Friday, July 29, 2011

********SERIBU BINTANG..*********

MENIPU, TERTIPU ATAU DITIPU REALITINYA SAMA SAJA. BEZANYA ORANG YANG MENIPU TIDAK AKAN TERASA SAKIT HATI.. SEBALIKNYA ORANG YANG DITIPU AKAN REMUK PERASAANNYA . DALAM SEBUAH PERHUBUNGAN YANG JUJUR, ADA KALANYA KITA PERLU MENIPU PASANGAN.. BUKAN BERMAKSUD PERBUATAN INI MENJADI AMALAN, TETAPI BAGI HAL-HAL TERTENTU  DI MANA, IA AKAN MENYELAMATKAN SEBUAH PERHUBUNGAN.

***********************************************************************
GUNAKANLAH KEBIJAKSANAAN UNTUK BERTERUS-TERANG


1. Pastikan anda mahu memberitahu dirinya

Ada keadaan di mana menipu sebenarnya lebih baik dari berterus-terang terutama yang melibatkan hati dan perasaan.  Jika anda tidak yakin pasangan mampu menerima apa yang anda sampaikan dengan akal yang waras, lebih baik saja anda berdiam diri agar keadaan tidak bertambah retak.

2. Kenal pasti keadaan untuk bercerita

Alasan untuk anda berterus-terang dengan pasangan mestilah berasaskan kepada kejujuran dan bukannya dilakukan dengan keadaan tergopoh-gapah. Kebenaran mestilah datang dari anda dahulu, beritahu dia secara berterus-trang dan jangan  terus menyembunyikannya.

3. Masa biar sesuai

Masa sangat penting ketika anda mahu berterus-terang. Jika anda melihat pasangan dalam keadaan susah hati, murung, sakit atau sebagainya, janganlah  ditambahkan derita yang ada. Carilah ruang dan masa yang sesuai  dimana  si dia berada dalam keadaan yang santai.

4. Bersiap sedialah dengan apa saja keadaan.

Mengakui kesalahan di hadapan pasangan, sebenarnya sangat baik tetapi anda perlu bersiap sedia baik dari aspek mental mahupun fizikal. Anda perlu punyai banyak idea bagaimana mahu menjawab persoalan yang ditimbulkannya dan bersikap cool sekiranya suasana menjadi panas. Anda seharusnya lebih tenang kerana anda di pihak yang ingin membuat pengakuan.

5.  Jujurlah.

Nyatakan padanya sejauhmana pentingnya hubungan ini pada anda. Jika anda merasakan hubungan ini masih perlu..berjanjilah anda tidakkan mengulanginya lagi. Berterus-terang walaupun pahit  adalah cara terbaik biar apapun sekali kesannya .Bersedialah menerima apa saja tempias atau kesan setelah anda berterus-terang. Sebagai manusia, kita telah selesai tjwb terhadap sesama manusia dan Allah lebih mengetahui kebenarannya.


nazlinaao
Mingguan Wanita
Oktober 2008

No comments:

Total Pageviews

visitors online