solusi INAAO

Thursday, March 17, 2011

SERIBU TAHUN TAK AKAN MUNGKIN....

WAJAH RAHSIA HATI


Salam bertemu kembali pada coretan kali ini. Lebih menyentuh kepada soal bagaimana terkesannya pandangan kita pada suatu renungan, wajah dan situasi yang dapat menjadikan diri kita berada dalam keadaan tenang dan selesa. Persepsi kita terhadap orang yang kita temui bergantung kepada wajahnya.  Daya tarikan pada wajah seseorang itu bukanlah hanya kepada kecantikan  semata-mata.


Meskipun wajah orang di sekeliling kita bebeza tetapi perasaan terhadap seseorang itu lahir dari dalam sanubari kita . Apabila kita bertemu dengan seseorang, kita akan membuat nilaian menerusi perasaan kita terhadapnya. Seperti suka, rasa mesra, segan-silu, manis, lembut, ayu, sombong dan sebagainya. Apakah yg mempengaruhi perasaan kita terhadap seseorang? Ada beberapa rahsia untuk mendapatkan wajah yang menyenangkan  orang yang melihat kita antaranya:


1. Niat yang ikhlas
Dalam semua perkara yang dilakukan kita perlu memasang niat.Secara saintifiknya, orang yang berniat baik dan ikhlas ini mengeluarkan tenaga dalaman positif yang terpancar melalui getaran atau gelombang yang hanya akan dirasai oleh gerak hati atau intuisi.Aura yang positif akan dirasai oleh mereka yang mendampingi kita dan aura itu terletak pada menarik, bersih, lembut, manisnya wajah yang memancarkan ketulusan niat hati di dalam.


2. Senyuman
Senyuman yang tulus ikhlas dapat menghangatkan  jiwa yang menerimanya.  Ia boleh menjadi penawar dan ibadah, malah turut menceriakan dan memaniskan penampilan kita.  Senyuman adalah penawar kepada penyakit rohani dan dengan senyuman dapat mengeluarkan endorphin dalam badan yang mampu menimbulkan rasa lega, selesa dan ceria. Ini akan meresap ke dalam kalbu yang paling dalam.


3. Wajah ceria.
Rasa senang dan bahagia yang datangnya dari lubuk hati yang bersih dan suci lantas akan dapat menimbulkan wajah yang ceria. Ia merupakan satu kebaikan yang perlu diberikan perhatian kerana wajah orang yang ceria dapat menghiburkan orang lain.


4.Kata-kata yang menyenangkan.
Manusia sangat senang dengan kata-kata pujian dan penghargaan kerana ia dapat memotivasikan orang yang menerimanya. Ucapan yang baik dengan penuh kemesraan dapat memikat hati orang yang mendengarnya. Oleh itu, rahsia orang yang hebat ialah apabila dia dapat mengeluarkan kata-kata yang menyenangkan hati orang lain.


5. Penampilan yang menarik.
Persepsi orang yang melihat kita banyak bergantung pada pakaian dan penampilan kita. Manusia sangat senang dan suka kepada kecantikan. Oleh itu pemilihan pakaian dan penampilan diri yang sesuai adalah penting supaya orang akan merasa senang apabila melihat kita.


Kesimpulan
Kita mampu untuk membuat orang senang melihat wajah kita jika kita berusaha mengubah diri menjadi yang terbaik. Kemantapan dari segi fizikal, emosional dan spiritual harus seimbang supaya kita disayangi Allah dan berjaya menawan hati orang.  Jika kita memberikan kebaikan, kita juga akan menerima pulangan yang sama iaitu kebaikan


INAAO
Diolah dan diubahsuai dari penulisan Hj Zainuddin Ali - SOLUSI

Thursday, March 10, 2011

KU DI HALAMAN RINDU.....

Salam dan good morning to all of u..sudah agak lama tidak mencoretkan sesuatu di ruangan pena ini...kekangan masa amat terasa.  Sehinggakan menu harian pun just yang simple2 aje..hehehe. So..untuk memulakan bicara sekadar ingin berkongsi perjalanan hidup di beberapa rantai masa terdahulu...alhamdulillah..keadaan kesihatan kian baik meskipun suara masih bergemersik...tapi sudah mula merasa selesa untuk mengajar.

