Tuesday, February 8, 2011

JOM ...!! RAWAT MARAH SECARA ILMIAH

 Ada dua cara  untuk mengatasi penyakit marah iaitu melalui cara pencegahan dan rawatan ketika marah. Antaranya:

****************************************************************************

1. Menyedari ganjaran yang akan diperolehi jika kita menahan perasaan  marah serta menyedari bahawa marah itu akan membawa kepada kehinaan


2.  Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika sedang marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau berada dalam keadaan marah.


3.  Cuba ingatkan kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam daripada orang yang anda marahi.


4.  Didiklah diri dengan berasa malu dengan Allah s.w.t. atas segala tindakan yang telah kita lakukan yang membawa kepada kebencian Allah. Rasailah bahawa kita sentiasa diperhatikanNya. 


5.  Didiklah diri merasai bagaimana perasaan kalau diri kita yang bersalah.  Sudah tentu kita tidak suka orang memarahi kita.  Maka begitulah juga orang lain yang melakukan kesilapan.   Mereka juga tidak suka dimarahi sebaliknya suka ditegur dengan lemah-lembut dan kasih sayang.


6. Sebagai seorang Islam, aqidah dan jiwa kita perlu sentiasa disucikan sehingga merasai bahawa setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan kembali kepadaNya jua.


7.  Berusaha mencuci hati kerana punca utama tercetusnya marah ialah hati yang kotor.


8.  Fokus dalam setiap tindakan , aktiviti atau situasi yang kita sedang hadapi dan lakukan:


a)  Apabila kita fokus dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, kita akan menjadi tenang
b)  Daripada konsentrasi tenaga yang terbentuk, kita dapat menukar persepsi kepada positif
c)  Apabila ada unsur yang merangsang minda untuk marah, tenaga yang ada tadi akan mengubahnya. Akhirnya, kita akan dapat mengawal diri.


9.  Menyesal dan takut akan dosa yang kita lakukan


10. Programkan semula otak dan tukar paradigma.



Pengubahsuaian n nukilan INAAO2667
SoLuSi
Dr Hj Fadzilah Kamsah

1 comment:

Torpedo said...

btui3x....kena kawal penyakit marah ni. sentiasa brkir ms mrah...jgn dikuasai perasaan marah.
http://malik722506.blogspot.com/

Total Pageviews

visitors online