Thursday, December 22, 2011

DI SAAT KU MENCINTAIMU..

TUGAS KITA BUKAN MELIHAT APA YANG JAUH DI HADAPAN TAPI LAKUKAN YANG TERBAIK DENGAN APA YANG BERADA DI TANGAN.

Kita tidak  dapat menduga dan meneka tentang misteri ketentuan yang ditetapkan oleh Allah swt. Hakikat inilah yang seharusnya kita pelajari sebagai contoh seseorang yang sihat tubuh badannya, tiba-tiba menjadi lumpuh tidak dapat bergerak.Dan ada pula yang hidupnya yang gelap, tanpa disangka-sangka menjadi gemerlapan. Begitulah hitam putih hidup manusia tidak dapat dijangkau dengan mata, fikiran dan rasa. Oleh sebab itu, pesan orang-orang tua " Janganlah bila mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan kerana kita harus mengambil sikap bak kata pepatah berhati-hati pabila semakin tinggi pokok yang dipanjat, semakin kuat angin yang menjulang.

Barangkali  pasti ada kekuatan yang boleh membakar daya juang untuk terus bersemangat pada ketika yang begitu genting dalam perjalanan hidup seseorang. Jawapannya adalah..jangan panjang angan-angan. Manfaarkan masa yang ada dan teruslah bekerja dalam waktu-waktu kritikal itu dengan segera. Kita tidak harus disusah-susahkan oleh angan-angan tentang masa depan yang jika dibayangkan pada masa sekarang akan membuat kita muram.

Kita harus merancang dan bekerja dengan apa yang ada di tangan, tanpa bimbang akan hal-hal yang tidak menentu atau terbayang dalam angan-angan. Yang di tangan itulah realiti kehidupan. Kita tak mungkin hidup dalam dua alam yang samar- iaitu masa lalu yang memori dan masa depan yang ilusi. Hidup sebenar ialah hari ini yang realiti. Pengalaman hidup banyak mengajar kita bahawa adalah tidak wajar buat kita meneka-neka atau menjangka sesuatu yang tidak pasti sama ada baik atau buruk. Jika kita mengangankan yang baik, kita akan menjadi over confident. Jika kita hanya mengangankan yang buruk, kita akan jadi pesimis. Kedua-duanya akan memusnahkan.

Oleh sebab itu, untuk mendapatkan ketenangan pada saat-saat kritikal dalam hidup ialah: Usahlah dikhuatiri hari esok, jangan bimbangkan hari semalam . Susunlah jadual hidup harian dan ikutilah dengan tenang. Hidup umpama membaca lembaran-lembaran daripada sebuah buku yang sangat tebal. Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang mood untuk membacanya. Tetapi bacalah dari muka ke muka seterusnya hingga ke tiba penghujung dengan sabar di mana ilmu yang dihidangkan juga dapat dihadamkan dengan mudah.

Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak henti-henti. Hukum alam menetapkan bahawa yang tidak berubah hanyalah perubahan. Oleh kerana itu, adalah satu kerja gila jika kita hendak menyelesaikan 'masalah-masalah' masa hadapan yang hakikatnya belum berlaku  Hidup adalah perubahan yang tidak henti-henti. Jangan cuba mengawal semua perubahan kerana yang hanya mampu mengawal adalah DIA. Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban masa depan, lalu dipikul bersama masalah pada hari ini. Hidup ini mesti ditangani dengan mudah. Namun, ini bukan sebagai alasan untuk mempermudah-mudahkan hidup, cuma..take it easy.



Diubahsuai daripada hasi penulisan:
PAHROL MOHD JUOI
DI MANA DIA DI HATIKU?

NAZLINAAO

1 comment:

Anonymous said...

... Biarlah masa lalu yang sudah mati itu menguburi dirinya sendiri... Singkirkan hari-hari kemarin yang menjerumus ke arah kematian.... Beban hari esok, ditambah dengan beban hari kemarin, akan memberatkan beban hari ini, sehingga hari ini tidak dapat berdiri tegak kerana beban yang ditanggung terlalu berat. Tutuplah hari depan serapat mungkin. Serapat anda menutup masa lalu...

Masa hadapan adalah hari ini, tidak ada hari esok. Hari manusia diselamatkan adalah sekarang. Pembaziran tenaga, penderitaan mental, kegelisahan dan kebimbangan akan mengekori orang yang khuatir akan masa hadapannya... Oleh itu tutuplah rapat-rapat gerbang hadapan dan gerbang belakang, kemudian mulai membiasakan diri untuk kehidupan yang baru.... (Sir William Osler)

.....Cara yang paling baik dalam membuat persediaan untuk masa hadapan ialah dengan melaksanakan tugas pada hari ini sebaik mungkin dengan senang hati serta menggunakan keseluruhan kemampuan yang kita miliki......

ungu lalu membiru

Total Pageviews

visitors online