1. Anak-anak
Along seperti biasa masih bekerja di premis yang sama dan sudah mulai buat full time job sejak Mac ini...cuma agak terasa masa untuk kami bersama makin berkurangan...sedih mulai terasa pabila anak2 kian mencecah dewasa...Angah pada minggu ini menduduki Ujian Kemajuan 1. Seperti biasa studynye bagai nak rak...mulalah bungkusan chocolate di sana sini....Yaya pula my youngest one..baru saja selesai berlari di Stadium Batu Kawan  semalam..3 hari dia di sana. Dapat tempat ketiga dalam acara 200m...tahniah adik. Kini..sibuk pula menghafal text choral speaking...Dida pula...last week tak balik rumah tapi i pay a visit pada hari Ahad tu...cuti ni nak 'kupas' betul2 Mathematics subject..komen cikgu yg ngajar last year..cara jwpn
Dida memang ok..lengkap. Tetapi...salah konsep..itu yang tengah i fikirkan..uji dia dengan beberapa soalan n tengok cara dia memberikan jawapannya. Begitulah..setiap anak adalah ragamnya..ada lebih n kurangnya...terpaksa i as a mum set up dalam hati ni...tiap2 record dari semua aspek setiap sorang dari mereka...heehhehe..mcm rekod disiplin pulak...


2, Me
Pada tahun ini bermula dari January hingga hari ini..alhamdulillah tahap stress dapat ditangani..tugas2 yang diberi dapat diselesaikan satu persatu...lebih tersusun dan terancang...cuma sebagai Penyelaras Unit Biasiswa agak kalut sedikit dengan pelbagai bentuk tugas yang perlu diselesaikan. Meeting pertama di PPD pun belum ada lagi...so..kesempatan itu diambil utk kemaskini fail terkini.  Sebagai guru kelas..tugas macam2 kena buat pun alhamdulillah dapat disettlekan..wp kekadang terabai sikit perhatian terhadap anak2 tiri i ni...hehehe..Pada tahun ini kerja sekolah dah tak bawak balik umah dah..tak larat dah nak jeling n nengok..so..bila kat umah..just enjoy the moment with the kids...syukran2

3. Business
Alhamdulillah..walaupun masih tidak dpt beri 100% fokus kepadanya tetapi ilmu yang diperolehi itu disimpan
dan menjadi benteng ketahanan minda. Sindiran dan pandangan orang lain tak i kisah kerana mereka tidak memahaminya...hehehe...cuma masa dan pencapaian akan menjawab segala. And seminar keusahawanan sambil melancong ke Perth nanti akan i gunakan sebagai 1 ruang untuk semua aspek...peluang jangan disiakan..Ada dua faktor penarik yang menyebabkan i involve dlm business ini...pertama adalah berdasarkan ayat al Quran yang mengatakan bekalan dan benteng bagi supermum seperti i ini adalah  2 perkara iaitu iman dan harta. Atas dasar itu hati kuat tergerak utk menerima cabaran kerana hnya mereka yang sama seperti i yang tahu hikmah di sebalik ayat di atas...Dan faktor penarik kedua adalah...mengatur backup financial demi masa depan anak2..kita tdk perlu mengeluh akan ketentuan Allah..sebaliknya kita harus mecari jalan mengharungi likuan hidup..penuh redha dan insaf. Insyaallah...kan tiba juga rezeki besar itu...insyaallah.....

4. Tugas
Bermula hari ini akan sibuk marking paper Sejarah n Bahasa Melayu..begitu juga latihan dan persiapan bagi Pertandingan Pantun yang akan dijalankan di SMK Tasek pada 5/7 hb April 2011. Sebelum itu, pada tarikh 2 April 2011 pula dijemput untuk menjadi pengacara bagi Anugerah Sri Asrama Terbilang di SMK Seri Nibong....dan menyusul pada 13-17hb April akan berlepas ke Perth, Australia. Sebulan kemudian, 15/16/17 hb Mei akan ke KL bagi lawatan di bawah kerjasama Unit Biasiswa dan Unit Bimbingan dan Kaunseling..antara destinasi lawatan adalah Muzium Roti High 5, Karangkraf, Petrosains dan Aquaria..hmm..menarik tu...menyusul selepas itu pada 24-26 Mei akan ke Perak utk mengikuti kursus Penulisan Kreatif bagi menengah ata....memang meletihkan..tetapi yang pastinya....MENYERONOKKAN!!!!!


5. Penutup
Kla have to go now..semoga apa sahaja yang me n my kids lakukan adalah di bawah keberkatan dan kerahmatan dari Allah. Bersyukur padaNya meskipun pelbagai bentuk dugaan dan cabaran yang telah ditempohi..kami masih bersama dan mengumpul kejayaan demi kejayaan...moga Allah permudahkan segala urusan.



INAAO

Wednesday, March 2, 2011

MUTIARA DI DASAR LAUTAN....

1.  Salam,. pertemuan ini sangat beerti kerana sudah lama tidak update blog...satu demi satu tugas menanti...datang dan pergi...silih berganti...until pokok bunga i kat luar tu pun sudah mati kekeringan, rumput dah memanjang...kembali semak di laman rumah tu. Baru sahaja selesai netball dan biasiswa fasa 1...lega setakat ini...semuanya mengikut apa yang telah dirancangkan...meskipun ada sedikit lari masanya..hehehehe.....

