Monday, May 30, 2011

TAPI BUKAN AKU....

"Membela orang yang dicintai adalah suatu tindakan mulia..Cintailah kekasihmu sekadarnya , siapa tahu dia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti...Dann..bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti" -Sayidina Ali Bin Abi Talib


Etika berkawan dan berlawan

Tiap daripada kita berada di antara dua macam manusia, iaitu kekasih yang mencintai dan musuh yang membenci. Hati kita akan terasa lebih dekat dengan golongan yang pertama dan terasa jauh di kalangan golongan kedua. Namun, terdapat garispanduan cinta dan benci yang kita turuti sebagai seorang muslim.

Prinsip terpenting yang menjadi asas kedua-dua etika ini adalah 'keadilan' (moderate). Islam melarang kita melampau dalam mencinta dan membenci sehingga membutakan mata kita daripada melihat kebenaran.

Kebencian Melampau

Apabila kebencian kita melampau garis, kita akan hidup dalam deraan psikologi yang sangat menyeksa. Setiap kali mendengar nama orang yang kita benci itu disebut, fikiran kita menjadi keruh . Jika seseorang memujinya, hati kita seolah-olah terbakar.

Hati dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali melihat orang yang kita benci itu, melakukan atau mengucapkan sesuatu. Kita sukar percaya bahawa ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik.

Kita akan dapat menerima kenyataan bahawa setiap orang memiliki kelebihan walau sekecil manapun, kita lebih tidak boleh menerima jika orang lain mengetahui kelebihan itu. Pada  tahap yang lebih parah, kita bukan hanya membenci orang yang kita benci itu, malah turut membenci setiap orang yang ada bersamanya.

Saban hari, semakin bertambah bilangan orang yang kita benci. Dan saban hari juga, semakin kurang bilangan orang yang boleh kita percayai. 

Kebencian yang berlebihan hanya akan merosakkan diri sendiri .  Oleh sebab itu, " Bersederhanalah dalam mencintai dan moderatelah dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai . Dan sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci. " 

Semoga Allah dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami daripada dibutakan oleh kedua-duanya. Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang ditimpakan oleh Allah kepada hambaNya di muka bumi ini....


UMAR M NOOR /SOLUSI/MEI 2011
Diubahsuai oleh INAAO




Friday, May 20, 2011

...A SMALL GREENY CACTUS ON THE WIDE DESERT...

salam pada coretan yang kesekian kali ini, terpanggil untuk berkongsi tentang kehidupan yang bergerak berjalan ibarat roda...tika Allah sedang menguji hambanya..hamba yang kian leka dan mungkin juga sedang bergelut dengan drama kehidupan di dunia...menguji dalam susah dan senang hambaNya..di mana paksi pegangan dan kekuatan hati diletakkan...itulah kehidupan...yang harus ditempohi dan di jangkaui oleh kita insan juga khalifah di mukabumi ini....

Pada tarikh 18Mei yang lalu, aku dikejutkan dengan berita sahabat di zaman persekolahan dahulu AZURA YUSOF telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di ICU Hospital Seberang Jaya. Menggamit kesedihan di hati ini...dan terimbau kenangan manis kenakalan kami dahulu dalam menuntut ilmu di METHODIST SECONDARY SCHOOL (ACS) PARIT BUNTAR, PERAK...semuanya bercampur baur..tika melihat sedikit demi sedikit jasadnya dilitupi tanah..begitu menyentuh dan di benak fikiran datang pelbagai keluh kesah untuk mengharungi perjalanan hidup yang masih berbaki ini...moga rohnya dicucuri rahmat di samping orang-orang yang beriman...

