Sunday, October 17, 2010

HAHAHAHA......REDAH JEE....;-[P

Salam..adus lama betul tak jot down something here..sometimes mcm lack of ideas..hehehe..the most reason is BUSY..hahaha..ye la..itu ini nak kena settle..kat sana sini pulak tu..hahaha...so here i am..selepas subuh baru ada masa untuk coretkan something here. Hari ini Ahad..harap akan menjadi Mr Ahad yang terbaikla untuk i...keje memang tak pernah kurang..hehe...tak apela...janji jiwa tenang n hidup ceria...

Selepas angah selesai PMR..tak sibuk dah la nk hantar tuition...cuma tumpu pada along je la.  Tahun hadapan my yaya ambil UPSR.. n 2012..both Angah n Dida ambil SPM n PMR...the same situation seperti tahun ini....haahhhh.....kena betul2 bsedia..tiap tahun anak ambil major examination...hmmm...so of coursela as usual me myself akan jadi superwoman...hehehe..ke hulu ke hilir hantar tuition...but not the flying one la...hahahah...i bawa keta...hehehe....

Kekadang ada something in my life yang membuat i rasa sangat kuat untuk face up kehidupan ini...and i believe...that kind of feel n thought la yang menguatkan i terus ke hadapan..as a human being...hidup penuh ujian..and i telahpuh lalui berbagai bentuk ujian n dugaan...apelah sangat jika dibandingkan dengan ujian lain yang lebih besar Allah berikan pada orang lain...itulah yang membentuk my pemikiran to be grateful dengan apa yang ada...rasanya jika orang lain berada di tempat i ni...menangis n meraungla jawabnye...but..alhamdulillah..Allah selalu melindungi kami sekeluarga..dan aku menginsafi kepada Qada dan Qadar Allah...

Tapi masih ada ujian dariNya yang membuatkan aku terfikir dan mencari di mana kemanisannya.  Ditolak ke tepi..diletak  ke bawah..semuanya mengekori aku...kelihatan seperti penawar..but sometimes membuat aku tersentuh dan menangis..kuatnya aku sekuat superwoman sekalipun..when it comes to this part..im really speechless...kenapa semuanya begitu tersusun kejadiannya..tetapi hati dan jiwa menjadi  jumble up memikirkannya... the strengthness of what Allah gave to me  melebihi segala..menerima dan menolak..adalah ujian darinya...

Since berpindah balik dari Pahang ke Parit Buntar..byk aktiviti yang tak dapat dilakukan..hahahaha..contohnya  teringin betul nak tengok bunga kertas berbunga serentak...macam time sekarang..waktu bunga kertas berbunga...waaaa...macam taman firdausi je bila balik keje....hilang stress kat sekolah. Bila balik sini....byk tanam pokok hijau je..hehehe...n..tahan lama tnpa air..hahahah..sebabnye...bukan malasss...takdak masaaaa.....hehehehe..balik umah terus je rehat or landing tergolek dok...letih..abis masa bila nak kawan ngan pokok....so..kenala cari jenis pokok yang independent..kahkahkah..

So...hari dah cerah tu..nk settlekan kemas umah dll dulu...then baru keluar. Hari ini dalam fikiran ada nk settle few things..harap dapat diselesaikan perlahan-lahan. Teringat waktu baru ngajar kat sekolah baru last year..awal tahun.waktu tu takde keje byk lagi cz nama i takdak dalam buku pengurusan sekolah . My school belum terima surat ptukaran from JPN..so jadual n tugas semuanya tak ada untuk i...so...bila balik umah rasa relax betul..sempat lagi keluar dgn kawan waktu petang gi makan...keluar PB bila2 rasa nak kuar cz kat Pahang mengambil masa about setengah jam untuk sampai ke bandar terdekat...so..teruja n perak (loghat daerah) bila dekat sangat hahhahaha....nikmat tul...

Now...no more smiling2x..hehehe...sampai nak kuar belakang umah pun tak sempat..pokok betik belakang umah tu..tkejut i nengok semalam..dah tinggi...heheheh..tidak sotmo i duk ambil buahnya makan..betik eksotika..mmg sedap...le ni nak ambil .....lompat pun belum tentu sampai..hahahah..so k la..dah cerah tu..nak mulakan operasi .....hhehehe...

So to all bloggers n my fb followers...have a nice Sunday..i pun nak cuba cari kemanisan pada hari Ahad yang baik ini...heheheh...to my kids...luvs u so hard..;-p

2 comments:

Anonymous said...

Poligami - Hak Isteri Pertama Dilindungi

by Utusan Online - Sisters In Islam

Keluarga & Undang-Undang: Sisters In Islam
Soalan:
SAYA telah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai dua anak. Suami telah berpoligami tanpa pengetahuan saya.

