Wednesday, September 29, 2010

TWINKLE2X LITTLE STAR.....;-[P

Bermula dari pagi tadi...i rasa puashati bcoz perjlanan rutin sehari seperti biasa..cuma ada something inside me yang masih rasa macam unsatisfiied of sesuatu...entahle apa but i can feel it deeply inside my heart...Anyway ill try not to think about it sangat...i dont want to spoil my cheerful day...haahhhh....
   Seperti biasa my Along n Yaya bersalam peluk cium minta restu sebelum ke sekolah..cuma Angah je yang tak bersalam mungkin dia stress nak exam tu...sian dia...semalam study sama2 on Geography subject...identify which topic or question yang dia lemah....hehhe..at the end ... i yg terlelap depan tv...heehee...tapi tak apa...at least she got the feeling that i bersama2 dengan dia..moga jiwanya tenang menghadapi tekanan exam ini....one thing about angah..dia tak pernah lupa baca Quran lpas solat subuh...wp sekejap...moga Allah memberikan laluan yang luas untuk dirinya....amin.
   Baru dapat news yang Book Review Presentation on this coming 2nd October ditangguhkan pada tarikh 9 October...fuuhh..allhamdulillah...bukan nak mengelak dari buat presentation..tp..i betul2 mahukan this weekend untuk my kids..especially my angah yang akan duduki PMR pada hari Selasa depan....then my Dida baru call me last night beritahu yang dia sakit kaki sgt2..so right after school i nak ambil dia dari asrama...nape la pulak Kak Dida ni...hmmm....
   Back to my function as a tenaga pengajar...hujung2 tahun memang sibuk..so itu perkara biasa untuk semua guru..especially nak buat discussion n revision on certain topics yang dikira penting...tapi..satu je yang rasa quite frustrated..wp bukan semua students...kesungguhan dan rasa tanggungjwb pada diri sendiri tu memang kurang sangat...sometimes rasa mcm diorang tak tahu langsung apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka..tarikh exam, homework, buku-buku latihan, notes...dan macam2 lagi...so jika ke tahap itu kelemahan diorang..adakah masih lagi menjadi tanggungjawab guru untuk membereskan permasalahan self technical tu...tentu tidakkan...jadi...result yang merudum or not so good tu actually is not becoz of the teachers..tp kesungguhan pelajar itu sendiri....
   So u guys..deal with a human (students) actually is not an easy resposbility to carry out...jadi..appreciate ur teachers k...hehehehe....k la have to go now...just excited to share hw i feel today...take care n have a nice day k....ADAM, ANNISA, KHALIDA, ALISSA....mum luvs u all...;-[p

1 comment:

Anonymous said...

Lihat! Meskipun lama terpisah, jarak yang begitu jauh, tanpa alat komunikasi yang canggih seperti sekarang, baginda tetap mempunyai hubungan yang mesra dan intim dengan puteranya. Dan apabila menerima satu perintah yang perlu disampaikan, baginda sendiri berbicara dengan puteranya secara langsung ‘Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?’. Baginda tidak menyuruh isterinya menyampaikan dengan alasan isterinya lebih rapat dengan anak, lebih memahami hati dan perasaan anak dan lebih tahu cara serta masa yang paling sesuai untuk berbicara dengan anak.

Perhatikan pula kisah Nabi Allah Yaaqub bersama putera-puteranya. Ia jelas menunjukkan betapa rapat dan telusnya hubungan antara ayah dengan anak. Yusuf menceritakan mimpinya kepada ayah, bukan kepada ibu. Abang-abang Yusuf meminta izin daripada ayah untuk membawa Yusuf keluar bersama mereka. Mereka tidak menggunakan ibu sebagai orang tengah, dan Yaaqub juga tidak menyuruh isterinya menyelesaikan permintaan anak-anaknya. Gambaran yang cukup jelas menunjukkan rapatnya hubungan anak dengan bapa dan peranan yang dimainkan oleh bapa di dalam mendidik dan menunjuk ajar anak- anaknya secara langsung.

Daripada Umar bin Abi Salamah r.a., dia berkata: "Ketika masih kanak-kanak, saya berada di bawah peliharaan Rasulullah s.a.w. Pada waktu makan, saya menghulurkan tangan ke setiap penjuru dulang untuk mengambil makanan. Maka baginda berkata kepada saya: 'Wahai anakku! Bacalah Bismillah, makan dengan tangan kanan dan ambillah yang paling dekat denganmu.'"

(Al-Bukhari dan Muslim)

Total Pageviews

visitors online