Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

....BUNGA SAKURA....

Salam dan selamat pagi buat semua moga ceria di pagi indah ini. Inilah coretan kedua di dada blog ini untuk tahun 2013. Sememangnya bersyukur kepada Allah kerana memberikan suatu permulaan yang sangat baik untuk diri aku dan keluarga. Moga akan berterusan dirahmati Allah dan dibukakan lagi seluasnya pintu rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan juga kerahmatan dan keberkatan rezekiNya ke atas kami sekeluarga.

Seperti tahun-tahun yang lalu, aku masih mengajar subjek Bahasa Melayu bagi Tingkatan 5 dan Sejarah bagi Tingkatan 3 dan 4. Alhamdulillah..sangat menepati bidang pengkhususan aku sewaktu di Universiti dan juga KPLI dahulu. Secara tidak langsung ingatan kembali segar dan rindu terasa untuk kembali aktif dalam penyemakan kertas SPM Bahasa Melayu pada hujung tahun ini. Insyaallah.


Tahun ini aku diberi tanggungjawab sebagai Guru Kelas Tingkatan 5 Cattleya, Ketua Rumah Kuning,  Ketua Panitia Bahasa Melayu, Ketua Persatuan Bahasa Melayu, AJK Pengurusan HEM, Pen SU Unit Biasiswa, dan juga SU PIBG SMKSI, Menyentuh tentang PIBG, alhamdulillah kertas kerja pembinaan surau (Pusat Kegiatan Pelajar) telah diluluskan oleh JPN. Sekarang 70 peratus sudah hampir kepada kutipan sumbangan bagi pengumpulan dana berjumlah RM132,000. Moga dipermudahkan urusan.
Anak-anak juga sihat dan ceria..alhamdulillah. Along masih meneruskan pengajian di KPTM. Angah sekarang sudah bekerja sebagai pembantu TADIKA di kawasan perumahan kami tinggal. Tidaklah risau sangat hati seorang ibu bila tempat kerja setempat dengan kediaman keluarga. Sebagai mengisi waktu menunggu keputusan SPM. Khalida pula masih meneruskan pengajian di SMKA dalam jurusan Akaun. Semoga dipermudahkan dan diterangkan hati DIDA untuk menerima pelajaran. And for Yaya, now dia dah di Tingkatan 2. Waktu-waktu awal persekolahan ni, dia pasti sibuk dengan aktiviti sukannya...all the best to u dik.


Pelaksanaan FROGASIA kini mencetuskan ilham untuk mencari bahan terbaik untuk semua students. Moga akan lebih mahir aku menguasainya..dari zaman komputer belum wujud hinggalah kini ..telah banyak peringkat perkembangan dunia ICT dilalui..mujurlah ada along boleh tunjuk ajar. Kalau tidak memang 'malap ICT' lah mak dia ni..hahaha..This year alhamdulillah pelajar2 pun ok dari segi kualiti dan kesungguhan untuk mendalami subjek especially Sejarah Form 4 dan juga BM form 5...Form 3 students pun sudah berubah attitude..lebih fokus ..syabass...!!Okla..berhenti di sini dahulu..sometimes mmg nak update blog ni..tapi..keletihan mengatasi segala...hehe. Berjumpa lagi di lain waktu. Doa aku agar semua akan bahagia di sisi keluarga dan mencapai lebih kejayaan dalam hidup....amin.



NAZLINAAOUNGU LALU MEMBIRU
.....
andai mengingati itu sakit lebih baik melupakannya sahaja..


Tuesday, May 1, 2012

teRUkir Di BinTAng

Salam..semoga semua sihat n happy menjalani kehidupan seharian. Begitu lama tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Pasti banyak perkara yang berlaku dlm tempoh tenang itu..haha.Bermula Mac lalu, aku memulakan tugasku di sekolah baru. Alhamdulillah persekitaran baru biasalah pada permulaan ada sedikit perbezaan dari segi students' background, rakan sekerja n gerakerja warganya...Alhamdulillah dapat aku memulakan tugas sebagai guru Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, terasa rindu pulak kerana tiada kelas Sejarah yang diajar. Sebelum aku btugas di situ, hampir sebulan pelajar tingkatan 2 tidak mempunyai guru Bahasa Melayu. So, untuk tahun ini aku mengajar lower form..haha.


Juga tugasku sebagai pemeriksa kertas SPM Bahasa Melayu turut aku hold seketika utk tahun ini. 2 tahun berturut2 aku marking ..so this year rehat sekejap. Insyallah tahun hadapan akan sambung semula. Sekadar memberi ruang utk menumpukan phatian kepada anak2 yang bakal menduduki SPM dan PMR. Rasa lebih ok jika dilihat kepada kualiti pelajar di sekolah baru. Pelajarnya yang tidak begitu ramai berbanding sekolah terdahulu tidak membebankan. Landskapnya juga sangat tenang..alhamdulillah bertukar angin n sangat worth it. My two girls are also in the same school..so..kami mempunyai lebih byk masa bersama.Alhamdulillah.
Along akan menduduki final exam dalam mggu yang terdekat ini. Sebagai seorang ibu, aku menggalakka dia utk smbung belajar ke peringkat Ijazah. Moga akan lebih matang n dipermudahkan urusan.


So setakat ini perkongsian perjalanan hidup..insyaallah kan bertemu kembali nanti.


NAZLINAAO

Monday, December 12, 2011

...BUNGA WAKTU MENGUNTUM MIMPI....

Salam buat semua. Rindu sekali untuk mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Hari ini baru saja selesai tugas penyemakan Kertas SPM dan  2 hari seterusnya akan ke Butterworth untuk tujuan kemaskini markah. Berat memikul tanggungjawab ini dan tahun ini merupakan tahun kedua aku menggalas tugas n menimba pengalaman. Berhasrat di hati ini untuk 'hold' sekejap pada tahun hadapan bagi mendapatkan ruang untuk aku bersama dengan anak yang akan menduduki SPM . Memang memerlukan komitmen yang tinggi memegang amanah besar ini. Miss semua rakan setugas aku nanti. Anyway..pengorbanan untuk keselesaan anak adalah yang paling utama buatku.

