Tuesday, October 5, 2010

AT LAST.......!!!!

Salam..coretan ringkas ini sekadar ingin menggambarkan letihnya supermum today..bermula dari siapkan breakfast utk the kids...ngemas...masak for lunch...and baca yassin on  tiap paper yang angah ambil....so now..at this moment..im very exhausted..baru selesai masakkan smbal tumis bilis and kari ikan for tomorrow..telur rebus pun dah siap..tinggal nak masakkan nasi "tak" berapa lemak je subuh esok..hehehe...actually nk masak nasi lemak...tapi tak bolehla masukkan santan berlebih sangat...takut my angah ngantuk pulak....hehehe...sebab since Sunday hari tu teringin benor nak makan nasi lemak..hehehe....
So now its time for a nice sleep n rest along this wonderful night...hope that tomorrow will be the greatest day of all....nite n tke care...;-)

1 comment:

Anonymous said...

salam wahai super women.......

Setiap kali menjelang peperiksaan, ibu bapa biasanya lebih bimbang berbanding anak-anak. Kebimbangan ini lebih ketara di pihak ibu berbanding bapa. Isterilah yang lebih gemuruh dan risau, suami biasanya lebih tenang dan terkawal perasaannya. Jangan pula kerana tekanan yang kita rasakan dan harapan yang kita letakkan pada seorang anak, membuatkan kita kelam kabut hingga lupa apa yang patut dilakukan di saat menjelang peperiksaan. Salah pendekatan kita maka anak yang menerima akibatnya kelak hingga tanpa disedari menjejaskan prestasi peperiksaannya.

Saya teringat bagaimana beberapa tahun lepas seorang pelajar saya menelefon dan menangis sedangkan PMR hanya tinggal dua minggu sahaja lagi. Selepas ditenangkan, maka dia beritahu saya betapa tertekan dia apabila ibu bapa terus mengherdik, menekan dan memarahinya kerana dia hanya memperoleh 3A sahaja dalam peperiksaan percubaannya. Dia rasa dia sudah gagal sebagai seorang anak dan tidak yakin berhadapan dengan peperiksaan PMR yang sebenar. Nasib baiklah pelajar ini sempat mengadu dan meminta bantuan. Bagaimana pula dengan nasib ribuan pelajar lain yang tidak tahu tempat mengadu? Sebab itulah, kita sebagai ibu bapa mesti tahu persediaan yang perlu dilakukan bagi membantu kecemerlangan anak-anak menjelang peperiksaan.

go super women.....

Total Pageviews

visitors online