- SUIS KEHIDUPAN- dalam menjalani kehidupan biasa kita akan menekan suis utk hidupkan rice cooker, hair dryer, tv dan lain-lain. So, begitulah kehidupan kita ini, dalam diri kita ini sebenarnya ada suis...hahah..apakah suis itu..hmm..jawapannya adalah hati. Setiap pagi kita akan pasang suis kehidupan ini [hati] . Suis inilah yang akan menentukan kualiti perjalanan hidup kita setiap hari.
- Ok..sbagai contoh..bayangkan anda bangun pagi dalam keadaan kelam kabut dan kusut masai..bersiap2 nak ke tempat kerja..dan anda berjaya sampai di sana tepat pada masa. Dan di suatu keadaan yang lain..bayangkanlah anda bangun pagi mandi dan mengambil wuduk solat subuh dan bersiap2 ke tempat kerja..Naahhh..apa perbezaan antara kedua situasi ini.
- Jawapannya...anda yang pertama tadi...membuka suis kehidupan anda dalam keadaan kalut tetapi terlupa kerjakan solat subuh...dan anda yang kedua pula...membuka suis kehidupan dengan tenang dan tidak lupa tjwb menunaikan solat kepadaNya....pengajarannya di sini ialah walau sehebat manapun diri anda..sebenarnya kita masih punyai sifat pergantungan kepada Allah swt..maka pentinglah bagi kita memastikan suis kehidupan yang kita buka setiap hari itu adalah yang mengikut landasan yang diredhaiNya.
maksud perangsang. Bermakna kita sebenarnya memerlukan tekanan untuk bergerak maju. Sebagai
contoh, apabila kita diberi tempoh untuk menyiapkan assignment atau mgkin tugasan yang berkait
dengan tarikh akhir [due date]..jadi on the spot kita akan sedaya upaya menyiapkannya. Jarang
kita dengar orang terlepas flight ..sebab..jadual penerbangan yang tertera itu..sudah pasti mereka
cuba utk ke airport tepat pada masanya.
- Jadi inilah yang dimaksudkan bahawa penjadualan hidup itu akan memberikan tekanan positif kepada apa yang kita lakukan dalam kehidupan kita sehari-hari. [Booster!!]
Sangat bagus untuk kita jadikan panduan dalam memotivasikan diri kita sendiri. Spirit dan kekuatan dalaman kita bergantung dan ditentukan oleh diri kita sendiri. Jangan takut utk terus bergerak kehadapan..tentukan suis kehidupan anda dan laksanakan penjadualan hidup...insyaAllah akan ada kelainan yang akan kita rasai...to my kids...mum lvs u so hard....;-p
2 comments:
Perjalanan Hidup
Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi
Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian
Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku
Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku
Aku setia hanya padamu
Aku setia hanya padamu
salam super women ku..........
Post a Comment