Mengimbau kembali perjalanan di sepanjang tahun 2011 ini ....fuuuhhh...terlalu banyak peristiwa, kenangan n pencapaian yang diterima n di lalui. Aku bersyukur kerana 2011 ini menghadiahkan aku satu lagi darjah kematangan fikiran n minda untuk meneruskan hari-hari kehidupan pada tahun baru yang mendatang nanti. SANGAT TERUJA menanti kedatangan 2012!! Namun tidak dapat dinafikan dalam keasyikan lenggok perjalanan masa meniti hari-hari pada tahun ini..masih ada kekurangan di sana sini yang perlu aku perbaiki dan insyaallah..akan dikemaskinikan semuanya utk tahun hadapan. Terlalu banyak juga MUHASABAH DIRI yang perlu dilakukan dan keseluruhannya aku happy dengan  kepergian 2011 bersama1001 kenangan yang pasti tak dapat ku lupakan.

Teringin sekali di hati untuk menghasilkan satu lagi blog ilmiah berkaitan dengan bisnes yang sedang aku ceburi kini. Insyaallah aku sedang mengumpul info dan membuat garis kasar untuk menghasilkannya. Juga turut terdetik di hati untuk menghasilkan juga satu lagi blog akademik insyaallah. Tidak salah rasanya bila aku sangat berminat dalam penulisan di ruangan maya ini..maka terpanggil di hati untuk membuat satu perkongsian agar kalian juga dapat merasai perkara yang menjadi minat dan kegilaan ku iaitu...MENULIS. hehehehe....


Sebagai hamba Allah yang kerdil, aku merasakan belum cukup aku mengingatiNya, belum cukup aku memohon dariNYa dan belum cukup aku menyerahkan seluruh kehidupanku kepadaNYa...moga dari masa ke semasa ..aku kan terus mendekatiNya...agar dia memelihara diriku sekeluarga, membuka luas pintu rezeki utk kami dan meraih kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehidupan...juga...DIA dapat memelihara kami dari segala kekhilafan dan kelalaian. Terimakasih ya Allah kerana sentiasa KAU di sisi waktu sakit senangku. 'TAHUN BARU JIWA BARU, HIDUP UNTUK BAHAGIA' adalah tagline blog kesayangan ku ini...insyaallah akan ku fikirkan yang terbaru utk tahun hadapan. Sangat berkesan tagline ini kerana ia banyak menyuntik semangatku untuk meneruskan langkah wp dalam longlai duka dan seretan gundah...hmmm.

Ok lah u guys..aku berhenti di sini dahulu. Ingin menikmati ketenangan pada malam ini. Seperti yang ku janjikan..perkongsian dari bahan motivasi akan menyusul nanti. Anak2 semua dah excited nak ajak ke sana sini bila aku dah free masa sekarang...yang penting bagiku adalah kesederhanaa. Berpijak di bumi nyata dan sentiasa bergerak melakukansesuatu  yang luar biasa untuk keluar dari belenggu duka. Insyaalllah..sayangi diri sendiri kerana itulah kasih tidak ternilai dalam hidup kita ini.


KILASAN HATI
NAZLINAAO

Sunday, November 6, 2011

...BERDUA BERSATU...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA KENALAN DAN AHLI KELUARGA SEMUA.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah mengizinkan aku meraikan AIDIL ADHA kali ketiga bersama family tercinta setelah 3 tahun pulang menetap di kampung sendiri. Kebiasaannya sewaktu di perantauan, aku hanya meraikan AIDIL ADHA bersama anak-anak di sana. Kini semua itu tidak lagi menjadi suatu perkara yang perlu difikirkan lagi..alhamdullillah.


Tempoh 3 tahun di sini telah banyak mengukir kenangan pahit manis..wp ada di antaranya bukan atas kehendak diri. Namun tidak mengapa .. Allah sayangkan aku dan memberikan aku pelbagai ujian agar dapat membezakan antara erti mengasihi dan dikasihi. Sepanjang tahun ini terasa sangat pelbagai warna mencorakkan perjalanan hidup. Sgt bersyukur kerana sebahagian yang aku rancangkan mencapai mtlamatnya. Dan bertambah syukur kepadanya pabila perkara yang tidak pernah aku fikir dan rancangkan menjadi suatu keindahan terindah dlm hidup..moga Allah akan merestuinya.

2011 hampir ke penghujungnya.. hampir sebulan setengah saja lagi tahun bertuah ini kan menutup tirai. Aku dan anak-anakku menikmati kebahagiaan penuh keinsafan..masih ada keperluan perlu diisi dari masa ke semasa. Tahun hadapan lebih padat lagi perancangan yang akan aku sasarkan..especially buat my both daughter, my 369 biz n also my career...doakan agar kami terlindung dari segala kegusaran rasa dan kekhilafan tingkah...

Moga aku kan lebih ceria dan bertambah2 ceria dari hari ke hari. Tiada yang lebih indah selain daripada dihargai dan dikasihi oleh insan yang tidak pernah kita fikirkan akan hadir penuh kekuatan n keberanian. Tuhan mengetahui segalanya di sebalik tabir.

NAZLINAAO

Sunday, October 30, 2011

...TIADA LAGI...

MEMBUGAR MEKAR BUNGA KEMBOJA,
SUNTINGAN SANG PUTERA BERLESUNG PIPIT,
CORETAN TINTA KEMBALI MENYAPA,
MENZAHIRKAN  RASA RINDU MEMBUKIT

Salam..kembali bertemu kita di ruangan ini. Sekian lama terhenti hajat untuk mengemaskini ruangan kesayangan ini. Hari ini meskipun sibuk seperti biasa dengan anak2 tetapi jari jemari ini nak sangat berkongsi perjalanan hidup di ruangan maya ini. Sejak Ramadhan yang lalu, kesibukan di pelbagai segi sedikit menghalang aku untuk mencoretkan sesuatu. Agak tidak keterlaluan jika dikatakan lebih kurang 3 bulan terakhir ni mmg agak slow kan..hehe..
My yaya sibuk menjalani dan mengikuti slot selepas UPSR. Sejak semalam dia mengikuti lawatan ke Cameron Highlands. Dengan lutut yang luka dan sakit..semangat untuk bersama rakan dan guru tak hilang. Angah n Dida baru sahaja selesai  menduduki peperiksaan Akhir Tahun ..next year kedua-duanya akan menduduki peperiksaan PMR n SPM. So my focus akan lebih ditumpukan kepada both sisters ni..Along pula sibuk mengalahkan menteri dengan course project dia..harap dia dpat belajar untuk menjadi lebih matang...

