Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

...CINTA 3 DIMENSI...

BOSAN
...Lambang Jiwa yang Longgar...


Ungkapan 'BOSAN' sering diucapkan sama ada dalam keadaan kita sedar ataupun sebaliknya. Sesuatu perkara itu jadi membosankan apabila ia menjemukan pada suatu ruang waktu yang tertentu.

Masa juga boleh menyebabkan kebosanan apabila kita tidak dapat memenuhi ruang waktu itu dengan baik. Juga pabila kita tidak da patmengisi keadaan itu dengan apa yang kita inginkan. 
Biar bagaimanapun kita menafikan 'kebosanan' ini, namun ianya adalah hakikat yang dilalui oleh setiap insan.

Apabila ucapan 'ermm..boringnya..' diluahkan maka ia sebenarnya melambangkan jiwa seseorang itu. Jiwa yang longgar atau jiwa yang kosong akan sering merasakan kekosongan. Merasai kehilangan ataupun kegagalan harapan yang tinggi kerana mahukan waktu itu diisi dengan apa yang mereka mahukan  akan menyumbang kepada kebosanan.

Kebosanan juga wujud lantaran rasa  keterpaksaan. Melakukan sesuatu dengan cara keterpaksaan membuahkan kebosanan lantas faktor ini akan membuka ruang kosong dalam jiwa dengan lebih besar lagi. Hal ini juga turut membawa emosi yang tidak bertepi dan ada kalanya ucapan bosan itu juga mampu membuat orang yang mendengarnya berkecil hati.

Membiarkan ruang kosong yang ada dalam jiwa mekar dan sarat dengan ingatan duniawi semata-mata akan menambahkan lagi kebosanan itu.
'
Oleh itu, usah biarkan istilah bosan menjadi raja di hati dan juga menjadi rutin di bibir. Jangan biarkan kita bosan hanya kerana ruang waktu itu tidak dipenuhi dengan apa yanga kita inginkan. Penuhilah ruang itu dengan melaksanakan apa yang disukai-Nya maka hilanglah kebosanan yang wujud.

Jiwa kita yang dipenuhi dengan ruang mengingati Allah  SWT akan menjadikan kita sentiasa dipenuhi dengan ikatan kasih dan cinta kepada=Nya.

Dengan mengingati Allah sepanjang waktu tidak akan membuahkan kebosanan bahkan membawa seseorang itu pada kebahagiaan yang hakiki.


nazlinaao
dipetik dan diubah suai dari hasil coretan
DR. AZHAR BIN HAJI SARIP
ING EMOSI. SPIRITUAL NLP TRAINING.

Sunday, December 25, 2011

OK KE TAK OK...HMM

Malas adalah musuh utama manusia untuk bergerak maju. Apakah anda malas, seorang pemalas? Jika ya, pastikan anda buang sifat itu kerana si pemalas tidak mungkin seorang yang berjaya dalam hidupnya.Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri, ' Aku ni okey ke?' Kalau tidak, apa kata tanyalah diri anda sekarang. " aku ni ok ke pada pdgn mata aku atau mata orang lain?"

Sebagai manusia , kita mempunyai dua hati: Hati kecil dan Hati besar. Yang selalu membohongi kita ialah hati besar kita. Yang cakap besar, perasaan membesar-besarkan diri itu datangnya dari hati besar. Manakala, yang selalu mengeluh dan menyatakan keadaan kita yang sebenar itu datangnya dari hati kecil.

Bila orang puji kita, kita pun kembang, itu hati besar yang berbangga.Kadang-kadang orang puji kita sebab tujuan tertentu sahaja. Sebab itu kadang-kadang kita terfikir 'Eh betul ke dia puji aku ni. Ikhlas ke dia tu, sebab aku ni taklah ok sangat seperti yang dikatakannya.' Pertanyaan ini datangnya dari hati kecil .

Oleh itu  sama-samalah kita tanyakan diri kita sendiri, 'Kita ni okey ke?' Dan jawablah dengan hati kecil, hati yang jujur dan ikhlas

Hasil tulisan DR HM TUAH ISKANDAR 
diubahsuai oleh NAZLINAAO

Thursday, December 22, 2011

DI SAAT KU MENCINTAIMU..

TUGAS KITA BUKAN MELIHAT APA YANG JAUH DI HADAPAN TAPI LAKUKAN YANG TERBAIK DENGAN APA YANG BERADA DI TANGAN.

