Tuesday, June 14, 2011

...PUBLIC SPEAKING 2....HOHOHO....

Salam..jumpa lagi di ruangan ilmiah ini..hmmm..ni pun curi-curi masa untuk lengkapkan second phase of useful tips on public speaking seperti yang dijanjikan sebelumnya. Hari ini sekolah seperti biasa...ok saja di sekolah tu..and tadi petang ke sekolah again utk latihan rumah sukan . 2 acara sahaja hari ini iaitu lompat jauh dan 100m. Hmmm...malam ni ada urusan biz..so ..sebaik je balik dari sekolah..apelagi..makan strawberry n jambu batu  cicah dengan Thousand Island sauce..mmg terangkat gitu...tambah lagi dengan taufu fa...mmhh3x...nyaman sekali...hahaha...k la...jom kita sambung tips untuk Public Speaking.  Sebelum ini tips bagaimanakah persediaan sebelum kita berucap di khalayak ramai. So now, tips perkara yang perlu kita beratkan ketika kita sedang melakukan pengucapan tersebut....so u guys ...enjoy urselves k...amin

*************************************************************************************
TIPS UNTUK MEREKA YANG 'FOBIA PENTAS'


2.SEMASA 

* Datang Awal
Seelok-eloknya 15 minit lebih awal bagi mengelakkan kelam kabut dan memberikan masa untuk persediaan seperti memasang Power Point, menyusun peralatan dan 'membaca' audiens sekali lalu.

*Pembuka ucapan
Mulai dengan memberi salam dan memuji Allah swt dan berselawat dengan jelas, sebut satu persatu dan lancar 

* First Impression
Permulaan kemunculan dan keterampilan anda di hadapan khalayak sangat penting seperti cara berpakaian, senyuman dan cara anda memuji audiens. Mulakan dengan ice breaking dan bina hubungan dengan audiens supaya anda dapat mewujudkan keserasian.

*  Eye Contact
Fokuskan pandangan atau penglihatan anda terhadap audiens mengikut zon. Mulakan di hadapan, bahagian tangah, di sebelah kiri dan kanan dan kemudian kembali ke hadapan.  Cara ini membolehkan 'kuasa pandangan'' mata mampu 'mengikat audiens untuk mendengar dan melihat anda dengan penuh minat.

*  Hargai diri
Fokus kepada ucapan anda, bukannya kelemahan anda.  Audiens mahu mendengar yang terbaik dari anda.

*  Kesilapan
Jika berlaku kesilapan, misalnya terlupa fakta atau tersalah sebut perkataan, teruskan sahaja ucapan. Jangan memohon maaf kerana akan menampakkan kelemahan anda dan mengurangkan keyakinan audiens

* Mengatasi gementar
Usah melawan perasaan gementar, berdebar, gugup , berpeluh dan seram, terima seadanya. Tarik nafas dan yakinkan diri bahawa anda telah benar2 bersedia untuk ucapan ini.

* Rencah
Sulami ucapan anda dengan cerita, jenaka, pantun, sajak dan nyanyian seumpamanya.


So u guys that's all for now. So praktikkan tips di atas , insyaallah anda akan menyampaikan ucapan yang sangat berkualiti dan well organized...so..hve to go now..tke care..

diubahsuai oleh Nazlinaao
SOLUSI

No comments:

Total Pageviews

visitors online