Kedatangan November nanti akan kembalilah sibuk dengan marking SPM paper..perancangan teliti diatur agar tidak stress sepanjang tempoh itu. Next year jika yaya masuk hostel maka tinggallah aku dengan angah  je kat umah..mulalah ikan sekor pun tak abis sehari..hehe..bila di usia begini sindrom empty nest la yang menjadi dugaan besar bagi seorang ibu. Tapi aku yakin masih yang sudi menjadi pendengar setia..moga Allah menguatkan ketabahan hati ini.

Senario di sekolah semakin hari semakin terasa kesibukan menyelesaikan tugasan akhir tahun. Terlalu banyak pengalaman dan kisah yang dialami dan dirasai sepanjang tahun 2011 ini. Pahit manis tercabar dan menyakitkan , keindahan dan rasa teruja semuanya terpahat di hati. Sememangnya Allah maha kaya memberi kemanisan dan kesakitan utk menunjukkah bahawa DIA sayangkan kita hambaNya. Terimakasih ya allah kerana pengajaran dan keyakinan yang engkau berikan. Jika aku tidak diuji oleh Mu sudah pasti aku tidakkan belajar ttg sesuatu dan menyedari pula ada sesuatu keindahan di sebaliknya....

Tugas sebagai seorang SUPERMUM kian mencabar pabila anak2 kian remaja dan melangkahi alam sambung belajar. Doa dari aku agar anak2 cemerlang dalam pelajaran dan berbaloi segala kepahitan yang telah kami tempohi bersama-sama sejak sekian lama. Masih terbayang jelas waktu susah kami dahulu, aku hanya menyediakan nasi goreng utk anak2. Itulah makan pagi dan itulah makan tghari kami. Aku berhempas pulas mengajar tusyen di rumah, di tuition centre dan juga di sekolah...mmang meletihkan ttp demi anak2 aku gagahi juga wp di hati menangis kerana tiada weekend yang indah utk aku. Wp ada pdgan serong segelintir manusia atas kesusahan aku dan anak2..peduli apa aku...aku bukanlah manusia yang tak ada maruah diri..aku berhempas pulas demi sesuap nasi...

Kini keselesaan hidup makin terasa dan aku mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Jika kita tidak berada di dalam situasi kesusahan orang lain usahlah kita rancak mengata...belum terkena diri sendiri mmg selesa kita mencela..tetapi bila susah menimpa diri baru nak tanya n kongsi how to survive in life..just remember that..dunia ini bulat k..


Kepada insan yang pernah berbunga bahasa denga aku...cukuplah smpai tika n saat ini. Aku bukan biskut chipsmore yang tak ada perasaan. Dulu yes u datang beri keyakinan pada aku..tapi bila aku diletakkan dlm situasi yang terbalik kononnya aku yang memulakan dulu...so enough is enough. Stop bloughing urself. Aku tetap aku spt dulu tapi whats inside me was really hurt and hope Allah will b with me to forget all those thing. 

Nazlinaao.

Friday, September 30, 2011

...u can count on me,,like 1,2.3..hehehe

Salam to everybody..ketika menulis blog ni tengah menantikan kopi o panas...hmm..nikmat betul diminum pada waktu petang begini. Actually minggu ni kesihatan diri tk berapa ok sangat. Rasa nk batuk2 n berair hidung..walau bagaimanapun..alhamdulillah dapat juga menghabiskan tempoh seminggu hari persekolahan. Kelmarin menghadiri taklimat pengurusan biasiswa di Bukit Mertajam. Memang penuh informasi dan panduan bagi semua guru biasiswa. Hari ini..rasa waktu begitu pendek kerana byk kerja perlu disettlekan dalam masa yang singkat. Tutup register, urusan biasiswa, lesson plan...anyway cukup atau tidak masa tu..kena balik umah jgak hehe...

Ahad ini, perlu memantau selected students yang menghadiri Program PDCA  bg pelajar SPM /Bahasa Melayu di USM. Nampaknya bertambahlah lg ilmu dalam program ilmiah seperti ini. On this coming Monday menghadiri taklimat pengawasan PMR..terasa rugi pulak seminggu dengan bebudak tingkatan 4 bagi Bahasa Melayu..final touch up sebelum Pep. Akhir Tahun...tengah memikirkan tugasan yang nak dibekalkan..rasenya bagi kelas yang satu tu ..mesti tak luak punya tugasan tu...hmm...

Lama betul tak dapat menikmati weekend yang bersih dan lapang..hmm...terpaksalah mencelah mencari ruang yang sesuai utk released tension. Agak stress jugak minggu ni..anyway harap next week semua akan ok semula, Rabu hari tu along balik utk settlekan urusan borang PTPTN..minggu ni Dida pun balik so bising jugakla umah ni...tp..yg tensionnya..ada anak kucing kat umah i ni..hmm memang tk berapa berkenan tul...nak buang kalah undian dalam umah ni...saborje la...

Entah ape yang nk dituliskan lagi pun dah kering idea ni..hehe..lama tak jana minda utk penulisan ilmiah. Insyaallah akan ada hari yang sesuai utk aktiviti kegemaran i ni..btemu lagi di lain kali mudahan dipermudahkan segala urusan hidup..amin.

Nazlinaao

Saturday, September 17, 2011

.....SeRiBu TaHuN TakKan MunGkIn.............LayAnN...!!