Kita tidak  dapat menduga dan meneka tentang misteri ketentuan yang ditetapkan oleh Allah swt. Hakikat inilah yang seharusnya kita pelajari sebagai contoh seseorang yang sihat tubuh badannya, tiba-tiba menjadi lumpuh tidak dapat bergerak.Dan ada pula yang hidupnya yang gelap, tanpa disangka-sangka menjadi gemerlapan. Begitulah hitam putih hidup manusia tidak dapat dijangkau dengan mata, fikiran dan rasa. Oleh sebab itu, pesan orang-orang tua " Janganlah bila mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan kerana kita harus mengambil sikap bak kata pepatah berhati-hati pabila semakin tinggi pokok yang dipanjat, semakin kuat angin yang menjulang.

Barangkali  pasti ada kekuatan yang boleh membakar daya juang untuk terus bersemangat pada ketika yang begitu genting dalam perjalanan hidup seseorang. Jawapannya adalah..jangan panjang angan-angan. Manfaarkan masa yang ada dan teruslah bekerja dalam waktu-waktu kritikal itu dengan segera. Kita tidak harus disusah-susahkan oleh angan-angan tentang masa depan yang jika dibayangkan pada masa sekarang akan membuat kita muram.

Kita harus merancang dan bekerja dengan apa yang ada di tangan, tanpa bimbang akan hal-hal yang tidak menentu atau terbayang dalam angan-angan. Yang di tangan itulah realiti kehidupan. Kita tak mungkin hidup dalam dua alam yang samar- iaitu masa lalu yang memori dan masa depan yang ilusi. Hidup sebenar ialah hari ini yang realiti. Pengalaman hidup banyak mengajar kita bahawa adalah tidak wajar buat kita meneka-neka atau menjangka sesuatu yang tidak pasti sama ada baik atau buruk. Jika kita mengangankan yang baik, kita akan menjadi over confident. Jika kita hanya mengangankan yang buruk, kita akan jadi pesimis. Kedua-duanya akan memusnahkan.

Oleh sebab itu, untuk mendapatkan ketenangan pada saat-saat kritikal dalam hidup ialah: Usahlah dikhuatiri hari esok, jangan bimbangkan hari semalam . Susunlah jadual hidup harian dan ikutilah dengan tenang. Hidup umpama membaca lembaran-lembaran daripada sebuah buku yang sangat tebal. Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang mood untuk membacanya. Tetapi bacalah dari muka ke muka seterusnya hingga ke tiba penghujung dengan sabar di mana ilmu yang dihidangkan juga dapat dihadamkan dengan mudah.

Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak henti-henti. Hukum alam menetapkan bahawa yang tidak berubah hanyalah perubahan. Oleh kerana itu, adalah satu kerja gila jika kita hendak menyelesaikan 'masalah-masalah' masa hadapan yang hakikatnya belum berlaku  Hidup adalah perubahan yang tidak henti-henti. Jangan cuba mengawal semua perubahan kerana yang hanya mampu mengawal adalah DIA. Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban masa depan, lalu dipikul bersama masalah pada hari ini. Hidup ini mesti ditangani dengan mudah. Namun, ini bukan sebagai alasan untuk mempermudah-mudahkan hidup, cuma..take it easy.



Diubahsuai daripada hasi penulisan:
PAHROL MOHD JUOI
DI MANA DIA DI HATIKU?

NAZLINAAO

Monday, August 8, 2011

LUV URSELVES K...MASYUKK!!

TAFAKUR BUKAN HANYA MEMBUKA BELENGGU TEKANAN, BAHKAN IA DAPAT MEMBEBASKAN DIRI DARI PELBAGAI JENIS PENYAKIT SOSIAL DAN GANGGGUAN EMOSI. TEKNIK TAFAKUR YANG DIPERKENALKAN BOLEH DIAMALKAN OLEH SETIAP LAPISAN MASYARAKAT. 

KELBIHAN TAFAKUR /MEDITASI

1. Membuka dan menjernihkan firkiran dan akhirnya membawa kita kepada pencerahan. Keadaan itu diperoleh melalui satu proses yang membawa ketenangan dalam diri.

2. TAFAKUR melatih serta memotivasikan kita agar mencapai tahap disiplin diri yang tinggi . Ini kerana kemurniaan jiwa adalah hasil daripada fikiran yang jernih. Tafakur kesihatan merupakan  kegiatan yang melibatkan jiwa dan fikiran.

