Monday, May 2, 2011

I BeLieVe I CaN FLy....:P

Salammm..amat rindu sekali mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Kekangan masa tidak memberi satu keselesaan dan konsentrasi untuk menggerakkan mata pena. Mungkin juga dalam erti kata menyusun semula kehidupan dan mencari ketenangan..maka ruangan kesayangan ini dibiarkan seketika. Alhamdulillah...hidup tetap dijalani dan bergerak lebih baik dan lebih meyakinkan.

Sekembalinya dari Perth..masih belum sempat untuk berkongsi catatan n pengalaman selama 4 hari 3 malam di sana. Yang hanya dapat digambarkan di sini adalah satu pakej pelancongan yang first class n well-managed. Insyaallah..dalam penulisan yang seterusnya akan dikongsikan perjalanan n pengalaman setiap detik ...seronok n beronok-ronok bangat...hehe...bolehlah visit my facebook untuk melihat gambar-gambar bersama rakan kongsi yang lain...


 Bermula sehari selepas pulang dari percutian...terus melaksanakan tugas sebagai Ketua Penyelaras Unit Biasiswa untuk key-in data secara online..alhamdulillah semuanya selesai. Diikuti dengan penyediaan soalan PPT bagi Bahasa Melayu Form 4 dan Sejarah Form 1..juga selesai alhamdulillah. Dan Sabtunya pula, sekolah ganti bagi Deepavali..fuuhhhhh....memang padat n agak meletihkan kerana kerja terusan gitu until on that Sunday...let go semua benda and just berehat kat umah with the kids je..nikmat betul.

So..pada minggu lepas, bawa 16 orang pelajar tingkatan 5 ke ILP (Institut Latihan Perindustrian) bagi mengikuti program JERAYAWARA anjuran PPDS  dan juga Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara..di mana jemputan penulis Buku Kembara Amira yang kini digunakan oleh pelajar tingkatan 5  dalam komponen kesusasteraan sangat mengujakan. Amir Hmzah L.Kader mengupas segala persoalan yang menjadi tandatanya kepada guru dan pelajar..sangat jelas n penuh ilmiah...

My kids pun alhamdulillah. Utk Yaya, musim sibuk dengan kokurikulum pun sudah berlalu. Bola jaring, olahraga, bola baling, merentas desa n pidato...semua dah selesai. bermula Mei totally focus on academic. Angah n Dida juga sama. Dida baru saja selesai pertandingan Kawad Kaki peringkat daerah dan JOHAN bagi kawad kaki unit KRS. Akan bertanding ke peringkat negeri 2 minggu dari sekarang. Angah akan berlawan hoki esok..tp..dia demam..hmm..tuition Add Math pun tak pergi hari ini. Sian. Along fully jadi 'housewife' hehe..taklah..jadi pembantu mak diala...hehe..selepas operation dia hanya stay kat umah. Dapat offer smbung belajar di sebuah kolej dalam jurusan Management with Multimedia. All the best to u Along. Luvs u all kids.

Urusan business juga byk improvement..so..thanks to Allah kerana berikan kekentalan hati yang retak ini untuk menggapai bahagia.  Rezeki yang dia berikan kian terasa. Moga kuatkan semangat dan kudrat aku utk melangkah berpuluh tapak lagi ke hadapan. Ambillah segala yang mjadi racun buatku dan pulangkan dengan sejuta penawar untuk menjadi pengisian di jiwa aku....mohon padamu ya Allah. Since balik dari Perth..semangat lebih terarah. Langkah makin tersusun. Dan aura positive kian terasa. Ibu tunggal seperti aku hanya iman dan harta menjadi bekalan..makin jauh perjalanan, makin besar tanggungjawab..salah tanggap, iri dan dengki perkara biasa sepanjang perjalanan. Biarkanlah ia..tentu ada kebaikan yang lebih besar dapat aku berikan n tentu juga ada sejuta rahmat yang Dia akan berikan buat aku dan anak2.

K la. Idea agak tersekat n berkecamuk untuk penulisan pertama setelah lama berehat..hehe..so..insyaallah akan aku kongsikan pengalaman di Perth dalam penulisan seterusnya..akan aku usahakan untuk ke Umrah tahun hadapan..insyaallah. Moga Allah ketemukan aku dengan seorang khalifah yang kuat semangatnya buat aku dan anak2..tentu Dia tahu n akan ketemukan aku...insyaAllah.

INAAO

No comments:

Total Pageviews

visitors online