Salam utk semua, hai skala penulisan di blog ini kian kurang..hehe..tk bermakna hidup sya terhenti dan perlahan seperti itu...haha...well alhamdulillah, selesai sudah peperiksaan UPSR untuk Yaya..moga kejayaan menjadi miliknya..pada hari diadakan solat hajat n bacaan yassin di sekolahnya...menguji tenaga i sebagai seorang ibu. Pada paginya ke sekolah seperti biasa until 1240 th..kul 2.15 petang berada di PPD untuk mhadiri Taklimat Pembinaan Items B.Melayu Form 4/5...perbincangan dua hala dengan panel dari Lembaga Peperiksaan...then selesai sja taklimat dalam kul 515 petang..bergegas pulang utk terus ke majlis bacaan yassin n solat hajat tersebut..bayangkan dengan masih berbatik sekolah...letih teramat sangat ttp semua itu hilang bila melihat wajah Yaya yang amat happy dengan kehadiran aku ke majlis itu...tkasih ya allah kerana memberikan aku kekuatan tenaga semata2 utknya.


This year dapat pula menjadi pengawas peperiksaan PMR..even i tak mohon hehe...tk apela...anggapla pergi makan angin sambil2 bertugas...seronok jugak dapat melawat sekolah lain ni..tambah2 lagi i baru 3 th berpindah semula ke kampung sendiri..menyusul selepas itu tugas bagi menentukan msa depan calon SPM bagi paper BM akan digalas..this year tak tahula di mana..ape2pun tk kisah di kampung sendiri..hehe...mgkin this year lebih baik dari sebelumnya...amin..

Baru-baru ini LDP Khas ke Padang Besar n Perlis dilaksanakan..memang seronok..habis shopping gi jemputan kenduri rakan sekerja..dua biji bas membawa Group SMKSA..hujan agak lebat time kenduri tu..bila pekena nasi kenduri dengan kerabu perut, ayam masak merah n gulai ikan kering..hmm apelagi terangkatla..hehe...seronok sekali sekala bersama dengan rakan2 ..cadangan seterusnya mungkin ke Phuket, Taman Negara...hehe ni cdangan yang terdengarla..hehe..tp i ni nk bwa anak2 gi Langkawi..tk tcapai hajat lgi atas faktor masa...next year my two anak dara Angah n Dida akan menduduki PMR n SPM..itulah pasal...mga ada wktu sesuai utk ke sana...amin.

K la..smpai sini sja perkongsian kita hehe..wp lewat coretan tapi di hati ada taman maa...hehe...hajat nak tukar background blog..boring dah tgok sama...sekarang jiwa baru so kena 'cuaca' baru...my along pun still ada di rumah..balik Ipoh on this coming Monday morning..jap gi nak bw dia keluar membeli keperluan..next year Yaya pun dah form 1 ..sekejap je kan...semua dah secondary school n along dah msuk college...dapatla i focus on my biz...i will struggle for it..haha...moga allah permudahkan...amin

Salam n take care..

NAZLINAAO

Monday, September 5, 2011

TIGA MALAM TANPA BINTANG..HEHE

Salam..dalam nada santai coretan bermula sekali lagi diruangan ini..setelah hampir  sebulan menyepi..Bukan apa sekadar memberi tumpuan pada anak2 khususnya di bulan Ramadhan yang sibuk dengan agenda2nya. Alhamdulillah Ramadhan kali ini lebih bermakna..di mana di sinilah bermulanya satu perjalanan baru buat aku...terimakasih kepada insan yang sudi memberikan semangat dan berani tampil tidak berputus asa dalam kemelut rasa yang lalu...moga Allah memberikan kebaikan dan kebahagiaan buat insan seumpamanya..amin.

Ramadhan kali ini amat berbeza sekali..sungguh bererti baik dari segi urusan anak2, tugasan di sekolah dan simpulan silaturrahim yg baru berputik..alhamdulillah rezeki yang Allah berikan pada tahun ini dapat dikongsi bersama anak2..moga dimurahkan lagi dan dibuka seluasnya pintu rezeki buat aku dan anak2.

13September nanti..my youngest one akan menduduki peperiksaan UPSR..so..utk seminggu ke hadapan ini..tumpuan diberikan sepenuhnya terhadap Yaya...mudah2an akan lebih yakin dirinya menghadapi detik bersejarah itu..Along juga sudah dapt menyesuaikan diri di tempat baru..pada mulanya  aku tidak begitu setuju dengan lokasi institusi pengajian yang dipilihnya...ttp sebagai seorang ibu aku harus menolak ke tepi rasa peribadi utk membolehkan along mengambil bidang yang diminatinya..alhamdulillah..semuanya telah ku buang jauh...

Kini routine kembali seperti biasa..kelas aerobic akan on semula bermula 7 September..hehe..8 September pula harus mengikuti Taklimat Pembinaan Item Bahasa Melayu Tingkatan 4 di PPD . 10hbSeptember akan mengikuti LDP Khas ke Padang Besar dengan group SMKSA...dan Ahadnya pula ..open house untuk budak kelas...nampaknya jadual padat sekali minggu ini...anyway hopefully ia tidak mencuri banyak masa aku with my Yaya..go go Yaya...u can do it..!!!

Saudara mara ramai pulang berhari raya di kampung..sungguh meriah this Aidilfitri....until Saturday masih sibuk beraya...kecuali  semalam sibuk dengan persiapan anak2 balik ke hostel dan college..sunyi semula la umah ..this morning pun jaga kul 625 pagi hehe...kelam kabut dibuatnya...tp alhamdulillah sampai sekolah on time jugak... 

Petang ni janji with the kids utk outing..hehe..happy n alhamdulillah to Allah for giving me this comfort feeling..moga berpanjangan. So..jumpa lagi di lain penulisan. Rindu sesangat utk share maklumat ilmiah..dont worry ill jot down something useful ..as soon as possible..so salam to all.


NAZLINAAO

Sunday, August 7, 2011

FOR THE REST OF MY LIFE....