2. My kids..
Along mulai buat kerja full time bermula Mac...masih kekal di tempat kerjanya..mujurlah tidak cerewet n memilih...tak lama lagi result SPM akan diumumkan..sebagai seorang ibu sudah pasti berdebar di hati menunggu keputusannya..apapun..akan diterima dengan redha n syukur.  ANGAH  pun busy dengan tuition, kelas muziknya...main guitar...heheheh...dengan hokinya...masing2 bila balik dari sekolah tergolek dok..letih n tidur keletihan....DIDA pun sibuk dengan kawad KRS..dah mula nampak sunburn kat muka tu...bila balikweekend tu...nampak letih mcm tak rest sebulan...hmmm...itulah kebiasaan di awal tahun ini....hingga kekadang tak dan nk bertanya about apa yang dipelajari di sekolah...YAYA..pun telah selesai dengan bolajaring nya..now intensively berlatih untuk olahraga...acara 200m dan 4x100m...nampak gayanya..berkilat lagila anak aku ni...huhuhu...in the same time sibuk dengan Choral Speaking...itulah perkembangan anak2...memang nikmat betullah jika pada hari sabtu/ahad tak ada apa2 program..memang confirm bergelimpangan depan tv di ruang tamu tu....lama tul tak dapat 'berkubang' camtu...hehehehe


3. Me...
Awal Mac ni memulakan tugas menyaring permohonan biasiswa..ada yang menghantar borang yang tidak lengkap meskipun telah dimaklumkan...hmmm....juga persiapan n latihan untuk Pertandingan Pantun pada awal April nanti...first time diberi kepercayaan melatih pantun...ini mesti kerana i selalu berpantun dalam pengacaraan...itula sebab bebudak kat sekolah ni pun ada yang call me Ckgu Azlina Pantun...heheeh...kelakarla pulak....Pada hari ini juga telah mula pelaksanaan 1 Pelajar 1 Sukan..adala bola jaring tadi..sub kepada netball player saje untuk mengendalikan aktiviti....n..pada ujung minggu ini..ada acara merentas desa.....hmmm....



Ujian Kemajuan 1 pun akan bermula pada minggu hadapan...kertas soalan Bahasa Melayu form 4 dah i siapkan...selepas  Pertandingan Pantun nanti...i akan terbang ke Perth, Australia...bersama 2 lagi teman...mengikuti seminar keusahawanan sambil melancong...hmm..excited betul cz dapat peluang ke sana...alhamdulillah....sebaik shaja pulang dari Australia...sedia menanti kursus Penulisan Kreatif yang akan diadakan di Perak selama 3 hari...dan sebaik shaja pulang berkursus...insyallah akan mengikuti lawatan sambil belajar dengan kerjasama di antara Unit Biasiswa dan Unit Bimbingan dan Kaunseling...wowww....tersangatla padatnya jadual.....cuma diharapkan akan diberikan kesihatan yang memuaskan...


4 Kesihatan
Pada tahun ini menampakkan graf kesihatan yang tidak menentu..first mc kerana mata bengkak alahan kepada petis udang...second mc...demam panas...third one..demam panas n lelah..and now..tak ada suara pula...memang hebat dugaan yang allah berikan pada i this year..boleh dikatakan pad semua rakan sekerja n anak2 juga...bersilihganti cuti sakit kerana mengalami pelbagai masalah kesihatan...

5. Minat n kecenderungan...
Sudah lama i tidak mengumpul bahan2 motivasi untuk dibaca n dikongsikan di blog...kekangan masa amat menghantui...heheheh...background blog ni pun dah boring sangat nampaknye...memang tak sempat sesangat...insyaallah akan i tuliskan bentuk2 penulisan ilmiah sooner or later..i lebih suka membaca terdahulu bahan sebelum dikongsi..tapi sometimes bila dah tak ada masa tu...just type je  dengan pengubahsuaian yang minima...nila..minat i...siann... And also lama tak gi melepak n termenung kat my favourite spot..hehehehe..dulu sotmo ke sana...sekarang nak ke pasar malam pun naik malas...ada masa ja..memang akan cari celah utk berehat sahaja....


Okla..dahh lewat ni..nak tido dululah..esok akn bangun awal...insyaallah...semoga perkongsian perjalanan hidup ini akan ada kebaikan n pengajaran yang boleh diambil n dikongsikan bersama...This is my third year di sekolah ini...n i sudah mulai merasa chemistry antara semua aspek yang berada di sini..meskipun here n there tu..biasalakan....rencah hidup...so..kla..take care n gud nite.... to my kids..mum really luvs u...and to ANNA..God knows well...amin.


INAAO2667

Total Pageviews

visitors online