Showing posts with label ILMIAH. Show all posts
Showing posts with label ILMIAH. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN....

MENANGIS ADAKALANYA IA MENJADI SATU TERAPI WALAUPUN KEKADANG  IA AMAT MENYAKITKAN. DARI SUMBER RUJUKAN..MENANGIS MEMPUNYAI BEBERAPA KEBAIKAN ...SO..ENJOY THE MATERIAL K....

************************************************************


1 Menyahkan Zat Berbahaya dari Tubuh Badan
.
Menangis merupakan kaedah semulajadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia. Zat-zat kimia ini dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan.


2. Meningkatkan Kadar Degupan Jantung 

Menangis boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan , urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu.  Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.


3.  Membebaskan Racun dari Badan

Seorang ilmuwan Amerika, Arthur Frank mengatakan bahawa airmata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun daripada tubuh. Maka dengan menahan airmata bererti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan.  Secara fitrahnya, perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lealki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh  melalui tangisan


4.  Air mata mengangdungi  25% protein

Airmata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium.  Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia .  Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

SoLusi

Sunday, December 26, 2010

RaGaM StUDeNtS...DuLu DaN KiNi...so....sabar je laa...

SALAM N MORNING ..SO TODAY IM GONNA SHARE WITH U ON RAGAM STUDENTS YANG PELBAGAI..SANGAT TERHARU, GERAM, MELUCUKAN AND PELBAGAI RASA LAGI YANG BERCAMPUR BAUR..SO TUNGGU...

*************************

1. Menghargai...

This kind of students memang ada di dalam dunia persekolahan. Gemar sekali menghargai guru dalam apa jua cara dan bentuk. Antaranya, apabila ada di antara mereka yang lulus dalam subjek yang diajar seperti Bahasa Inggeris..maka itu adalah suatu pencapaian yang besar bagi mereka. So..based on my experience before..ada pelajar seperti ini yang sanggup datang ke rumah menghadiahkan sepasang kain dan juga sejadah...beserta buah-buahan kerana terlalu happy lulus dalam subjek yang begitu sukar bagi mereka.


2. Ringan Tulang.

Amat mengejutkan bukan bila sebahagian besar students yang ringan tulang ini adalah student lelaki. Namun terdapat juga student perempuan..hehehehe..Happy bila kita plan untuk mengemas bilik guru atau menyiapkan hiasan rumah sukan atau mengadakan open house sekalipun..mereka sanggup datang tolong memasak, menyusun kemas buku di rak dan duduk bersila menyiapkan hiasan ...happy and this kind of students selalunya digemari or disenangi oleh guru-guru


3. Sensitive...

Hehehe..pelajar kategori ini selalunya mahukan perhatian. Gemar melakukan kesalahan minor..tetapi..in the same time manja n mengada-ngada sikit bila dimarahi guru.. hehehe...Actually..they are closed dengan guru..cuma pendekatan dan tarikan itu agak kontra sedikit dari student yang lain yang lebih direct communication and reaction..


4.  Understanding.

Pelajar kategori ini adalah mereka yang benar-benar rapat dan bersama guru memahami dan memberi semangat kepada guru. Ada one of my students..yang sanggup jaga my youngest kid sewaktu i mengadakan kelas tambahan..and..menangis bersama bila tahu i berada dalam kesusahan...dan ini amat mengingatkan i pada student i name Shahrul Fasehah..sangat understanding..n..hope shes doing well in her life now..


5. Optimistic

Memang ada student yang sangat optimistic dalam diri sendiri..tidak suka mengikuti pada sesuatu term atau syarat. Bebas mencari info and knowledge..but in the same time they are really good in academic achievement..kelemahannya..ialah pelajar ini selalunya cepat bosan in class..then tidak begitu gemar terikat dengan prosedur sehingga ada sedikit membangkitkan kemarahan guru...anyway..their IQ totally tiptop..