Salam, once again kita berjumpa diruangan ini. Alhamdulillah sudah 6 hari Ramadhan dilalui. Tahun ini sungguh tenang menjalani ibadah puasa. Terimakasih padaNya kerana berikan ketenangan ini.  Anak2 juga tabah menjalani hari2 berpuasa meskipun sibuk dengan tuition dan terawih. Begitu juga dengan biz tetap berjalan wp dalam bulan yang mulia ini. Syukur tak terkira kerana masih ada yang terus memberi dorongan utk mneruskan kehidupan dan menyedarkan bahawa kehidupan ini masih indah dan berwarna.


Tugas di sekolah juga begitu tenang terasa serasi dengan perjalanan masa. Berbeza sungguh nikmat yang Allah berikan. Setiap hari perhimpunan pagi diadakan. Bacaan yassin disusuli solat Dhuha berjemaah guru dan pelajar diadakan pada setiap hari Jumaat. Begitu juga tadarus Alquran guru-guru turut dilaksanakan. Rezeki yang Allah limpahkan pada aku dan anak2 amat disyukuri. Moga bertambah berkat rezeki yang diperoleh. Banyak pengalaman dan ilmu yang diterima sepanjang penglibatan dalam biz hebat ini. Sungguh luas rezeki Allah dan kita seharusnya mengejarnya...9/10 rezeki adalah dari perniagaan. Insyaallah..akan berterusan usaha demi utk anak2 tercinta.

My yaya akan menduduki UPSR tidak lama lagi..kesungguhannya amat mengagumkan. Moga dia bersedia untuk menghadapinya. Aktiviti terakhirnya menjadi Olahragawati 2011 peringkat sekolah. Kini tumpuan sepenuhnya kepada akademik. Bulan ramadhan ini dia balik dalam pkul 400 ptg. Memang tengok seperti letih sangat tapi semangatnya yg kuat itu yang mengujakan aku sebagai seorang ibu.


Angah juga menunjukkan peningkatan baik dalam subject2 form 4 khususnya subject science. Cuma antara Physic, Chemistry and Biology, Bio la yang agak kurang memberangsangkan. Tetapi sebagai ibu usaha berikan angah personal tuition sedikit sebanyak membantunya untuk meningkatkan  pencapaian dalam subject tersebut. For Dida juga minggu depan minggu ujian. Moga dia dapat menjawab soalan dengan cemerlang. Dah seminggu dia tak ke sekolah kerana terkena jangkitan kudis buta. Biasalah bila tinggal di asrama...tetapi alhamdulilah, kini dia kembali ok dan akan pulang ke asrama esok.

K la have to go now..moga coretan ini sedikit sebanyak dapat menjadi perkongsian bagi mereka yang juga sibuk dengan anak2. Untuk orang yang bersikap berani memberi sokongan kepada aku, terimakasih diucapkan. Memang tak diduga tetapi itu semua kuasa dari Allah. Mudahan niat baik juga akan dipandangan baik sekaligus diterima baik.

To along, we miss U so much along. Happy bila nanti dapat kita berpuasa n bebuka sekali. Belajar baik2 n sentiasa insaf dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi selama ini. Jaga diri baik2...luv u so much ..



Supermum
Nazlinaao

Monday, July 25, 2011

SEJUTA TANGAN ..CAMELIA...

Salam untuk kesekian lamanya tidak mencoretkan sesuatu di sini. Sibuk urusan biz , anak-anak, hal2 sekolah dan lain-lain lagi. So now dapat juga sedikit masa utk berkongsi perkembangan  diri selama beberapa minggu ini. Memang padat jadual..tapi ..still boleh cope with the situation..alhamdulillah.

Pagi tadi baru selesai isi details pemohon biasiswa BKP bagi lower six. Lega satu bab..ada lagi kena online..HRMIS and SAPS..insyaallah dengan bantuan kekawan insyaallah akan dapat diselesaikan. Macam-macam keja lagi perlu diuruskan. Budak form 4 pun dah nampak semakin ok dan focus on the subject..tp biasalah still ada anasir subversive yang tak berminat langsung nak belajar..datang sekolah hanya untuk kumpul demerit...entah apela nak jadi bebudak ni.


Anak-anak alhamdulillah..esok yaya trial upsr..Angah pun ada Ujian Kemajuan 2..so masing2 sibuk ngan revision masing2.Along pun dah boleh sesuaikan diri dengan keadaan di tempat baru ..alhamdulillah. Next year Dida n Angah masing-masing menduduki PMR dan SPM..so i bertekad takkan mengulangi kesilapan pada tahun 2010 yang banyak merugikan hidup i...syuuuhhh..i tak mau ingat lagi. 

Baru ni demam panas....mujurla kena masa cuti hujung minggu..so on Monday tu joint aerobic class..fuuhh..berpeluh lencun..rasa ringan badan n demam pun tak melarat alhamdulillah. Sekarang tiga kali seminggu joint the aerobic class memang best giler..hehe..seronok life yg tk berserabut dengan manusia lain ni..tk macam last year..

Banyak event sekolah yang telah dijalankan seperti Hari Koko, Sukan Tahunan, MaKeP (Majlis Kecemerlangan Pelajar)..yang bestnya gi dinner ngan pentadbir sempena Sambutan Hari Guru Daerah..mula2 tu keras jugak tak bergerak..mana taknya..depan Pengetua, PK1, Guru Kanan Sains Matematik, di tepi PK Koko n PK Hem...nak telan makanan pun terasa payah hehe..bila dah separuh event berjalan..bedal semacam je..hehehe..

Kla ...sampai di sini dahulu..buku motivasi n majalah ilmiah dah bertimbun kat tepi katil tu...cuma tak benar2 berkesempatan berkongsi di ruangan ini..tak apelah...biarlah perlahan asalkan blog kesayangan ini tetap segar..hahaha..okla..nak end up di sini dulu...salammm.

nazlinaao

Sunday, June 19, 2011

PEGANG PADA HATI BUKAN PADA JANJI..HAHA

Salam..bertemu semula di ruangan ini..hmm..esok sudah mula minggu baru sesi persekolahan. Nampaknya sibuk seperti biasa la...haha. My kids sibuk dengan latihan sukan.  So,,dah mula balikla minat si kecil tu nak beraksi di dalam acara favorite dia...200m and 4x100m...Persiapan hari raya pun dah terasa kat sekolah tu..tempah baju sana sini..hehe..dah jadi macam pasar borong pun ye jugak..tapi itulah kehidupan namanya.