3. Tafakur juga merupakan satu proses mencapai keadaan meditatif. Meditatif dalam kehidupan seharian akan merubah kehidupan kepada positif. Ia membuat kita lebih tenang dan segalanya seolah-olah berjalan dengan baik tanpa tekanan . Ini kerana tafakur menghadirkan ketenangan dan kedamaian pada fizikal, mental dan rohani.

4. Seorang yang mengamal tafakur ini mampu mengendalikan diri dengan baik, mempunyai sifat keperibadian yang mengagumkan, mempunyai fizikal yang sihat, pandangan yang luas dan tajam, kekuatan emosi, mental mahupun rohani. Latihan tafakur ini membantu mencapai kesihatan, kedamaian dan kebahagiaan dalam kehidupan kita.

5. Tafakur kesihatan juga dianggap sebagai terapi penyembuhan kerana ia amat berguna untuk mencegah dan menyembuhkan beberapa jenis penyakit antaranya adalah kencing manis dan darah tinggi. Ia juga dapat menghilangkan penyakit fikiran seperti gelisah, waswas, cemas dan kurang semangat.

Tafakur atau meditasi adalah dipercayai dapat menambahkan pengeluaran hormon Melatonin yang dikeluarkan daripada kelenjar Pineal di dasar otak. Hormon ini amat diperlukan untuk tidur berkualiti, menjaga serta mengedalikan jam semula jadi tubuh serta mengawal kadar kemasukan cahaya matahari oleh mata. Hormon ini juga didapati sebagai suatu rawatan pencegahan dan pemulihan kanser.

Dr azhar Hj Sarip
Nazlinaao
Mingguan Wanita

Monday, July 11, 2011

DI SISIKU ADALAH "DIA"...ALHAMDULILLAH..

Pengorbanan menggambarkan suatu tindakan yang disengajakan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara melepaskan satu peluang atau perkara yang lain.  Pengertian korban ini yang biasanya diungkapkan dalam bentuk kata kerja dan bukan kata sifat adalah bermaksud tindakan seseorang insan dalam memperolehi sesuatu peluang dengan melepaskan peluang terhadap sesuatu.......

KORBAN adalah satu tindakan yang melibatkan kepada jiwa, harta, masa dan usaha. Ia dilakukan oleh insan dalam mencapai sesuatu kehendak peribadi. tanpa mengorbankan rukun kehidupan  yang utama.


NANTIKAN SAMBUNGANNYA  YA...HAHAHA

Wednesday, June 22, 2011

EMPTY NEST.....

Salam...sewaktu membeli majalah HARMONI baru-baru ini..tertarik saya pada satu isu yang dikongsikan iaitu tentang EMPTY NEST...so the article sangat menyentuh .especially for parents yang anak2nya kian membesar dan membawa haluan demi mengejar cita-cita dan kerjaya.Nantikan my coretan ...

Apa itu Empty Nest?
Ia diibaratkan  fenomena biasa dalam kitaran hidup pabila anak-anak sudah dewasa dan meningkat usia. Ibu bapa sendiri yang akan menggalakkan  anak-anak keluar dari rumah untuk hidup berdikari. Keadaan ini dianggap suatu kejayaan  kepada ibu bapa. Inilah yang diistilahkan dengan "empty nest"atau "sarang kosong"


TIPS UNTUK HADAPI 'EMPTY NEST'

FOR PARENTS

1. LAKSANAKAN HIDUP BARU
 Gunakanlah waktu ini untuk memenuhi segala impian dan keinginan yang tertunda selama ini. Isikan dengan aktiviti kemasyarakatan, riadah  dan mencari hobi baru.




2. HIDUPKAN SEMULA KASIH SAYANG
Bina semula hubungan bersama pasangan.

3. BINA SEMULA HUBUNGAN KELUARGA
Inilah masanya anda membina semula hubungan anda dengan saudara mara atau jiran terdekat kerana keadaan anda selama ini tidak mengizinkian anda memnpuk hubungan mesra bersama mereka. 


4.KEROHANIAN
tingkatkan amalan kerohanian anda dan mendekatkan diri dengan Allah

5. KHIDMAT SUKARELA
Curahkan khidmat bakti anda dengan menjadi sukarelawan terhadap perkara yang anda gemari


FOR THE KIDS.


