Tuesday, November 2, 2010

...SELEPAS HUJAN....

   1. Syukur kerana aku masih dapat mendengar suara itu...meskipun sebak dan pilu...moga dia akan bahagia dengan segala  keputusannya.
   2. Syukur..meskipun masih lemah kekuatan hati..dapat jua aku tempohi hari mencabar ini...
   3. Syukur Allah masih bersamaku dan juga anak2ku
   4. Doaku tak putus ya Allah..kembalikanlah kemanisan dalam hidup aku...berikanlah kekuatan dahulu..hilangkanlah degup kencang jantungku ini....amat sakit dan terasa pedih...
   5. Tiada siapa yang dapat memberikan kita kebahagiaan..berjalanlah Azlina...kerana di sepanjang perjalananmu itu...itulah sebenarnya kebahagiaanmu....
   6. Hargai dan sayangilah dirimu Azlina...kerana tidak semua rasa kasih itu penawar buatmu
   7. Penuh rendah diri aku sedar semua ini hanya ujianMu ya Allah...kekalkanlah ketenangan hati ini...moga esok kan ceria kembali.

1 comment:

Anonymous said...

KELMARIN SAYA HIDUP, HARI INI SAYA MASIH BOLEH HIDUP Oleh Dorothy Dix – (Kisah benar)

Buat, Super Women
Saya telah melalui kemiskinan dan penderitaan yang perit. Apabila orang bertanya bagaimana saya boleh bertahan dan melawan segala kesulitan yang merundung diri saya, selalu saya jawab, ‘ Kelmarin saya hidup. Hari ini juga saya masih boleh hidup. Saya tidak pernah memikirkan kemungkinan apa yang akan terjadi esok’.
Saya tahu benar apa ertinya kekurangan, perjuangan, kekhuatiran dan putus asa. Saya sentiasa bekerja keras, melebihi batas kemampuan saya. Kalau saya mengenangkan kembali masa hidup saya yang telah lalu, kehidupan saya laksana medan perang yang penuh berselerakkan dengan mimpi-mimpi yang hancur, harapan yang remuk serta khayalan yang musnah. Suatu peperangan yang melibatkan diri saya untuk bertempur melawan musuh dan rintangan yang kuat dan sulit. Peperangan yang mengakibatkan badan saya penuh dengan parut, bengkak dan cacat serta membuat diri saya menjadi tua sebelum tiba masanya.
Walaupun demikian saya tidak berasa belas kasihan terhadap diri saya sendiri. Saya tidak mempunyai air mata untuk menghanyutkan penderitaan masa lalu yang telah hilang. Saya tidak iri hari terhadap wanita yang tidak mengalami penderitaan seperti yang saya alami. Sebabnya saya menghayatinya, manakala mereka sekadar hidup. Saya telah meminum air kehidupan ini hingga kehampas-hampasnya. Mereka hanya mengecap buih yang ada dipermukaan sahaja. Saya mengetahui hal-hal yang tidak mereka ketahui. Saya melihat hal-hal yang tidak pernah mereka lihat. Hanya wanita yang matanya telah dibasuh bersih-bersih dengan air mata sahaja yang boleh melihat pandangan yang luas sehingga mereka boleh menjadi saudara kaum yang melarat dan menderita di dunia ini.
Saya telah mempelajari falsafah di Universiti tentang penderitaan. Falsafah yang tidak dimiliki oleh wanita yang sentiasa hidup mewah. Setiap hari saya hidup untuk hari itu sahaja dan tidak pernah risau, sedih dan khuatir tentang hari esok. Kebimbangan terhadap hari esok adalah merupakan ancaman gelap yang membuatkan kita menjadi takut. Saya dapat menghindari ketakutan tersebut kerana saya telah memperolehi banyak pengajaran melalui pengalaman hidup saya. Dari pengalaman tersebut saya tahu, apabila saat yang saya takutkan hampir tiba, saya pasti mendapat kekuatan dan kebijaksanaan untuk menghadapi persoalan tersebut. Gangguan atau kesulitan kecil itu tidak mampu mempengaruhi saya. Jikalau anda telah menyaksikan sendiri bangunan kebahagian runtuh dan hancur musnah di hadapan anda, maka anda tidak akan marah apabila melihat pembantu rumah anda tersilap meletakan alas meja atau menumpahkan makanan di atas meja.
Saya telah belajar untuk tidak terlalu mengharapkan dari orang lain. Dengan demikian saya masih tetap mendapat kebahagian dari bukan teman sejati dan orang-orang yang suka menyebar khabar angin. Lebih dari itu, saya dapat melakukan sesuatu yang melucukan. Hal ini besar sekali ertinya, sebab terdapat banyak hal yang mengharuskan kita tertawa dan menangis. Sekiranya wanita dapat melakukan sesuatu yang melucukan terhadap kesulitan yang dialaminya dan bukan menjadi hysteria kerananya, saya yakin tidak ada lagi hal yang dapat menyakiti hatinya. Saya tidak menyesal bahawa saya harus menjalani penderitaan hidup yang sukar, sebab dari itu saya memperolehi pelajaran dan manfaat. Berkat penderitaan itu, saya dapat merasakan setiap denyut kehidupan saya, dan bagi saya ianya sangat berharga.

Dari
Ungu Lalu Membiru

Total Pageviews

visitors online