Setelah dia berpoligami, kehidupan saya dan anak-anak telah diabaikan. Dia jarang pulang ke rumah. Kami tidak diberi nafkah yang secukupnya.

Saya tidak bekerja dan bergantung hidup pada suami. Justeru, saya terpaksa meminjam daripada rakan-rakan dan keluarga.

Bagaimanapun, kehidupan madu saya amat selesa.

Soalnya, adakah tindakan suami saya berkahwin lain tanpa pengetahuan saya menyalahi undang-undang?

Bolehkah saya membuat apa-apa tuntutan walaupun kami tidak bercerai?

Che Syura,
Pulau Pinang

Jawapan:
Untuk pengetahuan puan, kes puan boleh dirujuk di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 1985 kerana puan menetap di sana.

Bagaimanapun, selepas membaca fakta kes yang puan berikan terdapat dua perkara yang boleh saya jelaskan iaitu;

1. Prosedur poligami

Sekiranya perkahwinan tersebut berlangsung di Malaysia maka terdapat syarat yang perlu dipatuhi antaranya, setiap lelaki Islam yang mahu berpoligami perlu memohon kebenaran Mahkamah Syariah untuk tujuan tersebut.

Ini telah diperuntukan oleh Seksyen 23 enakmen berkenaan yang menetapkan kelulusan Hakim Mahkamah Syariah sebagai syarat wajib.

Dalam kes ini, suami puan gagal mendapat kebenaran itu maka tindakannya telah melanggar peruntukan Seksyen 23 enakmen berkenaan.

Suami puan boleh didakwa di bawah Seksyen 123 enakmen yang sama. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya dalam keadaan di mana suami puan berpoligami di luar negara, maka perkahwinan tersebut haruslah didaftarkan di Malaysia.

Sebelum pendaftaran poligami dibenarkan, perkahwinan tersebut haruslah disahkan terlebih dahulu oleh Mahkamah Syariah. Suami puan akan dipanggil untuk dibicara.

Keperluan untuk membuat pengesahan dan pendaftaran perkahwinan itu termaktub di bawah Seksyen 25 dan 31 enakmen berkenaan.

Sekiranya sabit kesalahan, maka suami puan boleh didakwa di bawah Seksyen 35 enakmen yang sama yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Pada kedua-dua perbicaraan ini, puan tidak menjadi pihak yang terbabit kerana prosesnya melibatkan pengesahan perkahwinan poligami dan bukan permohonan untuk berpoligami.

Anonymous said...

2. Hak isteri pertama

Seperti yang puan nyatakan, puan tidak mahu memohon perceraian. Ini tidak bermakna bahawa puan tidak boleh memohon apa-apa perintah mahkamah mengenai hak ke atas perkahwinan puan.

Walaupun suami puan sudah berpoligami, hak puan sebagai seorang isteri masih boleh dituntut di bawah enakmen tersebut.

Adalah tidak wajar bagi suami yang telah berpoligami untuk tidak mengendahkan tanggungjawabnya ke atas isteri pertama dan keluarga. Puan boleh memohon untuk meminta nafkah dan hak puan daripada suami.

Seksyen 56 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk memerintahkan suami membayar nafkah kepada isteri sedia ada. Ini dapat memastikan bahawa suami akan membayar nafkah dengan baik.

Saya ingin menyarankan agar puan memohon bayaran nafkah melalui potongan gaji suami bagi memastikan beliau tidak ingkar dengan perintah mahkamah.

Seksyen tersebut juga menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan bapa untuk menanggung nafkah anak dengan jumlah yang munasabah mengikut kemampuan dan taraf kehidupan bapa. Nafkah ini termasuk tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran.

Untuk permohonan ini, puan perlu meminta jumlah yang diperlukan anak-anak untuk mereka menjalani kehidupan seharian.

Puan boleh menyediakan satu jadual yang dapat menunjukkan kepada mahkamah perbelanjaan anak-anak puan. Ini dapat membantu mahkamah agar memberi satu jumlah yang munasabah sebagai nafkah kepada anak.

Puan juga boleh memohon Mahkamah Syariah untuk memberi puan hak penjagaan anak seperti yang dibenarkan di bawah Seksyen 81 yang menyatakan bahawa ibu adalah yang paling berhak untuk menjaga anak kecilnya.

Suami yang telah berpoligami harus memberi layanan yang sama rata ke atas isteri sedia ada.

Pastikan suami puan berlaku adil terhadap puan seperti giliran tinggal bersama puan dan anak-anak pada setiap minggu, pada hari perayaan, musim cuti persekolahan dan sebagainya.

Bagi tujuan ini satu perjanjian boleh dibuat di mahkamah berhubungan perkara tersebut. - Panel Peguam Sisters In Islam.

Total Pageviews

visitors online