Sunday, November 7, 2010

SECANGKIR MADU...;-P

  1. Ujian memang telah terjadi bersama lahirnya seorang insan , itulah KITA. Jangan hendaknya perasaan cintamu menyebabkan dirimu menjadi sengsara, dan kebencianmu membuat kamu hilang punca..Justeru kita dijadikan dan ditebarkan di mukabumi Allah ini memang untuk menerima tanggungjawab berat dan untuk diuji.
     2. Kebahagiaan itu  ibarat sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya ialah jiwa dan perasaan
         kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah..merupakan air, udara dan cahaya yang membantu 
         pertumbuhannya.Kebahagiaan itu saling berkait rapat antara dua hati yang sanggup berkongsi 
         apa saja kisah duka dan gembira.

    3. Orang berbahagia itu ialah mereka yang selalu menyedari bahawa tidak ada faedahnya: perkataan kalau
        tidak disertai dengan perbuatan : tidak ada gunanya kepintaran kalau tidak disertai dengan budi :
        tidak ada gunanya kebaikan jika tidak disertai dengan niat suci : tidak ada gunanya kejujuran jika tidak
        sanggup memegang janji : tidak ada gunanya hidup jika tidak disertai kesihatan dan tidak ada gunanya
        ucapan setia jika dihati terhimpun kepalsuan.

    4. Wanita bisa memaafkan sesuatu pengkhianatan tetapi dia tidak bisa melupakannya. Hidup ini penuh 
        keindahan dan kesukacitaan serta pengharapan. Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan 
        perkara yang buruk, mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal yang 
        indah di sekeliling kita.

    5. Ketahuilah tidak ada lautan yang luas, lurah yang dalam, bukit yang tinggi dan jalan yang susah bagi 
        orang yang mahu .Kalau sudah tak mahu, lautan yang sempit pun terasa payah untuk diseberangi, 
        lurah yang cetek pun terasa amat dalam untuk dituruni dan bukit yang rendah terasa amat tinggi dan 
        tidak berdaya untuk didaki.

    6. Tiada manusia sempurna sepenuhnya, begitu juga kita. Sama-sama manusia, sama-sama ada kelebihan 
         dan kekurangan.  Mengapa tidak boleh dikenangkan kebaikan dan keindahan yang sama2 dilalui . 
         Jangan kenangkan yang buruk sahaja kerana kita sendiripun bukanlah baik semuanya.

  Petikan dan ubahsuai dari BUKU MEMBINA HATI BAHAGIA..[Dr. HM Tuah Iskandar]..sangat
  sarat dengan ilmiah dan pandangan..moga mendapat kebaikan bersama. Kekuatan manusia itu dapat dilihat
  dan dinilai kurang lebihnya...tetapi yang lebih mengetahuinya adalah DIA. Balasan, kesedaran, kesakitan
  penyesalan adalah lumrah kehidupan yang akan dan telah DIA berikan. Nikmatilah semua itu nanti...




  

No comments:

Total Pageviews

visitors online