1. SENTIASA BERHUBUNG
sentiasa berhubung dengan ibu bapa untuk bertanya khabar.

2. SEDIAKAN KEMUDAHAN
Galakkan ibu bapa anda menggunakan kemudahan facebook, twitter dsbnya untuk berhubung dengan anda

3. MENZIARAHI
Cari sedikit masa untuk balik dan menziarahi mereka sekiranya anda tinggal berjauhan.

4. BAHAGIAKAN IBU BAPA. 
Jadilah anak yang dapat membahagiakan kedua ibu bapa terutamanya bagi anak lelaki. Tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua ibu bapa tidak pernah putus sekalipun telah mempunyai keluarga sendiri.


pengubahsuaian oleh;

NAZLINAAO
tulisan Dr Jariah
HARMONI /JUN




Monday, May 30, 2011

TAPI BUKAN AKU....

"Membela orang yang dicintai adalah suatu tindakan mulia..Cintailah kekasihmu sekadarnya , siapa tahu dia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti...Dann..bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti" -Sayidina Ali Bin Abi Talib


Etika berkawan dan berlawan

Tiap daripada kita berada di antara dua macam manusia, iaitu kekasih yang mencintai dan musuh yang membenci. Hati kita akan terasa lebih dekat dengan golongan yang pertama dan terasa jauh di kalangan golongan kedua. Namun, terdapat garispanduan cinta dan benci yang kita turuti sebagai seorang muslim.

Prinsip terpenting yang menjadi asas kedua-dua etika ini adalah 'keadilan' (moderate). Islam melarang kita melampau dalam mencinta dan membenci sehingga membutakan mata kita daripada melihat kebenaran.

Kebencian Melampau

Apabila kebencian kita melampau garis, kita akan hidup dalam deraan psikologi yang sangat menyeksa. Setiap kali mendengar nama orang yang kita benci itu disebut, fikiran kita menjadi keruh . Jika seseorang memujinya, hati kita seolah-olah terbakar.

Hati dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali melihat orang yang kita benci itu, melakukan atau mengucapkan sesuatu. Kita sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik.

Kita akan dapat menerima kenyataan bahawa setiap orang memiliki kelebihan walau sekecil manapun, kita lebih tidak boleh menerima jika orang lain mengetahui kelebihan itu. Pada  tahap yang lebih parah, kita bukan hanya membenci orang yang kita benci itu, malah turut membenci setiap orang yang ada bersamanya.

Saban hari, semakin bertambah bilangan orang yang kita benci. Dan saban hari juga, semakin kurang bilangan orang yang boleh kita percayai. 

Kebencian yang berlebihan hanya akan merosakkan diri sendiri .  Oleh sebab itu, " Bersederhanalah dalam mencintai dan moderatelah dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai . Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci. " 

Semoga Allah dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya. Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang ditimpakan oleh Allah kepada hambaNya di muka bumi ini....


UMAR M NOOR /SOLUSI/MEI 2011
Diubahsuai oleh INAAO




Sunday, May 8, 2011

tIKA cINTA BErTASbIH....

SALAM DAN HAPPY MOTHER'S DAY BUAT SEMUA IBU YANG TIDAK PERNAH LUNTUR KASIH SAYANG DAN PENGORBANAN BUAT ANAK-ANAK. DAN DIRI I JUGA SANGAT TERUJA MELALUI HARI BERMAKNA INI BERSAMA ANAK-ANAK TERSAYANG. THANKS U KIDS FOR COLORING MY SKECTHES OF LIFE..
********************************************************

1. Kasih sayang.
Setiap insan di mukabumi ini memerlukan kasih sayang sebagai makanan dan pengisian jiwa. Kekadang Allah memberikan kasih sayangNya kepada kita..tetapi dalam situasi yang amat menyakitkan. Itulah dugaan namanya. Sebagai insan, kita seharusnya menghargai rasa kasih itu. Tetapi tiada guna juga andai dicalarkan dengan sempadan  nista dan prasangka. Berterimakasih saja padaNya kerana dapat merasa walaupun bisanya mengguris hati. Sarat hati kita andai menyimpan kasih tapi diheret kemelut curiga dan duka.

