Monday, October 18, 2010

ARE U SLEEPING..... [2X]..WHERE R U MR SPIRIT??.....HUHUHU!!!!

Selamat malam ....hari semakin lewat seperti biasa i akan tuliskan di sini..about things that happened in my life today..hahaha....well hari ini cuaca pagi agak mendung...so alhamdulillah..tidaklah rasa bahangnya sangat si matahari tu...tapi yang pasti still rasa dahaga memanjang...hmm...entahla nape...

Dari segi mood..hmmm..kurang sikitla hari ni..cz..my students ni gemar benor berurusan di luar waktu kaunter biasiswa...after recess ade je yang datang..ambil buku, ambil borang, pulang buku...adooiii...terganggu betul nak wat keje lain..and then some students pulak sibuk datang utk dapatkan signature and isi markah koko...waktu pjumpaan haitu..rasenya cikgu dengan kerusi meja je yang ada...time nak isi mark..ramai pulak ngaku datang n lain2....gitulah adat bebudak kita ni...hmmmm..

Until now..baru i teringat harini i terlupa betul2..terlupa nak ambil buku rekod ngajar di bilik guru kanan...mmhhh5x...sampai gitu sekali..kalau tidak lesson plan siap awal...napela aku gini hari ni...berdepan pulak dengan bebudak kelas cerdik yang rajin bertanya...rasa berasap pulak telinga ni..mmhh3x napela aku gini hari ni....hehehe

Kelakarnya...masuk satu kelas ni..biasala nakal..i ajak diorang sama2 berdoa n buat solat hajat...then diorang tanya kenapa cikgu..? Hehehe..i jwab mintakla doa agar u all dapat ckgu BM yang lain yang tahan dengan kerenah korang...mintakla doa banyak2.... moga2 cikgu tak ngajar dah kelas ni tahun depan...senyap jee bebudak tu...mmmhhh5x...napela aku jadi gini hari ni...

Tak tahula nape spirit aku hilang..lari ke mana pun tak tahula....pegi pejabat nak tanda kedatangan..suspen betul..takdak register my class...adoiiii...mana pi....sapa ambik..jenuh duk pikir kat mana aku letakk....kecut perut dah ngenangkan takut bos yang ambik...kedatangan tak tanda lagi untuk hari ni...adooiiiii...awatla jadi lagu ni....dah pukul 1230th...datanglah si guru disiplin ni dgn membawa sekali my register yang duk kalut cari tadi....adoiii...nape tak cakap ambik register tu....dah separuh tension dah akak ni....mmmhh3x....awatla jadi lagu ni hari ni....

Pendek citer...hari ni gelombang perasaan macam tsunami je...adoiii..mana gi my spirit ni...haitu bagi presentation about motivasi diri...hari ni...i feel so down pulak....itulah kehidupan....begitu berkesan sekali bila something happened in my life....takpela...moga esok dapatlah balik my cactus spirit...huhuhu...

My kids along, angah, dida n yaya...belajarlah bersungguh2..ingat waktu susah kita dahulu...jadikan suntikan semangat k...doakan mak sihat selalu dipanjangkan umur dan kuat semangat dan kudrat menggalas tanggungjawab terhadap kamu...luvs u all n please...luvs mum too...i only got all of u..!

4 comments:

Anonymous said...

Perihal Mengenai Sahabat

Mengekalkan persahabatan
Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya.

Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling Menahan rasa Cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh.

Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...

Saling Memahami
untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu si dia.

Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

Anonymous said...

CARA-Cara memilih Sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan ersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Anonymous said...

Tanggungjawab Ibu Bapa Selepas Perceraian


Walaupun perkahwinan anda telah berakhir, anda masih perlu menjaga anak-anak anda. Namun, kebanyakan ibu bapa bergelut dengan perasaan marah dan sedih masing-masing, dan dengan yang demikian, menyukarkan tugas keibubapaan. Dalam usaha mengisi kekosongan setelah pemergian mana-mana ahli keluarga, anda mungkin memuakan anak-anak atau pun cuba membeli kasih sayang mereka. Juga, tanpa disedari anda mungkin diperkotak-katikkan oleh anak anda.
Terimalah tanggungjawab sebagai ibu atau bapa, dan cubalah memenuhi keperluan anak-anak dengan sebaik dan sesihat mungkin:

Usah bimbang dengan kritikan bekas pasangan anda. Kritikan sememangnya lazim apabila pertelagahan memuncak semasa bercerai. Sekiranya bekas pasangan anda mengkritik teknik keibubapaan anda, fikir dahulu sama ada kritikan tersebut adalah benar. Sebagai contoh, adakah waktu tidur anak-anak berpatutan, adakah waktu makan mereka teratur, dan adakah disiplin yang dikenakan bersesuaian? Abaikan kritikan yang tidak berasas.

