Sunday, November 14, 2010

HATI IALAH SOAL 'KITA'....

Salam ketemu lagi di ruangan ini..pada malam yang indah dan tenang sekali. .Actually baru habis marking paper. I dah jot down apa yang berlaku dalam kehidupan seharian di bawah ruangan 'BUSY..SANGAT BUSY...' Malam ini rasa rindu pada my Yaya yang sedang mengikuti Kem Remaja Pintar di MRSM...first time dia tak ada ikuti program sekolah....hmm....harap dia pandai bawa diri..and shes actually sangat independent...so..takla risau sangat tentang how shes going to adapt with the new 'surrounding' tu....

Just to share knowledge yang i baca from the magazine of SOLUSI..its about HATI..jom share sama-sama k.
Hati kita sometimes sarat dengan pelbagai rasa ..so there must be a way utk kita neutralkan hati kita...hmm...

HATI DAN KRITIKAN
*Ada ungkapan popular yang mengatakan 'What u see is what you get", maksudnya apa yang kita pandang (dengan hati tentunya) itulah yang kita dapat.
*Orang berprasangka sentiasa melihat keburukan kepada orang, situasi dan kondisi yang sedang dihadapinya, maka dia akan mendapat keburukan hasil pandangannya itu.
*Jangan lupa pula ungkapan ini: " What happens in you is more important than what happens to you". Sebab itu, orang yang baik hati, mampu bersangka baik dengan menganggap kritikan yang tidak adil terhadap mereka sebagai satu pujian yang tidak rasmi.


Berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan yang sebesar gunung sekalipun tidak bernilai walau sedebu pun, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas.  Soal hati bukan hanya penting di peringkat awal perubahan tetapi ia perlu terus dijaga sepanjang usaha manusia untuk menjadi individu yang baik dan mampu memberikan kebaikan.


Iman di hati adalah kunci utama ke arah perubahan sikap.  Ia secara automatik akan mengubah manusia secara bertahap-tahap.  Transformasi, reformasi, evolusi atau apa sahaja istilahnya, mesti berlandaskan soal hati. Seorang Muslim pemberani meletakkan asas tindakannya dengan keyakinan penuh bahawa segala sesuatu ditentukan oleh Allah swt dengan qada dan qadar-Nya.

ALLAH MENGGERAKKAN HATI INSAN, SEBAIK TADBIR, MENGUNDANG SEBAIK TAKDIR..

'Carilah hatimu sewaktu membaca alQuran, jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. JIKA KAU TIDAK TEMUI JUGA, BERDOALAH KEPADA ALLAH, PINTA HATI YANG BARU.....'


Rujukan dan petikan MAJALAH SOLUSI 2009.

No comments:

Total Pageviews

visitors online