Sunday, January 9, 2011

TAHUN BARU JIWA BARU...MEMBINA KEYAKINAN DIRI....

Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah . Perbertulkan satu persatu kesalahan kita. Jangan menafikan realiti setelah disedari kelemahan dan kesedaran kita, maka akui hakikat itu...Ingat..kita perlu memaafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri..

Keyakinan diri sangat berkaitrapat dengan harga diri.  Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi, akan juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi.  Namun jangan pula tersilap, sampai kita merasakan bahawa...orang yang punyai keyakinan diri itu adalah orang yang ego atau sombong....

Ramai orang yang kelihatan sombong di luar tetapi dalam dirinya sendiri..dia adalah orang yang rendah diri. Kerap kali superiority complex yang dialami oleh  orang yang angkuh sebenarnya berasal daripada sifat inferiority complex mereka .  Oleh sebab dirinya "tidak ada" maka dia berkokok dan mendabik dada mengatakan dia "ada".....Kenapa? Untuk menipu dirinya dan orang lain kononnya dia serba ada.

Ironinya..ramai orang mendabik dada mengatakan mereka kaya.  Padahal selagi kita terpaksa mencanangkan diri kita sebagai kaya, sebenarnya kita tidak kaya.  Orang yang benar2 kaya , tidak perlu memberitahu orang lain bahawa dia kaya.! Begitu juga orang yang berilmu..hanya tin kosong yang kuat bunyinya!

Orang yang mempunyai keyakinan diri akan menghormati dirinya ...yaaaa, perkara yang paling perlu kita hormati dalam dunia ini ialah diri kita sendiri. Malah jika kita tidak menghormati diri kita sendiri..jangan harapkan orang lain akan menghormati diri kita.  Oleh sebab itu, rasa hormat terhadap diri sendiri ini adalah satu syarat "harga diri"..[self-esteem] yakni bagaimana kita menilai diri kita sendiri

Memang sesuatu itu dihormati kerana "harganya".  Maka apabila kita mahu belajar menghargai diri kita sendiri barulah kita akan  menghormatinya.  Harga diri yang tinggi sangat penting utk mencapai kejayaan dalam hidup. Tetapi bagaimana utk meningkatkan harga diri kita? Hanya satu cara iatu dengan menepati janji. Setiap janji mesti ditepati apatah lagi janji yang dibuat terhadap diri sendiri....


Konklusinya..tidak mencukupi sekadar kita melaungkan harga diri dan mencanangkan keyakinan berkobar2..apabila diri kita sendiri kalah dengan diri sendiri...kesannya..banyak hati kan terluka dan kecewa...termasuklah diri kita sendiri...yakin dan harga diri itu milik mereka yang jujur dan empati...


INAAO
Rujukan : SOLUSI

No comments:

Total Pageviews

visitors online