My business sangat positive. Dengan rakan kongsi yang hebat..so insyaallah until end of the year akan lebih besar lagi hasil yang diperolehi. Insentif umrah dan ke Holand atau Belgium telah dibuka..memang fight habisan insyaallah...happy n hope that rezeki yang diperolehi akan diberkati..amin

My form 4 students pun dah ambil mid year exam..so i bercadang utk carry out extra class bagi yang ada potential to get cemerlang in Bahasa Melayu. Budaya waktu mengajar di Pahang sudah mariii...hahaha...so insyaallah 20 students been selected and kita lihat hasilnya end of this year or maybe dalam UK2 nanti..insyallah.

K la..have to end up here..so tak lupa to wish HAPPY FATHER'S DAY...untuk my dad. And may happiness be mine always..hmmm...insyaallah.

*ada kisah one of my friend yang rasa tercabar apabila diduga bajunya terkoyak pada suatu ketika dahulu..so..ekoran dari itu..setiap hari dia memakai baju baru dan cuba menunjukkan kepada  orang lain bahawa dia mempunyai banyak baju dan berharap orang akan melupakan tika saat dia memakai pakaian yang koyak itu...hmm...hehe..kesimpulannya..biarlah berapa banyak pun baju yang ditunjukkan..dia tidak dapat mengubah apa2 pun dan sebenarnya orang lain tak kisah pun...hahaha....renung2kan.


inaao

Sunday, June 12, 2011

Teratai Bunga Indah.....

Salam...hmm..kejapnye dah nak buka sekolah haha...alhamdulillah cuti ini sangat bermakna buat kami sekeluarga. Kesibukan ttap dirasakan..meskipun jadual telah disusun rapi. Dapat spend holiday di Pahang sangat bermakna kerana dapat berjumpa xstudents , rakan setugas dahulu dan juga kenalan rapat di sana. Sudah agak lama tak memandu jarak jauh..alhamdulillah selamat kami sekeluarga pergi dan balik ke/dari Pahang. Bertolak pagi lebih kurang 915 pagi dan sampai di Temerloh pukul 425 petang...

Anak2 sudah mulai sibuk itu dan ini..almaklumlah dah nak ke sekolah semula..as for me as a mum..for sure akan kembali sibuk dengan tugas rasmi dan juga menjadi supir menghantar anak pergi dan balik tusyen..hehe..sejak dari zaman anak2 masih di sekolah rendah lagi...dah lali..no hal punya...hehe..biasalah sesekali kena angkat diri sendiri..bagi semangat..Yaya sibuk dengan tusyen di sekolah pada minggu pertama cuti. UPSR pun dah hampir tiba..sekejap je masa berlalu..

Bisnes juga alhamdulillah ...sudah ada peningkatan. Sokongan dan dorongan tak pernah putus dari upline dan sideline..insentive ke Belgium dan Umrah dah keluar..so..hve to struggle untuk menikmati percutian percuma ini...insyaallah.  After school break ni..kembali focus on biz..cuti tetap cuti..quality time for the kids..tempohari waktu ke Perth memang seronok n beronok-ronok giler. 

Memang  first class serve n well managed dari segi penginapan, pengangkutan, makanan n also destinasi lawatan..penerbangan mengambil masa about 6 hours..pergi 1 beg je..balik fullamakk..beranak pinak beg..tapi ok je sebab beli souvenirs, and of course takleh lupa punya..chocolate!! sampai 3 kilos i beli utk dibawa balik...nilai duit kita rm1 sama dengan duit di sana 3.20 so bayang tengoklah bila sekilo chocolate 28 nilai duit di sana ..darablah dengan 3.20 hampir rm300 saja abis on chocolate..hehe..

Oklah hve to stop for a while nanti kita sambung lagi...rindu betul nak jot down something based on motivational materials...tak apalah kita dahulukan apa yang patut..so u guys tke care n thank u so much for dropping by on my blog...tke care.


Nazlinaao
Hati bukan utk dijadikan mainan..renung2kan...hahaha

Friday, May 20, 2011

...A SMALL GREENY CACTUS ON THE WIDE DESERT...

salam pada coretan yang kesekian kali ini, terpanggil untuk berkongsi tentang kehidupan yang bergerak berjalan ibarat roda...tika Allah sedang menguji hambanya..hamba yang kian leka dan mungkin juga sedang bergelut dengan drama kehidupan di dunia...menguji dalam susah dan senang hambaNya..di mana paksi pegangan dan kekuatan hati diletakkan...itulah kehidupan...yang harus ditempohi dan di jangkaui oleh kita insan juga khalifah di mukabumi ini....

Pada tarikh 18Mei yang lalu, aku dikejutkan dengan berita sahabat di zaman persekolahan dahulu AZURA YUSOF telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di ICU Hospital Seberang Jaya. Menggamit kesedihan di hati ini...dan terimbau kenangan manis kenakalan kami dahulu dalam menuntut ilmu di METHODIST SECONDARY SCHOOL (ACS) PARIT BUNTAR, PERAK...semuanya bercampur baur..tika melihat sedikit demi sedikit jasadnya dilitupi tanah..begitu menyentuh dan di benak fikiran datang pelbagai keluh kesah untuk mengharungi perjalanan hidup yang masih berbaki ini...moga rohnya dicucuri rahmat di samping orang-orang yang beriman...

Besok akan dilaksanakan LDP di sekolah di mana ia merangkumi 3 dalam 1 oleh 3 orang pembentang...iaitu PK 1, PENGETUA, DAN USTAZ ZUL..3 slot menanti iaitu Pembinaan Item, Pengurusan Fail dan Pengurusan Diri. Nampaknya, singkat lagilah hujung minggu aku pada minggu ini.. Dan insyaallah pada malamnya, di Dewan Millenium, Bertam, Kepala Batas..aku akan menerima Anugerah SM/SSM 2011 ...penghargaan hasil daripada penglibatan aku dalam business yang aku ceburi..alhamdulillah syukur rezeki dari Allah...

