Sunday, June 12, 2011

PUBLIC SPEAKING.....some more tips..haha..

Anda sering berasa gementar apabila diminta berucap di hadapan khalayak ramai..? Isi yang anda hendak katakan tiba-tiba hilang daripada ingatan anda. Ada sesetengah orang apabila naik sahaja ke atas pentas, akan mulai gugup dan menggeletar. Ini dinamakan "FOBIA PENTAS"

**********************************************************
 TIPS untuk hilangkan rasa FOBIA PENTAS dan menjadi A GOOD PUBLIC SPEAKER adalah:

1. SEBELUM

* Niat dan azam
Sentiasa memasang niat dan azam untuk boleh berucap di hadapan audiens agar dapat mencetuskan semangat yang memberikan satu getaran tenaga bagi menghadapi apa jua halangan.

* Memilih tajuk
Bercakaplah daripada kefahaman hati dan bukan daripada hafalan semata-mata. Buatlah penyelidikan dan homework apabila kita diminta bercakap tentang sesuatu perkara yang kita belum mahir atau tidak tahu.

*Tujuan dan objektif ucapan
Fokus ketika bercakap agar kita tidak tersasar. Tentukan objektif ucapan anda, kemudian kembangkan dengan isi utama, klimaks dan penutup .

* Jenis ucapan
Tentukan ucapan yang ingin andai sampaikan mengikut majlis. Intonasi suara mestilah sesuai, contohnya hendaklah meluahkan rasa sedih dalam ucapan perpisahan dan bukannya dengan berlawak pula..haha

*Menyediakan rangka isi
Bagi mereka yang belum mahir..kemungkinan perlu untuk menyediakan skrip penuh. Namun begitu, bagi mereka yang telah mahir pula, cukup sekadar menyediakan rangka isi ucapan secara tulisan atau sekadar mengingati di minda.

*Masa
Harus tahu berapa lama masa yang diberikan. Jangan sekali-kali berhenti lima minit kurang atau lebih dari masa yang diberikan..kecuali jika anda diminta berbuat demikian.

* Latih depan cermin atau "Raptai Mental"
Teknik ini akan menanam  keyakinan dalam minda di bawah sedar dan ia akan terkeluar secara automatik sewaktu benar-benar berucap di pentas

* Buat pemerhatian
Jadikan pengucap dan pemidato ternama sebagai satu medium untuk mempelajari intonasi, pergerakan tubuh dan mimik muka ketika mereka berucap.

* Kad Kecil ( Flash Card)
Elok juga disediakan flash card yang mudah utk disimpan di dalam poket utk merangka isi ucapan

* Fikiran positif
Pastikan anda berada dalam keadaan positif.  Jika anda berasa dukacita, stres, kurang bersemangat, atau bimbang, tukarkan kepada keriangan, bersemangat gembira dan ceria. Mood anda dan cara pengucapan anda turut akan dirasai oleeh audiens.


Well u guys, sedikit perkongsian tips bagi mereka yang sering terlibat dalam pengucapan secara terbuka. Those tips di atas adalah tips persediaan sebelum kita melakukan pengucapan di pentas. So, bagaimana pula tips SEMASA kita sedang berucap..so..nantikan my next writing k...daa.


Diubahsuai oleh 
NAZLINAAO
hasil tulisan Dato' Haji Muhammad Zakaria
Master Trainer, Pusat  Latihan Sri Al-ain
SOLUSI




No comments:

Total Pageviews

visitors online