2. Ketenangan.
Sangat dicari dalam kehidupan insan. Meskipun terlalu sukar untuk mempertahankan rasa tenang itu, namun sebagai insan kita punyai pilihan untuk mendapat dan merasainya. Lantaran itu, adakalanya kita terpaksa membuat pilihan untuk menikmati ketenangan abadi itu. Biarlah... walaupun kekadang  pilihan itu tidak menyebelahi kita, namun kita tidak merasakan ditikam oleh bisa tekanan. Minda perlu sihat n bahagia untuk mengharungi kehidupan. Keupayaan kita sebagai insan n hambaNya terlalu terhad..maka..berserahlah kepadaNya dan memohon agar pilihan itu  adalah terbaik buat kita meskipun dahulu kita sangat bahagia dengan keadaan itu..

3. Kebahagiaan
Terlalu subjektif untuk dinilai. Kebahagiaan dirasai, diterima dalam pelbagai cara. Bersyukurlah kerana dalam laluan dan likuan hidup selama ini, aku masih dapat teguh berdiri. Adakalanya diuji namun sebagai insan yang punya maruah diri tentu aku akan lebih bertanggungjawab atas kehidupan yang dilalui kini. Perih keringat mengharungi hidup lebih baik dari airmata dan sakit hati dilempar prasangka.  Inilah kehidupan aku..takkan aku berganjak lagi..wp mungkin akan ada kebahagiaan yang menghampiri..cukup buat aku berfikir berjuta kali...hingga Allah memberikan detik hati insyaallah akan terbuka jua pintu hati..pengalaman telah mengajar..detik hati itu adakalanya memakan diri dan menyakitkan.

4. Kemaafan.

Seumpama tidak bermakna kata maaf itu bagi sesetengah insan. Bila maaf dapat diucapkan kian kali, ia umpama tidak bernilai dan tiada keikhlasan lagi. Sebagai insan, maaf dapat dibezakan dan dimengertikan dari rentetan peristiwa yang terjadi di belakang tabir. Perlukah kemaafan itu andai hati kita telah terguris? Bila mana kita tidak tahu apa lagi nilai maaf itu..perlukah dipedulikan dan dipertimbangkan.? Sudah cukup dewasa dan dapat membaca situasi n tingkah..sekadar membuang masa memikirkan ..lantas segala yang istimewa tersimpan menjadi layu dan basi dijamah usia waktu...biarlah kemaafan itu memperoleh jawapan tersendiri..perjalanan waktu itu tidak lagi bermakna ....maka lupakan dan maafkan drama kehidupan yang telah melanda hidup kita sebelum ini...


INAAO080511

Monday, April 4, 2011

KEMAAFAN YANG MENYAKITKAN

MEMAAFKAN ORANG LAIN BERERTI MEMAAFKAN DIRI SENDIRI ..HIDUP TERLALU SINGKAT UNTUK MEMBENCI ..SUCIKANLAH HATI MENCARI ILLAHI..

....selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain...itu petanda kau sendiri tidak bahagia.  Pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuhmu' bahagia. Walaupun pernah disakiti mereka.  Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu...

....kita bukanlah malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan.  Namun, ada ketika-ketika yang kritikal untuk kita bertahan dan katakan..tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Mungkin sahaja 'musuh' yang pandai bermuka-muka akan terus dijulang sebagai wira..dan hamba sejati yang mempunyai 'hati emas' akan terus dihenyak sebagai mangsa hiba dan cela...

..sedarilah yang tercabar bukan harga dirimu, tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Tidak akan luput dan dapat dicabut oleh orang lain.  Usah bimbang jika tidak dihargai, tetapi bimbangkanlah jika benar-benar kita tidak berharga.  

...mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain.  Langkah pertama itu ialah memberi maaf.  Namun, terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf.  Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata nista..

...masih terbayang segala tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang bersalah' itu terasa begitu menyakitkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri..Biarlah 'dia' ketawa sepuas-puasnya..beban rasa ini biarlah aku lepaskan...tidak akan kubawa dalam safar kehidupan yang pendek ini...

...wahai diri ingatlah ..segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua..Jika datang orang menghadiahkan mu airmata...ALLAH sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'...Jika kau disakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti redha....





inaao
Pengubahsuan hasil tulisan Pahrol Mohd Juoi..
"Di MANA DIA DI HATIKU?"

Thursday, March 17, 2011

SERIBU TAHUN TAK AKAN MUNGKIN....

