Saturday, December 18, 2010

ASAM GARAM DALAM PENGACARAAN MAJLIS....hehEheHe..

 FIRST PHASE.

Salam..my penulisan untuk kali ini akan bersambung-sambung cz terkejar2 masa..sekejap lagi nak ke Kulim..so thats why have to jot down secara berperingkat2. Sepanjang tempoh mengajar di Pahang about 13 years..pengacaraan sangat sinonim dengan myself..setiap kali ada school events sahaja..tugas i dalam senarai AJK tu dah confirm sebagai pengacara majlis. Pada mulanya disangkakan sekali sekala sahaja..tapi..lama kelamaan sudah menjadi satu kebiasaan sehinggalah membawa kepada penglibatan di peringkat daerah dan negeri...alhamdulillah..tidak mudah diberikan kepercayaan  mengendalikan sesuatu majlis..tanpa ada mana2 rujukan sama ada melalui pembacaan atau pengalaman terdahulu..i sedaya upaya cuba menjayakan majlis sebaik mungkin....so...apa yang berlaku seterusnya...kita sambung nanti k...daa.

SECOND PHASE [WEDNESDAY/22122010]

Salam baru je settle urusan n tugasan marking paper..alhamdulillah legaa bangat...hahaha..balik awal around 11 pagi..so gi ke Jusco BM dulu dengan kawan...lama jugak kat sana until 230 ptg..hehehe..lepas giankalau  tidak asyik memerap dalam bilik ja...hehehe..alhamdulillah sangat2. So now berdebar utk mengetahui result PMR angah..tomorrow akan bersama dia ke sekolah...Friday got PIBG meeting pulak..adoii...penutup tahun 2010. Next week akan ke Penang..yeehaa..

PENGACARAAN MAJLIS..

Pada sekitar tahun 1996-1998 ..pengetua sekolah i di Pahang selalu offer our school untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan-pertandingan peringkat Negeri seperti Pidato, Drama dan Bahas...pada ketika itu pengacara majlis akan ada gandingan sepasang guru lelaki dan perempuan..kami akan menjalani rehearsal bersama AJK Siaraya dan juga AJK Hadiah dan Cenderahati dari sekolah lain..kesungguha dan keseronokan bekerja amat terasa...so..di situlah membawa kepada tugas pengacaraan yang lain di peringkat sekolah....baik Hari Anugerah  Pelajar, Mesyuarat Agung PIBG, sukan tahunan, dan lain-lain. Antara rakan sekerja yang  pernah menjadi gandingan saya tika itu adalah Sahferi Loman . Skrip pengacaraan tika itu adalah atas inisiatif sendiri..apa yang ditekankan adalah perjalanan majlis yang lancar dan berjaya

Kemudian.,i mula menjadi pengacara majlis di peringkat daerah dalan Karnival KoAkademik dan Perkhemahan Jambori Pengakap, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah dan lain-lain. Pada peringkat ini skrip akan disemak oleh pegawai PPD khususnya bagi sambutan Hari Guru peringkat Daerah dan Perkhemahan Jambori Pengakap...bahagian yang sangat penting adalah PROTOKOL dan juga penyampaiah hadiah...dari semasa ke semasa akan ada saja seseorang di sebelah untuk memaklumkan perubahan terkini. Paling mencabar adalah ketika bekerjasama dengan para Pengetua Daerah Bera pd sambutan Hari Guru peringkat Daerah...sekali lagi teks disemak dah diubahsuai oleh \Pegawai PPD...rehearsal diadakan berulangkali..dan sangat lancar bekerjasama dengan bos-bos ni...hehehe. Signal dari jauh seperti isyarat tangan sangat penting ketika ini...dan still i ingat lagi pengacaraan tu diadakan dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris..wooo...sangat mencabar...[ to be continued..hehehe]


THIRD PHASE

Sehingga sekarang masih lagi diberi kepercayaan mengendalikan majlis seperti Sambutan Hari Guru Daerah, Pertandingan Pantun Peringkat Negeri dan juga internal events di sekolah..sangat berharga tapi rasa gemuruh itu tetap ada...Pengacaraan memerlukan skills dalam penggunaan bahasa berirama dan juga unsur2 puitis seperti pantun.Di samping susunan  VIP yang tepat di bahagian PROTOKOL..dan..pengacara sangat rapat kerjasamanya bersama AJK BUKU PROGRAM, HADIAH DAN CENDERAHATI  dan yang lain2 lagi.
sangat berpuashati apabila majlis berjalan lancar dan menerima pujian atas kecekapan mengendalikan majlis.
so,,mudah-mudahan bagi mereka yang juga pernah mengendalikan majlis..sama2lah kita perbaiki penguasaan bahasa kita agar  kita majlis akan lebih segar dan ceria..daa.





No comments:

Total Pageviews

visitors online