Thursday, March 17, 2011

SERIBU TAHUN TAK AKAN MUNGKIN....

WAJAH RAHSIA HATI


Salam bertemu kembali pada coretan kali ini. Lebih menyentuh kepada soal bagaimana terkesannya pandangan kita pada suatu renungan, wajah dan situasi yang dapat menjadikan diri kita berada dalam keadaan tenang dan selesa. Persepsi kita terhadap orang yang kita temui bergantung kepada wajahnya.  Daya tarikan pada wajah seseorang itu bukanlah hanya kepada kecantikan  semata-mata.


Meskipun wajah orang di sekeliling kita bebeza tetapi perasaan terhadap seseorang itu lahir dari dalam sanubari kita . Apabila kita bertemu dengan seseorang, kita akan membuat nilaian menerusi perasaan kita terhadapnya. Seperti suka, rasa mesra, segan-silu, manis, lembut, ayu, sombong dan sebagainya. Apakah yg mempengaruhi perasaan kita terhadap seseorang? Ada beberapa rahsia untuk mendapatkan wajah yang menyenangkan  orang yang melihat kita antaranya:


1. Niat yang ikhlas
Dalam semua perkara yang dilakukan kita perlu memasang niat.Secara saintifiknya, orang yang berniat baik dan ikhlas ini mengeluarkan tenaga dalaman positif yang terpancar melalui getaran atau gelombang yang hanya akan dirasai oleh gerak hati atau intuisi.Aura yang positif akan dirasai oleh mereka yang mendampingi kita dan aura itu terletak pada menarik, bersih, lembut, manisnya wajah yang memancarkan ketulusan niat hati di dalam.


2. Senyuman
Senyuman yang tulus ikhlas dapat menghangatkan  jiwa yang menerimanya.  Ia boleh menjadi penawar dan ibadah, malah turut menceriakan dan memaniskan penampilan kita.  Senyuman adalah penawar kepada penyakit rohani dan dengan senyuman dapat mengeluarkan endorphin dalam badan yang mampu menimbulkan rasa lega, selesa dan ceria. Ini akan meresap ke dalam kalbu yang paling dalam.


3. Wajah ceria.
Rasa senang dan bahagia yang datangnya dari lubuk hati yang bersih dan suci lantas akan dapat menimbulkan wajah yang ceria. Ia merupakan satu kebaikan yang perlu diberikan perhatian kerana wajah orang yang ceria dapat menghiburkan orang lain.


4.Kata-kata yang menyenangkan.
Manusia sangat senang dengan kata-kata pujian dan penghargaan kerana ia dapat memotivasikan orang yang menerimanya. Ucapan yang baik dengan penuh kemesraan dapat memikat hati orang yang mendengarnya. Oleh itu, rahsia orang yang hebat ialah apabila dia dapat mengeluarkan kata-kata yang menyenangkan hati orang lain.


5. Penampilan yang menarik.
Persepsi orang yang melihat kita banyak bergantung pada pakaian dan penampilan kita. Manusia sangat senang dan suka kepada kecantikan. Oleh itu pemilihan pakaian dan penampilan diri yang sesuai adalah penting supaya orang akan merasa senang apabila melihat kita.


Kesimpulan
Kita mampu untuk membuat orang senang melihat wajah kita jika kita berusaha mengubah diri menjadi yang terbaik. Kemantapan dari segi fizikal, emosional dan spiritual harus seimbang supaya kita disayangi Allah dan berjaya menawan hati orang.  Jika kita memberikan kebaikan, kita juga akan menerima pulangan yang sama iaitu kebaikan


INAAO
Diolah dan diubahsuai dari penulisan Hj Zainuddin Ali - SOLUSI

No comments:

Total Pageviews

visitors online