WAJAH RAHSIA HATI


Salam bertemu kembali pada coretan kali ini. Lebih menyentuh kepada soal bagaimana terkesannya pandangan kita pada suatu renungan, wajah dan situasi yang dapat menjadikan diri kita berada dalam keadaan tenang dan selesa. Persepsi kita terhadap orang yang kita temui bergantung kepada wajahnya.  Daya tarikan pada wajah seseorang itu bukanlah hanya kepada kecantikan  semata-mata.


Meskipun wajah orang di sekeliling kita bebeza tetapi perasaan terhadap seseorang itu lahir dari dalam sanubari kita . Apabila kita bertemu dengan seseorang, kita akan membuat nilaian menerusi perasaan kita terhadapnya. Seperti suka, rasa mesra, segan-silu, manis, lembut, ayu, sombong dan sebagainya. Apakah yg mempengaruhi perasaan kita terhadap seseorang? Ada beberapa rahsia untuk mendapatkan wajah yang menyenangkan  orang yang melihat kita antaranya:


1. Niat yang ikhlas
Dalam semua perkara yang dilakukan kita perlu memasang niat.Secara saintifiknya, orang yang berniat baik dan ikhlas ini mengeluarkan tenaga dalaman positif yang terpancar melalui getaran atau gelombang yang hanya akan dirasai oleh gerak hati atau intuisi.Aura yang positif akan dirasai oleh mereka yang mendampingi kita dan aura itu terletak pada menarik, bersih, lembut, manisnya wajah yang memancarkan ketulusan niat hati di dalam.


2. Senyuman
Senyuman yang tulus ikhlas dapat menghangatkan  jiwa yang menerimanya.  Ia boleh menjadi penawar dan ibadah, malah turut menceriakan dan memaniskan penampilan kita.  Senyuman adalah penawar kepada penyakit rohani dan dengan senyuman dapat mengeluarkan endorphin dalam badan yang mampu menimbulkan rasa lega, selesa dan ceria. Ini akan meresap ke dalam kalbu yang paling dalam.


3. Wajah ceria.
Rasa senang dan bahagia yang datangnya dari lubuk hati yang bersih dan suci lantas akan dapat menimbulkan wajah yang ceria. Ia merupakan satu kebaikan yang perlu diberikan perhatian kerana wajah orang yang ceria dapat menghiburkan orang lain.


4.Kata-kata yang menyenangkan.
Manusia sangat senang dengan kata-kata pujian dan penghargaan kerana ia dapat memotivasikan orang yang menerimanya. Ucapan yang baik dengan penuh kemesraan dapat memikat hati orang yang mendengarnya. Oleh itu, rahsia orang yang hebat ialah apabila dia dapat mengeluarkan kata-kata yang menyenangkan hati orang lain.


5. Penampilan yang menarik.
Persepsi orang yang melihat kita banyak bergantung pada pakaian dan penampilan kita. Manusia sangat senang dan suka kepada kecantikan. Oleh itu pemilihan pakaian dan penampilan diri yang sesuai adalah penting supaya orang akan merasa senang apabila melihat kita.


Kesimpulan
Kita mampu untuk membuat orang senang melihat wajah kita jika kita berusaha mengubah diri menjadi yang terbaik. Kemantapan dari segi fizikal, emosional dan spiritual harus seimbang supaya kita disayangi Allah dan berjaya menawan hati orang.  Jika kita memberikan kebaikan, kita juga akan menerima pulangan yang sama iaitu kebaikan


INAAO
Diolah dan diubahsuai dari penulisan Hj Zainuddin Ali - SOLUSI

Thursday, February 10, 2011

MANAGE OUR ANGER SECARA AMALI PULA....AMIN

12 TIPS MERAWAT MARAH SECARA AMALI...JOM SHARE..;-P

******************************************************************************

1.  Baca ta'awwuz

     Apabila datang marah, banyakkan membaca ta'awwuz .  Berlindunglah kepada Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

"A'uzubillahiminashaithanirrajim"


2. Mengubah posisi 

Ketika marah ubah posisi anda kepada yang lain. Contohnya, andainya tika marah anda sedang berdiri maka ubahlah posisi dan cuba duduk pula. Jika tidak berkesan juga, maka tidurlah barang seketika kerana tidur dapat meredakan api kemarahan.


3 Mengambil wuduk

Ambil wuduk kerana dengan berbuat demikian, api kemarahan dapat disejukkan.