Besok akan dilaksanakan LDP di sekolah di mana ia merangkumi 3 dalam 1 oleh 3 orang pembentang...iaitu PK 1, PENGETUA, DAN USTAZ ZUL..3 slot menanti iaitu Pembinaan Item, Pengurusan Fail dan Pengurusan Diri. Nampaknya, singkat lagilah hujung minggu aku pada minggu ini.. Dan insyaallah pada malamnya, di Dewan Millenium, Bertam, Kepala Batas..aku akan menerima Anugerah SM/SSM 2011 ...penghargaan hasil daripada penglibatan aku dalam business yang aku ceburi..alhamdulillah syukur rezeki dari Allah...

Minggu hadapan jika diikutkan pada makluman daripada Panitia aku perlu hadiri Kursus Penulisan Kreatif di UPSI. Sedang menunggu calling letter...nampak gayanya aku tak dapatlah nak celebrate Hari Guru bersama kawan-kawan dan pelajar...huhu...baju tema purple dah siap...at last pakai utk hadiri kursus jela...hehe...tak apa..ilmu itu penting...seperti juga biz yang aku ceburi..ilmu penyelamat business..amin.

My kids pun alhamdulillah sihat semuanya. Yaya sibuk dengan persediaan trial upsr phase one..begitu juga dengan persediaan along bagi mengikuti kursus Diploma pada June nanti..bermulalah satu level baru dalam hidup aku bilamana anak2 sudah mengorak langkah ke dunia yang lebih mencabar..semoga Allah mempelihara my kids daripada perkara2 yang tidak diingini...

Cuti persekolahan hampir tiba..insyaallah jika tiada aral, aku n my kids akan ke Pahang utk beberapa hari. Insyaallah.  Selebihnya fokus on biz hehe..alhamdulillah setakat ini Allah permudahkan jalan n hasilnya dinikmati bersama anak2...penglibatan secara part time sangat flexible dan tidak memberi sebarang tekanan...thanks to Allah kerana membuka minda aku untuk melakukan sesuatu dalam kehidupan ini...moga diberikan rezeki berkali ganda demi keselesaan aku dan anak2.

Ok lah sampai di sini dulu...jika ada kesempatan akan aku coretkan lagi di ruangan kesayangan ku ini..hehe...janji utk berkongsi pengalaman n keseronokan di Perth belum dapat dilaksanakan..kerana mood utk laman sosial ni dah kurang dalam kesibukan itu dan ini...tapi dont worry this is the medium where we can share together our stories n experiences...and tak lupa to say thank u kepada orang yang banyak memberikan semangat dan dorongan utk aku harungi kehidupan ini....thank u so much..moga Allah panjangkan persahabatan kita...amin...



                                                                     INAAO

Sunday, May 8, 2011

tIKA cINTA BErTASbIH....

SALAM DAN HAPPY MOTHER'S DAY BUAT SEMUA IBU YANG TIDAK PERNAH LUNTUR KASIH SAYANG DAN PENGORBANAN BUAT ANAK-ANAK. DAN DIRI I JUGA SANGAT TERUJA MELALUI HARI BERMAKNA INI BERSAMA ANAK-ANAK TERSAYANG. THANKS U KIDS FOR COLORING MY SKECTHES OF LIFE..
********************************************************

1. Kasih sayang.
Setiap insan di mukabumi ini memerlukan kasih sayang sebagai makanan dan pengisian jiwa. Kekadang Allah memberikan kasih sayangNya kepada kita..tetapi dalam situasi yang amat menyakitkan. Itulah dugaan namanya. Sebagai insan, kita seharusnya menghargai rasa kasih itu. Tetapi tiada guna juga andai dicalarkan dengan sempadan  nista dan prasangka. Berterimakasih saja padaNya kerana dapat merasa walaupun bisanya mengguris hati. Sarat hati kita andai menyimpan kasih tapi diheret kemelut curiga dan duka.

