Friday, December 31, 2010

BEBASKAN DIRI ...AND ENJOY IT K...;-P

Kekadang fikiran menjadi buntu, minda menjadi sempit dan jiwa tertekan...dan emosi  memberontak kerana hidup terasa dibelenggu ..setiap pergerakan kita diperhatikan..setiap perilaku dipersoalkan..setiap keputusan dicurigai dan setiap kebenaran akan dinafi..Bosan..bosan..bosan....hmm..pernahkah anda mengalaminya..dan mempersoalkan..d imanakah hak aku sebagai seorang insan dan bgmn mahu aku menjadi lebih baik kalau semuanya harus dirujuk...

Jiwa kita rasa terkurung ibarat burung di dalam sangkar..hati kepingin terbang tinggi atau hinggap di dahan dan ranting ...nikmat terbang itu takkan sama bila dikurung wp dengan sangkar emas..jadi..apa yang dimaksudkan dengam kebebasan di sini adalah untuk menjadi diri kita sendiri..tidak bergerak mengikut kaca mata orang lain...tentu tersiksa bukan jika kita tidak dapat menjadi diri kita sendiri...sedangkan kita tidaklah seburuk yang disangkakan...

Namun kita juga harus menyalahkan diri kita sendiri pabila keadaan ini terjadi..kerana kita harus bertanggungjawah di atas apa yang kita lakukan..kenapa takut sangat..kenapa ikutkan sangat dan di mana letaknya nilai dan maruh diri kita?. Kebebasan tidak akan datang jika tidak dicari ...jika kita membiarkan kita diperkotak katikkan..maka..terjebaklah kita dalam satu bentuk penjajahan minda...

IKUT KATA HATI

Berdirilah di atas kepercayaan diri sendiri..ikutilah apa kata hati..apa yang anda mahukan..bagaimana anda mahukannya..anda harus keluar dari segala ketakutan dan yakinkan diri anda bhw anda mampu melakukannya...Jika orang lain boleh melakukannya..kenapa tidak anda..apa kurangnya diri anda..anda juga berilmu dan dan mempunyai pengetahuan yang luas..maka keluarkan diri anda dari suatu zon yang negatif itu...

Rujuklah kepada orang lain yang telah berjaya melakukannya..lihat bagaimana mereka menikmati kehidupan yang baik tika ini berbanding suatu waktu dahulu...sedangkan kita masih lagi di takuk lama dan tiada sebarang perubahan..

Nikmat kebebasan yang sebenar adalah apabila anda bebas melakukan apa sahaja yang terbuku di hati anda..memenuhi keinginan yang kian lama terpendam sehingga jiwa anda mencapai keseronokan dan kepuasan..dapat melakukan apa sahaja tidak perlu memikirkan urusan atau pun soal orang lain..zat2 nikmat ini tidak dapat dihuraikan melainkan anda sendiri yang mengalaminya...


Konklusinya..kebebasan di sini adalah pabila ada mempunyai keyakinan dan ketahanan jati diri yang tinggi tidak kiralah apa saja kedudukan dan jawatan anda dalam kehidupan...sekiranya kita terlalu memperdulikan kata-kata orang lain..kita tak akan melangkah selangkah kehadapan dan menggapai titik kejayaan dalam hidup...all the best to u guys..tahun baru jiwa baru..hidup untuk bahagia. SELAMAT TAHUN BARU.








Pengubahsuaian semula oleh Superwoman NAAO

hasil rujukan dari hasil pena
Prof Dr Ibrahim Ahmad
Perunding Motivasi
Majalah Keluarga Harmoni

No comments:

Total Pageviews

visitors online