4 Diam

Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah selamatkan kita daripada marah.


5. Banyakkan berzikir

Banyakkan berzikir agar dapat mengajak diri kepada mengingati Allah sebagaimana maksud hadis berikut:

" Ucapan yang paling baik yang disukai Allah ada empat perkara, tidak berat kepadamu untuk mengucap bila-bila sahaja iaitu " Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illah dan Allahuakbar" (Riwayat Muslim"


6.  Menyebut Asmaul Husna.

Sambil berzikir dengan nama-nama Allah, kita memohon semoga Allah mudahkan kita memaafkan orang. dilembutkan hati, sentiasa bersabar serta disayangi Allah dan makhluk yang lain.


7. Melakukan amalan seperti antaranya:

*solat taubat
*Membaca al-Quran
*Berpuasa sunat


8.Minum Air dan berdoa

Ada orang yang minum air zamzam dan air yang didoakan oleh ulama.  Wp begitu, hati kita perlulah meletakkan harapan sepenuhnya kepada Allah keran Allah jua yang berkuasa sepenuhnya dan yang memegang hati hambaNya.


9. Mengawal pernafasan

Pernafasan berkesan dapat mengawal sifat marah.  Kehadiran oksigen di dalam otak dapat mengurangkan keamarahan.  Caranya, cuba bernafas dengan cara berimpak, menrik nafas melalui hidung dengan tujuh kiraan.  Tahan sampai kiraan 14, kemudian lepaskan melalui mulut atau hidung secara perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 10 kali.  Tubuh yang kaya dgn oksigen akan dibawa oleh darah ke kepala dan ini akan membawa kepada ketenangan/


10.Menjaga diet pemakanan.

Makan makanan seperti sayuran, buah-buahan, yang tidak punyai bahan pengawet dan banyakkan makan daging putih


12. Kegiatan fizikal

Lakukan kegiatan fizikal sewaktu suhu naik, contohnya buat perenggangan seperti beriadah (bersenam)


13. Ubah kepada aktiviti lain

Lakukan aktiviti lain untuk lari daripada suasana yang merangsang marah seperti mendengar lagu dan muzik, melihat sekeliling , memerhatikan orang yang lalu lalang atau apa sahaja agar reda marah.  Pandanglah apa yang ada disekeliling kamu dengan penuh merendah diri dan ubudiyyah kepada Allah.Insyaallah hati kita akan tenang.





INAAO2667
SoLusI
Dr Hj Mohd Fadzilah Hj Kamsah



Saturday, February 5, 2011

TANGANI MARAH...

Sifat marah itu kebanyakkannya berkaitan dengan sifat sombong (ego).   Lagi besar ego seseorang ,,maka lagi besarlah kemarahannya...Begitu juga berkaitan dengan kedudukan seseorang, lagi tinggi kedudukannya, besar pangkatnya, banyak hartanya, agak berpengaruh dan ramai pengikutnya, maka selalunya lebih tinggilah egonya, maka akan menjadilah sifat marahnya.


"MARAH ITU PENYAKIT ROHANI YANG MEMBERI KESAN PADA JASMANI .  SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI TUA DAN MATI. CARILAH UBAT MARAH"


  • Namun tidak semua orang yang dikategorikan di atas menjadi pemarah dan punyai sifat ego yang tinggi. Ada di antaranya yang  bertambah syukur dan tawaduk kepada Allah. Tetapi jangan terkejut kerana ada juga orang yang tidak mempunyai apa-apa yang mempunyai keegoan yang tinggi


Setiap kelemahan dan kesilapan manusia ialah ujian untuk kita.  Allah mahu melihat kesabaran kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un". Marah adalah gerakan nafsu diri, seketika meluap darah ketika berlaku desakan nafsu untuk mempertahankan diri atau untuk melepaskan dendam


Kemarahan itu tidak boleh timbul dan tidak dapat ditahan pada tempat dan waktunya.  Namun apabila kemarahan timbul dan tidak dapat ditahan dengan akal yang waras, ia akan menjalar tidak ubah seperti api yang membakar darah yang naik laksana wap menyelubungi hati dan akhirnya menyebabkan hilangnya cahaya kejernihan daripada fikiran.Pintu akal seolah-olah tertutup, fikiran tersentak dan memutuskan segala idea serta hilangnya segala pertimbangan.