2. Ketenangan.
Sangat dicari dalam kehidupan insan. Meskipun terlalu sukar untuk mempertahankan rasa tenang itu, namun sebagai insan kita punyai pilihan untuk mendapat dan merasainya. Lantaran itu, adakalanya kita terpaksa membuat pilihan untuk menikmati ketenangan abadi itu. Biarlah... walaupun kekadang  pilihan itu tidak menyebelahi kita, namun kita tidak merasakan ditikam oleh bisa tekanan. Minda perlu sihat n bahagia untuk mengharungi kehidupan. Keupayaan kita sebagai insan n hambaNya terlalu terhad..maka..berserahlah kepadaNya dan memohon agar pilihan itu  adalah terbaik buat kita meskipun dahulu kita sangat bahagia dengan keadaan itu..

3. Kebahagiaan
Terlalu subjektif untuk dinilai. Kebahagiaan dirasai, diterima dalam pelbagai cara. Bersyukurlah kerana dalam laluan dan likuan hidup selama ini, aku masih dapat teguh berdiri. Adakalanya diuji namun sebagai insan yang punya maruah diri tentu aku akan lebih bertanggungjawab atas kehidupan yang dilalui kini. Perih keringat mengharungi hidup lebih baik dari airmata dan sakit hati dilempar prasangka.  Inilah kehidupan aku..takkan aku berganjak lagi..wp mungkin akan ada kebahagiaan yang menghampiri..cukup buat aku berfikir berjuta kali...hingga Allah memberikan detik hati insyaallah akan terbuka jua pintu hati..pengalaman telah mengajar..detik hati itu adakalanya memakan diri dan menyakitkan.

4. Kemaafan.

Seumpama tidak bermakna kata maaf itu bagi sesetengah insan. Bila maaf dapat diucapkan kian kali, ia umpama tidak bernilai dan tiada keikhlasan lagi. Sebagai insan, maaf dapat dibezakan dan dimengertikan dari rentetan peristiwa yang terjadi di belakang tabir. Perlukah kemaafan itu andai hati kita telah terguris? Bila mana kita tidak tahu apa lagi nilai maaf itu..perlukah dipedulikan dan dipertimbangkan.? Sudah cukup dewasa dan dapat membaca situasi n tingkah..sekadar membuang masa memikirkan ..lantas segala yang istimewa tersimpan menjadi layu dan basi dijamah usia waktu...biarlah kemaafan itu memperoleh jawapan tersendiri..perjalanan waktu itu tidak lagi bermakna ....maka lupakan dan maafkan drama kehidupan yang telah melanda hidup kita sebelum ini...


INAAO080511

Monday, May 2, 2011

I BeLieVe I CaN FLy....:P

Salammm..amat rindu sekali mencoretkan sesuatu di ruangan ini. Kekangan masa tidak memberi satu keselesaan dan konsentrasi untuk menggerakkan mata pena. Mungkin juga dalam erti kata menyusun semula kehidupan dan mencari ketenangan..maka ruangan kesayangan ini dibiarkan seketika. Alhamdulillah...hidup tetap dijalani dan bergerak lebih baik dan lebih meyakinkan.

Sekembalinya dari Perth..masih belum sempat untuk berkongsi catatan n pengalaman selama 4 hari 3 malam di sana. Yang hanya dapat digambarkan di sini adalah satu pakej pelancongan yang first class n well-managed. Insyaallah..dalam penulisan yang seterusnya akan dikongsikan perjalanan n pengalaman setiap detik ...seronok n beronok-ronok bangat...hehe...bolehlah visit my facebook untuk melihat gambar-gambar bersama rakan kongsi yang lain...


 Bermula sehari selepas pulang dari percutian...terus melaksanakan tugas sebagai Ketua Penyelaras Unit Biasiswa untuk key-in data secara online..alhamdulillah semuanya selesai. Diikuti dengan penyediaan soalan PPT bagi Bahasa Melayu Form 4 dan Sejarah Form 1..juga selesai alhamdulillah. Dan Sabtunya pula, sekolah ganti bagi Deepavali..fuuhhhhh....memang padat n agak meletihkan kerana kerja terusan gitu until on that Sunday...let go semua benda and just berehat kat umah with the kids je..nikmat betul.