Konklusinya

So inilah 5 kategori students yang sering ditemui dalam tempoh i terlibat dalam profesion perguruan..mungkin ada lagi classification yang lain..tetapi memadailah 5 yang di atas..and it was so grateful bila kita disayangi oleh para pelajar..dan..moga Allah memberikan laluan mudah dan luas buat mereka. To my students di BERA dahulu...you are always in my heart..and to my new students in SMKSA..we still need more time to get to know to each other well....so..fikir2kan di mana kategori diri anda berada..... hehehehe...


Cikgu Ina

Thursday, December 2, 2010

HUMAN THOUGHT BASED ON COLORS....

*Salam n selamat pagi..pagi yang tenang..actually..baru sahaja selesai mengemas rumah n sedang menanti masa untuk Yaya pergi tuition...hmm...Along sedang menduduki paper Physics..my Angah n Dida still  di KL..so..tinggallah kucing sekor si BABY bermata biru ni buat kawan..hehehe...well guys..jom kongsi bersama bahan presentation oleh salah sorang of my collegues during Book Review Presentation tempohari. Its about colours describing our mind n thought.

* Ada 6 warna semuanya di mana setiap warna ini melambangkan corak pemikiran setiap individu yang bernafas di dunia ini. Anyway..sejauhmana kebenarannya amat subjektif untuk kita  mengukurnya. PUTIH, MERAH, HITAM, KUNING, HIJAU DAN BIRU...adalah 6 warna yang mewakili corak pemikiran individu.

* PUTIH [WHITE]

merupakan warna neutral. Warna ini memberi deskripsi bahawa pemikiran individu kategori ini adalah mereka yang mementingkan fakta atau maklumat semata-mata. Individu yang kurang mempunyai keupayaan untuk melenturkan perasaan mengikut sesuatu keadaan atau ketika.

*MERAH [RED]

pemikiran individu kategori ini adalah berlandaskan perasaan iaitu emosi dan inituisi. Pemikiran wujud kesan dari gerak hati. Ketenangan , kemarahan dan kesedihan terbentuk dari apa yang dirasakan oleh gerak hati. Sangat sensitif dan sangat optimistik..tetapi..kesemuanya based on internal strengthness.

*HITAM [BLACK]

deskripsi pemikiran individu kategori ini adalah negative. Merangkumi kelemahan keburukan dan kecacatan.
Sangat pesimistic sama ada terhadap diri sendiri mahupun kepada orang lain dan persekirarannya.

*KUNING [YELLOW]

Individu kategori ini adalah mereka yang berfikiran positif, sentiasa memikirkan ke arah kebaikan dan sentiasa memikirkan faedah dan keistimewaan sesuatu idea yang lain. Positif pada diri sendiri dan juga pada orang lain dan persekitarannya...boleh dikatakan bersifat menghargai.

*HIJAU [GREEN]

Kreatif..itulah sifat pemikiran individu kategori ini. Pemikiran kreatif ,sentiasa punyai percambahan idea dan bersifat rekacipta dan sentiasa mencari idea-idea baru.

*BIRU [BLUE]

This colour is actually satu bentuk pemikiran yang mengawal kesemua warna pemikiran yang di atas tadi. Pemikiran yang bersifat kawalan. Kawalan di sini bermaksud satu bentuk pemikiran yang berfungsi untuk berfikir, membuat rumusan dan seterusnya membuat suatu keputusan terbaik antara options yang sedia ada.

* So..itulah antara pengetahuan ilmiah yang dapat kita kongsikan bersama. Sometimes kita tidak mengambil serius tentang pengetahuan seumpama ini..tetapi tidak salah jika kita jadikannya sebagai salah satu koleksi pengetahuan untuk memberikan variasi dalam kehidupan kita. So..dont take it too hard k...


*K la have to stop now..moga happy lalui kehidupan n  sayang to all selected people in my life k..daa.

Total Pageviews

visitors online