So u guys..sedikit perkongsian tentang bagaimana timbulnya kemarahan dalam diri kita sebagai manusia...so on next writing..i akan jot down few tips on how to overcome our anger secara ilmiah...so tunggu k..



INAAO2667
Ubahsuai daripada hasil penulisan Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
SOluSi

Sunday, January 30, 2011

WAAAA....ATASI RASA NGANTUK DI TEMPAT KERJA..HEHEHE....

Rasa kurang cergas, mengantuk dan kelesuan adalah antara masalah biasa yang dialami di tempat kerja terutamanya selepas waktu rehat ataupun pada waktu tengah hari....Situasi ini akan menyebabkan fokus dan produktiviti kerja sedikit terjejas.Gaya hidup , tabiat pemakanan dan cara kita mengawal minda serta emosi sebenarnya banyak mempengaruhi tahap kecergasan diri.So..di bawah adalah beberapa tips untuk mengatasi rasa mengantuk...insyaallah.


1. Sarapan walaupun tidak merasa lapar.


Individu yang bersarapan akan merasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal berbanding dengan mereka yang mengabaikannya. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingsom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon yang menyebabkan tekanan.


2. Makan Setiap tiga hingga empat jam dalam kuantiti kecil

Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah.   Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa.  Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga.


3. Minum air dengan banyak


Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat.  Ini akan menyebabkan kita menjadi penat...Rasa mengantuk terutamanya selepas makan tengahari menandakan  kurangnya oksigen  sampai ke otak. Oleh itu, minumlah air kosong dalam kuantiti yanga banyak....8 gelas sehari.


4. Segarkan semangat anda


Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental.  Kebiasaannya, keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat  untuk melakukan sebarang perkara. Keletihan fizikal akan hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. namun keletihan mental atau stres akan berlarutan selagi ia tidak ditangani..Kegembiraan akan automatically menjadikan otak dan badan terasa lebih bertenaga dan cergas.


5.  Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku di hati.


Keluhan hanya akan beri kesan negatif kepada semangat kita.  Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan  tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah. So..luahkan sama ada bercerita dengan sesiapa yang boleh dipercayai atau coretkan atas kertas..agar ringan segala apa yang bersarang di minda.


6.  JANGAN pandang rendah pada diri sendiri


Cari kelebihan diri dan gunakan ia sebagai perangsang semangat utnuk menjalani hidup dengan lebih baik.  Didik diri menjadi pemaaf kerana sikap ini sebenarnya memberi kesan positif terhadap minda dan emosi kita.


7.  Amalkan teknik pernafasan yang betul


Apabila kita berada dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi  cepat dan pendek. Akibatnya, tubuh akan mengalami kekurangan oksigen.  Kesannya, tubuh anda akan bersa cepat letih dan lesu. So..tarik nafas dalam-dalam , tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan dalam ulangan 10 kali



Demikianlah antara  tips untuk menangani masalah mengantuk di tempat kerja...ada di antaranya termasuk juga tidak mengambil minuman yang berkaffein..as for me..beberapa sachet Nescafe 3 in 1 adalah paling berkesan membangkitkan semangat dan aroma tika diri dilanda stres atau rasa ngantuk..hehehe...moga mendapat  kebaikan darpadai bahan di atas yang saya petik dan ubahsuai dari artikel asal dalam Majalah Keluarga Harmoni  keluaran Februari 2011.





INAAO2667

Saturday, December 25, 2010

MENJADI SEORANG YANG TABAH..;-P

AnDa BolEh MeNjAdI SeOrAnG YaNg TaBah ApaBila AnDa:

************************

1. Menerima ketentuan Illahi baik yang pahit mahupun yang manis dengan penuh keredhaan

2. Meyakini setiap yang berlaku ada hikmahnya

3.  Tidak menyesali dan meratapi takdir diri.

4. Melihat apa yang berlaku dari sudut positif

5.  Sentiasa beristighfar dan mengingati Maha Pencipta

6.  Meluahkan apa yang terpendam di hati kepada keluarga atau kenalan rapat

7.  Mendapatkan semangat daripada seseorang yang anda percayai

8. Mengawal emosi diri, sentiasa memberi kata semangat kepada diri sendiri

9.  :Berdoa agar Allah memberi kekuatan rohani, minda dan jasmani kepada diri sendiri.

Sumber rujukan : Mingguan Wanita : 24-30 Disember 2010

Total Pageviews

visitors online