So..pada minggu lepas, bawa 16 orang pelajar tingkatan 5 ke ILP (Institut Latihan Perindustrian) bagi mengikuti program JERAYAWARA anjuran PPDS  dan juga Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara..di mana jemputan penulis Buku Kembara Amira yang kini digunakan oleh pelajar tingkatan 5  dalam komponen kesusasteraan sangat mengujakan. Amir Hmzah L.Kader mengupas segala persoalan yang menjadi tandatanya kepada guru dan pelajar..sangat jelas n penuh ilmiah...

My kids pun alhamdulillah. Utk Yaya, musim sibuk dengan kokurikulum pun sudah berlalu. Bola jaring, olahraga, bola baling, merentas desa n pidato...semua dah selesai. bermula Mei totally focus on academic. Angah n Dida juga sama. Dida baru saja selesai pertandingan Kawad Kaki peringkat daerah dan JOHAN bagi kawad kaki unit KRS. Akan bertanding ke peringkat negeri 2 minggu dari sekarang. Angah akan berlawan hoki esok..tp..dia demam..hmm..tuition Add Math pun tak pergi hari ini. Sian. Along fully jadi 'housewife' hehe..taklah..jadi pembantu mak diala...hehe..selepas operation dia hanya stay kat umah. Dapat offer smbung belajar di sebuah kolej dalam jurusan Management with Multimedia. All the best to u Along. Luvs u all kids.

Urusan business juga byk improvement..so..thanks to Allah kerana berikan kekentalan hati yang retak ini untuk menggapai bahagia.  Rezeki yang dia berikan kian terasa. Moga kuatkan semangat dan kudrat aku utk melangkah berpuluh tapak lagi ke hadapan. Ambillah segala yang mjadi racun buatku dan pulangkan dengan sejuta penawar untuk menjadi pengisian di jiwa aku....mohon padamu ya Allah. Since balik dari Perth..semangat lebih terarah. Langkah makin tersusun. Dan aura positive kian terasa. Ibu tunggal seperti aku hanya iman dan harta menjadi bekalan..makin jauh perjalanan, makin besar tanggungjawab..salah tanggap, iri dan dengki perkara biasa sepanjang perjalanan. Biarkanlah ia..tentu ada kebaikan yang lebih besar dapat aku berikan n tentu juga ada sejuta rahmat yang Dia akan berikan buat aku dan anak2.

K la. Idea agak tersekat n berkecamuk untuk penulisan pertama setelah lama berehat..hehe..so..insyaallah akan aku kongsikan pengalaman di Perth dalam penulisan seterusnya..akan aku usahakan untuk ke Umrah tahun hadapan..insyaallah. Moga Allah ketemukan aku dengan seorang khalifah yang kuat semangatnya buat aku dan anak2..tentu Dia tahu n akan ketemukan aku...insyaAllah.

INAAO

Monday, April 4, 2011

KEMAAFAN YANG MENYAKITKAN

MEMAAFKAN ORANG LAIN BERERTI MEMAAFKAN DIRI SENDIRI ..HIDUP TERLALU SINGKAT UNTUK MEMBENCI ..SUCIKANLAH HATI MENCARI ILLAHI..

....selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain...itu petanda kau sendiri tidak bahagia.  Pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuhmu' bahagia. Walaupun pernah disakiti mereka.  Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu...

....kita bukanlah malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan.  Namun, ada ketika-ketika yang kritikal untuk kita bertahan dan katakan..tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Mungkin sahaja 'musuh' yang pandai bermuka-muka akan terus dijulang sebagai wira..dan hamba sejati yang mempunyai 'hati emas' akan terus dihenyak sebagai mangsa hiba dan cela...

..sedarilah yang tercabar bukan harga dirimu, tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Tidak akan luput dan dapat dicabut oleh orang lain.  Usah bimbang jika tidak dihargai, tetapi bimbangkanlah jika benar-benar kita tidak berharga.  

...mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain.  Langkah pertama itu ialah memberi maaf.  Namun, terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf.  Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata nista..

