Friday, December 28, 2012

Ku PiNjAM sAtU BiNtAnG....


SALAM CERIA UNTUK SEMUA..

...hampir setahun tidak menarikan pena di jaluran ini...kini aku kembalik mencoretkan sesuatu yang mungkin berkisarkan kepada pelbagai aspek kehidupan. Mana mungkin aku meninggalkan aktiviti kegilaanku mencoret dan menuliskan lakaran hidup di sini... Setahun itu agak lama lantaran kemelut kehidupan yang dilalui. Walaubagaimanapun tidak perlu dikeluh kesahkan di sini kerana ALLAH lebih  mengetahui segala. 

..sejujurnya tiada kepuasan di hati ini pabila tiba-tiba hidup ibarat jigsaw puzzle..perlu dicantumkan semula utk kelihatan jelas. Dari sudut tugas juga seperti melanggar bumper duushh..terangkat gitu..menyambung tugas orang lain agak janggal..namun begitu aku bersyukur kerana ALLAH masih lagi memberi ku kekuatan biarpun telah bberapa kali ujian melanda..

...jika aku mendongak ke atas pasti begitu aku terasa betapa kecilnya aku dengan insan lain di sekeliling...namun alhamdulillah hati tetap terpujuk untuk melihat jauh ke bawah utk kembali menginsafi dan mensyukuri nikmat kehidupan ini...Aku tahu segalanya pasti ada hikmah di sebaliknya..mengapa perlu aku khuatirkan..dalam kesakitan dan kepahitan sekalipun yang diharungi..Allah memberikan aku kudrat utk menjadi KHALIFAH untuk anak2 ku..biarlah tidak sehebat mana namun yang sedikit dan sederhana itu..tetap kami syukuri...

...kini aku mahu kembali menyapa ruangan tinta menari ini utk memuhasabahkan diri dan berkongsi ilmu bersama mereka yang sama meminati dunia blogging ini..tahun 2012 makin hmpir meninggalkan kita..pergilah jauh2 tak mahu diingat lagi..moga segala urusan dan pintu rezeki dibuka seluas2nya olehNya dan dipermudahkan...Aku sayang anak2ku..maafkanlah ya Allah mereka yang sering bertepuk tangan melihat kesusahan diri ini..amin 


UNGU LALU MEMBIRU

NAZLINAAO

1 comment:

Anonymous said...

ingatkan dah lupa 3 perkataan tu - UNGU LALU MEMBIRU

Total Pageviews

visitors online