Minggu hadapan jika diikutkan pada makluman daripada Panitia aku perlu hadiri Kursus Penulisan Kreatif di UPSI. Sedang menunggu calling letter...nampak gayanya aku tak dapatlah nak celebrate Hari Guru bersama kawan-kawan dan pelajar...huhu...baju tema purple dah siap...at last pakai utk hadiri kursus jela...hehe...tak apa..ilmu itu penting...seperti juga biz yang aku ceburi..ilmu penyelamat business..amin.

My kids pun alhamdulillah sihat semuanya. Yaya sibuk dengan persediaan trial upsr phase one..begitu juga dengan persediaan along bagi mengikuti kursus Diploma pada June nanti..bermulalah satu level baru dalam hidup aku bilamana anak2 sudah mengorak langkah ke dunia yang lebih mencabar..semoga Allah mempelihara my kids daripada perkara2 yang tidak diingini...

Cuti persekolahan hampir tiba..insyaallah jika tiada aral, aku n my kids akan ke Pahang utk beberapa hari. Insyaallah.  Selebihnya fokus on biz hehe..alhamdulillah setakat ini Allah permudahkan jalan n hasilnya dinikmati bersama anak2...penglibatan secara part time sangat flexible dan tidak memberi sebarang tekanan...thanks to Allah kerana membuka minda aku untuk melakukan sesuatu dalam kehidupan ini...moga diberikan rezeki berkali ganda demi keselesaan aku dan anak2.

Ok lah sampai di sini dulu...jika ada kesempatan akan aku coretkan lagi di ruangan kesayangan ku ini..hehe...janji utk berkongsi pengalaman n keseronokan di Perth belum dapat dilaksanakan..kerana mood utk laman sosial ni dah kurang dalam kesibukan itu dan ini...tapi dont worry this is the medium where we can share together our stories n experiences...and tak lupa to say thank u kepada orang yang banyak memberikan semangat dan dorongan utk aku harungi kehidupan ini....thank u so much..moga Allah panjangkan persahabatan kita...amin...



                                                                     INAAO

Thursday, March 10, 2011

KU DI HALAMAN RINDU.....

Salam dan good morning to all of u..sudah agak lama tidak mencoretkan sesuatu di ruangan pena ini...kekangan masa amat terasa.  Sehinggakan menu harian pun just yang simple2 aje..hehehe. So..untuk memulakan bicara sekadar ingin berkongsi perjalanan hidup di beberapa rantai masa terdahulu...alhamdulillah..keadaan kesihatan kian baik meskipun suara masih bergemersik...tapi sudah mula merasa selesa untuk mengajar.

1. Anak-anak
Along seperti biasa masih bekerja di premis yang sama dan sudah mulai buat full time job sejak Mac ini...cuma agak terasa masa untuk kami bersama makin berkurangan...sedih mulai terasa pabila anak2 kian mencecah dewasa...Angah pada minggu ini menduduki Ujian Kemajuan 1. Seperti biasa studynye bagai nak rak...mulalah bungkusan chocolate di sana sini....Yaya pula my youngest one..baru saja selesai berlari di Stadium Batu Kawan  semalam..3 hari dia di sana. Dapat tempat ketiga dalam acara 200m...tahniah adik. Kini..sibuk pula menghafal text choral speaking...Dida pula...last week tak balik rumah tapi i pay a visit pada hari Ahad tu...cuti ni nak 'kupas' betul2 Mathematics subject..komen cikgu yg ngajar last year..cara jwpn
Dida memang ok..lengkap. Tetapi...salah konsep..itu yang tengah i fikirkan..uji dia dengan beberapa soalan n tengok cara dia memberikan jawapannya. Begitulah..setiap anak adalah ragamnya..ada lebih n kurangnya...terpaksa i as a mum set up dalam hati ni...tiap2 record dari semua aspek setiap sorang dari mereka...heehhehe..mcm rekod disiplin pulak...


2, Me
Pada tahun ini bermula dari January hingga hari ini..alhamdulillah tahap stress dapat ditangani..tugas2 yang diberi dapat diselesaikan satu persatu...lebih tersusun dan terancang...cuma sebagai Penyelaras Unit Biasiswa agak kalut sedikit dengan pelbagai bentuk tugas yang perlu diselesaikan. Meeting pertama di PPD pun belum ada lagi...so..kesempatan itu diambil utk kemaskini fail terkini.  Sebagai guru kelas..tugas macam2 kena buat pun alhamdulillah dapat disettlekan..wp kekadang terabai sikit perhatian terhadap anak2 tiri i ni...hehehe..Pada tahun ini kerja sekolah dah tak bawak balik umah dah..tak larat dah nak jeling n nengok..so..bila kat umah..just enjoy the moment with the kids...syukran2

3. Business
Alhamdulillah..walaupun masih tidak dpt beri 100% fokus kepadanya tetapi ilmu yang diperolehi itu disimpan
dan menjadi benteng ketahanan minda. Sindiran dan pandangan orang lain tak i kisah kerana mereka tidak memahaminya...hehehe...cuma masa dan pencapaian akan menjawab segala. And seminar keusahawanan sambil melancong ke Perth nanti akan i gunakan sebagai 1 ruang untuk semua aspek...peluang jangan disiakan..Ada dua faktor penarik yang menyebabkan i involve dlm business ini...pertama adalah berdasarkan ayat al Quran yang mengatakan bekalan dan benteng bagi supermum seperti i ini adalah  2 perkara iaitu iman dan harta. Atas dasar itu hati kuat tergerak utk menerima cabaran kerana hnya mereka yang sama seperti i yang tahu hikmah di sebalik ayat di atas...Dan faktor penarik kedua adalah...mengatur backup financial demi masa depan anak2..kita tdk perlu mengeluh akan ketentuan Allah..sebaliknya kita harus mecari jalan mengharungi likuan hidup..penuh redha dan insaf. Insyaallah...kan tiba juga rezeki besar itu...insyaallah.....