...masih terbayang segala tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang bersalah' itu terasa begitu menyakitkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri..Biarlah 'dia' ketawa sepuas-puasnya..beban rasa ini biarlah aku lepaskan...tidak akan kubawa dalam safar kehidupan yang pendek ini...

...wahai diri ingatlah ..segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua..Jika datang orang menghadiahkan mu airmata...ALLAH sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab'...Jika kau disakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti redha....





inaao
Pengubahsuan hasil tulisan Pahrol Mohd Juoi..
"Di MANA DIA DI HATIKU?"

Thursday, March 31, 2011

BIDUK BERLALU KIAMBANG BERTAUT...

Salam sudah sekian lama tidak mencoretkan tentang perjalanan hidup i n the kids..ntahla..this year jadual disusun agak padat n so far even kalut macamana pun semuanya berjalan dengan lancar..baru saja selesai bulan ketiga di tahun 2011 ini..terasa sudah lama benar sesi persekolahan berjalan....anyway im happy that tagline i 'TAHUN BARU JIWA BARU, HIDUP UNTUK BAHAGIA' banyak memberi semangat untuk mencapai lebih kepuasan dan kejayaan dalam pelbagai aspek kehidupan...amin.

Minggu ini amat padat susunan jadual tugas...bermula dengan operation appendix along..dan urusan lawatan ke KL Unit Biasiswa yang telah selesai pada hari Selasa lalu..dalam keadaan yang amat meletihkan..alhamdulillah..settle kerja..On Wednesday, latihan pantun diteruskan pada waktu koko..pusingan pertama nanti pada hari Pertandingan Pantun pasukan sekolah i akan bertemu dengan SMK Taman Widuri. Esok urusan surat kebenaran waris dan lain2 akan dilakukan. Pagi tadi, seminar dan bengkel teknik menjawab Kertas Bahasa Melayu/SPM dijalankan seharian...letih jugak..pengalaman marking paper digunakan untuk kebaikan pelajar-pelajar...alhamdulillah.

Esok [Jumaat] i hanya ada satu masa sahaja P&P..lega..harap tak ada relief la..hehe..boleh selesaikan tugas...Sabtu ini menjadi pengacara jemputan bagi Anugerah Seri Asrama Terbilang di SMK Seri Nibong..actually my body really need some rest..tapi tak apalah...selesai event tu..bolehla i berehat..So next week ..preparation untuk melancong ke Australia akan dilakukan..very excited..setelah macam2 dugaan yang i lalui..so its worth it for me to have a good n nice trip to Perth..i berdoa agar Allah memberikan ketenangan untuk diri i yang kerdil ini...amin.

My kids seperti anak-anak yang lain juga..sibuk dengan homework, tuition, aktiviti koko...ada juga hari di mana rumah ni jadi sunyi je..kerana masing2 keletihan..tidor tanpa makan tengahari...apapun kesibukan ini dijangka akan selesai menjelang hujung April...Along pun dah tak bekerja di Prai lagi..jadi sekarang takla sunyi sangat rumah ni..Mudahan Angah, Along, Dida n Yaya akan sentiasa menjadi anak yang terbaik untuk i..insyaallah.

Kekadang ada juga sedikit rasa sedih bila diimbas kembali perjalanan hidup sejak dulu..tetapi..mungkin Allah lebih mengetahui apa yang tersirat di sebalik semua itu. Sebagai manusia pelbagai rasa telah dialami..sehingga pada satu tahap..semua itu tidak lagi memberi sebarang kesan..bukan bongkah pada ketentuan Nya..tapi..agar hidup ini akan diwarnai dengan keindahan di laluan  penghujungnya...moga Allah akan memakbulkan impian i utk menikmati keindahan itu...pastinya bila tiba saat itu..i tak akan menolak lagi hak i untuk memiliki n merasainya...amin.

