Thursday, December 2, 2010

HUMAN THOUGHT BASED ON COLORS....

*Salam n selamat pagi..pagi yang tenang..actually..baru sahaja selesai mengemas rumah n sedang menanti masa untuk Yaya pergi tuition...hmm...Along sedang menduduki paper Physics..my Angah n Dida still  di KL..so..tinggallah kucing sekor si BABY bermata biru ni buat kawan..hehehe...well guys..jom kongsi bersama bahan presentation oleh salah sorang of my collegues during Book Review Presentation tempohari. Its about colours describing our mind n thought.

* Ada 6 warna semuanya di mana setiap warna ini melambangkan corak pemikiran setiap individu yang bernafas di dunia ini. Anyway..sejauhmana kebenarannya amat subjektif untuk kita  mengukurnya. PUTIH, MERAH, HITAM, KUNING, HIJAU DAN BIRU...adalah 6 warna yang mewakili corak pemikiran individu.

* PUTIH [WHITE]

merupakan warna neutral. Warna ini memberi deskripsi bahawa pemikiran individu kategori ini adalah mereka yang mementingkan fakta atau maklumat semata-mata. Individu yang kurang mempunyai keupayaan untuk melenturkan perasaan mengikut sesuatu keadaan atau ketika.

*MERAH [RED]

pemikiran individu kategori ini adalah berlandaskan perasaan iaitu emosi dan inituisi. Pemikiran wujud kesan dari gerak hati. Ketenangan , kemarahan dan kesedihan terbentuk dari apa yang dirasakan oleh gerak hati. Sangat sensitif dan sangat optimistik..tetapi..kesemuanya based on internal strengthness.

*HITAM [BLACK]

deskripsi pemikiran individu kategori ini adalah negative. Merangkumi kelemahan keburukan dan kecacatan.
Sangat pesimistic sama ada terhadap diri sendiri mahupun kepada orang lain dan persekirarannya.

*KUNING [YELLOW]

Individu kategori ini adalah mereka yang berfikiran positif, sentiasa memikirkan ke arah kebaikan dan sentiasa memikirkan faedah dan keistimewaan sesuatu idea yang lain. Positif pada diri sendiri dan juga pada orang lain dan persekitarannya...boleh dikatakan bersifat menghargai.

*HIJAU [GREEN]

Kreatif..itulah sifat pemikiran individu kategori ini. Pemikiran kreatif ,sentiasa punyai percambahan idea dan bersifat rekacipta dan sentiasa mencari idea-idea baru.

*BIRU [BLUE]

This colour is actually satu bentuk pemikiran yang mengawal kesemua warna pemikiran yang di atas tadi. Pemikiran yang bersifat kawalan. Kawalan di sini bermaksud satu bentuk pemikiran yang berfungsi untuk berfikir, membuat rumusan dan seterusnya membuat suatu keputusan terbaik antara options yang sedia ada.

* So..itulah antara pengetahuan ilmiah yang dapat kita kongsikan bersama. Sometimes kita tidak mengambil serius tentang pengetahuan seumpama ini..tetapi tidak salah jika kita jadikannya sebagai salah satu koleksi pengetahuan untuk memberikan variasi dalam kehidupan kita. So..dont take it too hard k...


*K la have to stop now..moga happy lalui kehidupan n  sayang to all selected people in my life k..daa.

No comments:

Total Pageviews

visitors online