Monday, November 29, 2010

FIKIR-FIKIRKAN....

HIDUP DAN KEHIDUPAN

*Hidup adalah perubahan yang tidak henti-henti. Jangan cuba mengawalnya. Kita tidak akan tahu qada dan qadar ALLAH.  Itu rahsia dalam rahsiaNya. Apa yang harus kita tahu ialah apa yang telah terjadi. Apa yang telah terjadi hari ini, bukanlah apa yang akan terjadi pada hari esok.  Jadi, jangan cuba ambil tempat TUHAN untuk menilik masa hadapan atau memadamkan masa silam.  Kita hanya hambaNya..hamba yang ilmunya sebatas hari ini.

*Kenapa perlu mencemarkan peluang hari ini hanya dengan cuba menyelesaikan masa depan yang berubah-ubah. Bukan kita yang dapat menekanya.Jangan hancurkan potensi hari ini hanya kerana kekesalan masa lalu dan kebimbangan masa akan datang.Hidup ini tidak boleh dibelenggu rasa jemu dan lesu. Hari-hari adalah lembaran baru yang harus dilorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan.

*SERASIKAN TAKDIR DAN TADBIR..Bila takdir berbicara..pasti kelu tadbir untuk menyanggahnya. Akurlah pada kebesaran Allah. Kita sekadar hamba ..takdir akan sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya daripada kita hambaNya.  Kekadang takdir dan tadbir adalah selari,  maka dengan itu terhasillah apa yang kita inginkan dan hajatkan..alhamdulillah.

* Kita seharusnya tidak gusar bersendirian dan tidak tersasar ketika kesunyian...Kerana ketika kita dalam kesunyian dan bersendirian...ada PEMERHATI..Dalam kehidupan ini ..kita sentiasa punyai pelajaran yang perlu ditempohi samada ketika sendirian ataupun ketika ramai. Sesetengah ilmu tidak boleh diajar tetapi hanya boleh dipelajari.  Tiada guru tertentu tetapi hakikatnya diri kita adalah pelajar sepenuh waktu.

* Jika datang topeng kepura-puraan..itulah guru yang mengajar kita tentang erti berhati-hati.Jika ada kejujuran..kita pastikan perolehi keikhlasan dalam kehidupan. Usah ubah pendirian kita walaupun hadapi pelbagai dugaan. Jadilah wajah yang SATU di hadapan dia yang SATU.  Jadilah diri kita sendiri, insyaallah kita kan sentiasa menjadi juara. Tetapi jika kita sekadar berlakon n berpura-pura..kita kan menjadi klon yang kedua, ketiga dan seterusnya.

* Kesimpulannya, Allah telah menyusun sesuatu itu sebaik mungkin yang mana terkandung hikmah di sebaliknya. Keangkuhan sikap manusia kadangkala..mengubah keindahan takdir dan kelemahan sifat manusia sentiasa memenangkan rasa dan amarah...maka ..setinggi mana diluahkan kemarahan dan keangkuhan itu....tetappp...tidak dapat mengatasi takdir ALLAH..moga kembali kepadaNya tiap ketika kita diuji dengan kesenangan mahupun kesedihan....amin


Rujukan dan pengubahsuaian dari hasil tulisan DI MANA DIA DI HATIKU? oleh PAHROL MOHD JUOI..

*Selamat membaca dan moga menjadi renungan kita bersama...lebih baik begitu dari menjadi perisik sulit..hehehe..daaa...

MNNGCMLFULUTTEKMIUHMULC

No comments:

Total Pageviews

visitors online