Ok la..sampai di sini sahaja.  The writing intonation is quite 'slow n emotional'...maybe becoz of the tiredness yang i alami dalam minggu ini...sangat terasa...tapi for sure,,next week...the mood will totally change...insyaallah. Siapa kita untuk menongkah takdir..bila luka di kaki kerana berlari maka..berhentilah agar tidak berdarah lagi.

INAAO/31O311
 

A FEW WAYS TO FUEL A CONVERSATION

1. Be aware of open and closed body language

2. Seek common interests, goals, and experiences with the people you meet

3. Be open to answering common ritualistic questions.

4. See that the time is balanced between giving and receiving information.

5. Be able to speak about a variety of topics and subjects

6. Be willing to express your feelings, opinions, and emotions to others.

7.  Start and end your conversations with the person's name and a handshake or warm greeting.

8. Visually show others that you are enjoying your conversation with them

9.  Look for the positive in those you meet

10. Use "I" when you speak about your feelings and personal things, rather than "you"


INAAO

Sunday, March 27, 2011

MOGA KAU BERSAMAKU....

Salam..to all bloggers n my fb followers..please pray for my along yang akan jalani operation as soon as possible. Dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya. Appendix stage yang serious kerana hampir pecah. Thats why tak boleh berjalan, sakit perut yang extreme, muntah, cirit-birit n demam...so here i am..at 3.00 am di sebelah dia..nampak letih n pucat.. DOAKAN KAMI YA



INAAO
Hospital Seberang Jaya

Saturday, March 26, 2011

TEN TIPS FOR TIP-TOP LISTENING....

1.  Learn to want to listen.  You must have the desire, interest, concentration, and self-discipline.

2.  To be a good listener, give verbal and visual cues that  you are listening.

3.  Anticipate excellence.  We get good information more often we expect it.

4.  Become 'whole body' listener: Listen with your ears, your eyes, and your heart.

5.  Take notes.  They aid retention.

6.  Listen now, report later. Plan to tell someone what you heard, and you will remember it better.

7.  Build rapport by pacing the speaker.  Approximate the speaker's gestures, facial expressions, and voice patterns to create comfortable communication.

8.  Control internal and external distractions.

9.  Generously give the gift of listening.

10.  Be present, watch the tendency to daydream.  Don't drift off from conversations.


INAAO
presented by Madam Masyitah 2010

Friday, March 25, 2011

TRiP to PeRth , AustRaLiA.. YabedaBedoooo.......

Day 1
14th April 2011/Thursday
KL/Perth

Bertolak dari KLIA ke Perth
Tiba di Perth

Dinner/Check in Hotel



Day 2
15th April 2011/Friday

Breakfast
-Orientasi di sekeliling Bandar termasuk:
Parliament House
Mount  Eliza
Swan river

Lunch
Melawat
-Caversham Wildlife Park.(Kangaroo, koalas,emus, wombats)
-Kilang Chocolate
-Shopping at Harbour Town Factory Outlet

Dinner
Free Activities


Day 3
16th April 2011/Saturday

Perth
Bertolak ke Fruit Orchard

Lunch
Melawat Fremantle City termasuk:
-Roundhouse
-Fremantle Prison
-WA Maritime Museum

Dinner:
Free Activities

Day 4
17th April 2011/Sunday

Shopping at Hay & Murray Street
Bertolak dari Perth ke KL


TRIP OF HOPES N DIGNITY....

Monday, March 21, 2011

8 MANFAAT DAY NAPPING

1. Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja

2. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti

3.Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan

4. Baik untuk jantung dan kesihatan

5. Meningkatkan fungsi kognitif

6. Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman

7. Menjadikan minda lebih kreatif

8. Mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar.


Solusi INAAO

Thursday, March 17, 2011

SERIBU TAHUN TAK AKAN MUNGKIN....

WAJAH RAHSIA HATI


Salam bertemu kembali pada coretan kali ini. Lebih menyentuh kepada soal bagaimana terkesannya pandangan kita pada suatu renungan, wajah dan situasi yang dapat menjadikan diri kita berada dalam keadaan tenang dan selesa. Persepsi kita terhadap orang yang kita temui bergantung kepada wajahnya.  Daya tarikan pada wajah seseorang itu bukanlah hanya kepada kecantikan  semata-mata.