4. Tugas
Bermula hari ini akan sibuk marking paper Sejarah n Bahasa Melayu..begitu juga latihan dan persiapan bagi Pertandingan Pantun yang akan dijalankan di SMK Tasek pada 5/7 hb April 2011. Sebelum itu, pada tarikh 2 April 2011 pula dijemput untuk menjadi pengacara bagi Anugerah Sri Asrama Terbilang di SMK Seri Nibong....dan menyusul pada 13-17hb April akan berlepas ke Perth, Australia. Sebulan kemudian, 15/16/17 hb Mei akan ke KL bagi lawatan di bawah kerjasama Unit Biasiswa dan Unit Bimbingan dan Kaunseling..antara destinasi lawatan adalah Muzium Roti High 5, Karangkraf, Petrosains dan Aquaria..hmm..menarik tu...menyusul selepas itu pada 24-26 Mei akan ke Perak utk mengikuti kursus Penulisan Kreatif bagi menengah ata....memang meletihkan..tetapi yang pastinya....MENYERONOKKAN!!!!!


5. Penutup
Kla have to go now..semoga apa sahaja yang me n my kids lakukan adalah di bawah keberkatan dan kerahmatan dari Allah. Bersyukur padaNya meskipun pelbagai bentuk dugaan dan cabaran yang telah ditempohi..kami masih bersama dan mengumpul kejayaan demi kejayaan...moga Allah permudahkan segala urusan.



INAAO

Thursday, December 16, 2010

VEILS OF THE MORNING....;)

Salam..bertemu kembali di sini..fuuhhh...alhamdulillah kian selesai tugas yang agak "memberatkan" minda..tapi boleh dimaafkan cz first time marking...hehehe..so i got two more days to go..sebelum attending final meeting di SJ on this coming Sunday...selepas Tuesday..yeehaa...merdeka...merdeka with my kids..tak sabar nak round the island....hehehe...best jugak dapat tengok movie sekali sekali untuk hilangkan stress..anyway..an island tour tu dah pasti...

This morning i dapat call dari sekolah informing me yang senarai penerima biasiswa *** baru diterima. Masalahnya adalah sekarang ni time cuti..terpaksalah i buka register semua form untuk dapatkan phone number students...woooo...nasib i bawa my daughters..dapatla jugak diorang tolong permudahkan my work. Maybe esok pun have to go again to school untuk jumpa boss..hehehe...aaah...small matterla tu. 

Since balik dua anak dara ni..riuh sikit umah ni...seronok nak masak sebab dua2 kaki makan hahaha..tapi masa my Yaya saje yang tinggal haritu..kami asyik lunch kat luar je..sebabnye 2 3 hari setelah akak dia ke Selangor..masak sikitpun tak habis..so..lebih baik lunch kat luar je...now..rindu sangat pada Yaya...suara di phone tu sound like she was happy down there..alhamdulillah..moga akan jadi kenangan terpahat di hatinya.

Ada few things lagi urusan dan kerja rumah yang belum settle...akan diusahakan agar selesai sebelum sekolah dibuka..bukan ape..kekangan masa yang sebabkan jadual lari sikit..hehehe..yang pastinya kebun i kat depan tu dah penuh dengan warna warni..bunga sudah mulai keluar...tak sabar tul...satu terapi tu sebenarnya setelah penat bekerja ataupun dalam keadaan stress..hehe..saiz garden amat minima tapi kualiti pokok yang ditanam itu yang penting...dalam hati ada taman maa...

K la u guys..nak stop dulu ni..nak masakkan cucur udang untuk the girls..malam ni diorang overnite umah granny..ada cousin diorang balik dari KL..so..tinggal i dengan along je la..so apelagi ada sikit lagi nak abihkan keja tu...insyaallah selesailah menjelang esok thari...lepas tu baru boleh nikmati saki baki cuti..hehehe..to my kids..mum luvs u all..i pohon kepada Allah agar berikan suatu kehidupan yang kian kukuh dan baik dari masa ke semasa. Daa..take care.

Saturday, December 4, 2010

SUNSWEET...HEHEHE..

*Salam u guys..just coming back from Seberang Jaya. Hari yang agak meletihkan but sangat menarik..full of experiences...sangat berharga. Inipun sekadar  ringkasannye sahaja. This morning i melalui satu spot yang mengingatkan i pada seseorang..fuuhh..alhadulillah my spirit was still strong..hving a thought is not a sin..am i right..

* Petang tadi hujan...i cari Mat Nescafe je sesampai kat umah my sister di Prai..legaa..minum 1 mug panas..memang layann..itulah ubat mujarab setelah seharian menggunakan minda..so now i dah sampai kat umah..one mug of nescafe again..jap gi nak start balik buat keja...hope tomorrow is going to be more ok compared to today achievement...mudah-mudahan.

* My kids pun akan miss me around these three days..so be patient u guys..nanti kita cover up balik moment yang hilang tu..tadipun just belikan udang untuk masak as simple as i can..hehehe..nak kejar masa...maybe my yaya akan ke umah granny dia tomorrow morning..takut pulak ditinggalkan alone at home..hmm.

* Banyak betul yang i missed sepanjang hidup di rantauan dulu..yang nyatanya sesat di tempat sendiri..akan i cuba untuk explore tempat sendiri after settle marking paper..insyaallah. Lagipun..my situation sangat limited spaces n chances utk berbuat demikian..insyaallah setahun dua lagi..expertla dengan jalan2 di Penang ni...

* K la u guys...i letih sangat ni...so..jumpa lagi..nak rehat jap then sambung keje..sok pagi nak rush ke Seberang Jaya again...doakan i selamat dalam perjalanan pergi dan balik k...and to DIA..thank u for ur concern..MU. To my kids..mum luvs u..and to my angah n dida..bestla ye kat umah abah...hmm...tak ingat kat mak dah la ye..huhuhu....

Total Pageviews

visitors online