Ambil tanggungjawab ke atas diri sendiri. Mungkin anda berfikiran dan berperasaan negatif terhadap bekas pasangan anda, tetapi jangan lupa bahawa tugas utama anda ialah menjadi ibu atau bapa yang terbaik kepada anak-anak sewaktu mereka bersama anda. Beri perhatian terhadap tugas keibubapaan anda dan cuba perbaiki segala kelemahan. Ini akan menunjukkan kepada anak-anak bahawa anda menyayangi mereka dan sedang berusaha dengan gigih dan sebaik-baiknya. Jangan tumpukan perhatian anda untuk menyalahkan bekas pasangan.

Jadilah seorang ibu atau bapa, bukannya seorang kawan. Memang lazim bagi seorang ibu atau bapa untuk cuba berbaik-baik dengan anak-anak apabila bercerai. Ini menyukarkan anda untuk mendisiplinkan dan menetapkan peraturan bagi mereka. Begitu juga keadaan lazim menceritakan kisah hidup anda dengan lebih daripada yang termampu diterima oleh anak-anak - beban yang tidak sewajar mereka pikul. Pada ketika ini, anak anda memerlukan ibu bapanya lebih daripada dahulu. Jadi, tetapkan peraturan dan kuat kuasakannya, dan galakkan agar anak-anak berkongsi perasaan atau kebimbangan mereka dengan anda.

Anonymous said...

Disiplinkan dan sayangi anak anda. Lambat-laun ibu bapa dan juga anak-anak akan menyedari wujudnya kasih sayang yang berbeza, dan walaupun ibu bapa tidak lagi saling menyayangi, hubungan ibu bapa dengan anak tetap diteruskan. Anak-anak mungkin bimbang memikirkan kemungkinan akan berakhir juga perhubungan anda dengan mereka. Seandainya penekanan disiplin tidak dilakukan dengan penuh kasih, mereka mungkin terasa bahawa kasih sayang anda terhadap mereka telah luntur. Ibu bapa sering terlupa mendisiplinkan anak-anak apabila perasaan bercelaru selepas bercerai. Padahal menetapkan peraturan dan merangka struktur hidup anak-anak begitu penting pada waktu ini. Mendisiplinkan anak-anak dengan cara yang sihat menunjukkan bahawa anda menyayangi mereka. Dengan menunjukkan kasih sayang dan memberi perhatian yang positif, anda tidak begitu perlu menghukum mereka.

Hindari ugutan anak-anak. Apabila ibu bapa bercerai dan anak-anak mendiami dua rumah yang berlainan, mudah bagi mereka melaga-lagakan kedua-dua ibu bapa. Mungkin anak anda bertindak begitu – tanpa disedari – untuk menggalakkan anda dan bekas pasangan anda berhubung, dengan harapan anda berdua akan berbaik semula. Walau bagaimanapun, ada ketikanya anak anda meminta berbagai barang daripada anda berdua. Dalam keadaan perceraian, biasanya kedua ibu bapa berusaha memenangi hati anak-anak dan tunduk kepada segala kemahuan mereka. Memang risau memikirkan kemungkinan bahawa anak-anak lebih menyayangi bekas pasangan anda. Ingatlah, lambat-laun anak-anak akan menghormati anda sekiranya anda menetapkan batasan.

Kekalkan sikap bertolak-ansur. Ketika mengendalikan pengangkutan pergi balik antara dua rumah, dan peraturan di setiap rumah, memang sukar menetapkan peraturan ataupun hala tuju yang sama mahupun untuk mendapatkan rasa kesempurnaan keluarga. Anak anda perlu menyesuaikan diri dan mematuhi peraturan dua rumah – tak mudah untuk melakukannya. Anda dapat membantu dengan bertolak-ansur dalam permintaan anda terhadapnya –dan juga terhadap bekas pasangan anda.

Total Pageviews

visitors online