Meskipun wajah orang di sekeliling kita bebeza tetapi perasaan terhadap seseorang itu lahir dari dalam sanubari kita . Apabila kita bertemu dengan seseorang, kita akan membuat nilaian menerusi perasaan kita terhadapnya. Seperti suka, rasa mesra, segan-silu, manis, lembut, ayu, sombong dan sebagainya. Apakah yg mempengaruhi perasaan kita terhadap seseorang? Ada beberapa rahsia untuk mendapatkan wajah yang menyenangkan  orang yang melihat kita antaranya:


1. Niat yang ikhlas
Dalam semua perkara yang dilakukan kita perlu memasang niat.Secara saintifiknya, orang yang berniat baik dan ikhlas ini mengeluarkan tenaga dalaman positif yang terpancar melalui getaran atau gelombang yang hanya akan dirasai oleh gerak hati atau intuisi.Aura yang positif akan dirasai oleh mereka yang mendampingi kita dan aura itu terletak pada menarik, bersih, lembut, manisnya wajah yang memancarkan ketulusan niat hati di dalam.


2. Senyuman
Senyuman yang tulus ikhlas dapat menghangatkan  jiwa yang menerimanya.  Ia boleh menjadi penawar dan ibadah, malah turut menceriakan dan memaniskan penampilan kita.  Senyuman adalah penawar kepada penyakit rohani dan dengan senyuman dapat mengeluarkan endorphin dalam badan yang mampu menimbulkan rasa lega, selesa dan ceria. Ini akan meresap ke dalam kalbu yang paling dalam.


3. Wajah ceria.
Rasa senang dan bahagia yang datangnya dari lubuk hati yang bersih dan suci lantas akan dapat menimbulkan wajah yang ceria. Ia merupakan satu kebaikan yang perlu diberikan perhatian kerana wajah orang yang ceria dapat menghiburkan orang lain.


4.Kata-kata yang menyenangkan.
Manusia sangat senang dengan kata-kata pujian dan penghargaan kerana ia dapat memotivasikan orang yang menerimanya. Ucapan yang baik dengan penuh kemesraan dapat memikat hati orang yang mendengarnya. Oleh itu, rahsia orang yang hebat ialah apabila dia dapat mengeluarkan kata-kata yang menyenangkan hati orang lain.


5. Penampilan yang menarik.
Persepsi orang yang melihat kita banyak bergantung pada pakaian dan penampilan kita. Manusia sangat senang dan suka kepada kecantikan. Oleh itu pemilihan pakaian dan penampilan diri yang sesuai adalah penting supaya orang akan merasa senang apabila melihat kita.


Kesimpulan
Kita mampu untuk membuat orang senang melihat wajah kita jika kita berusaha mengubah diri menjadi yang terbaik. Kemantapan dari segi fizikal, emosional dan spiritual harus seimbang supaya kita disayangi Allah dan berjaya menawan hati orang.  Jika kita memberikan kebaikan, kita juga akan menerima pulangan yang sama iaitu kebaikan


INAAO
Diolah dan diubahsuai dari penulisan Hj Zainuddin Ali - SOLUSI

Thursday, March 10, 2011

KU DI HALAMAN RINDU.....

Salam dan good morning to all of u..sudah agak lama tidak mencoretkan sesuatu di ruangan pena ini...kekangan masa amat terasa.  Sehinggakan menu harian pun just yang simple2 aje..hehehe. So..untuk memulakan bicara sekadar ingin berkongsi perjalanan hidup di beberapa rantai masa terdahulu...alhamdulillah..keadaan kesihatan kian baik meskipun suara masih bergemersik...tapi sudah mula merasa selesa untuk mengajar.

1. Anak-anak
Along seperti biasa masih bekerja di premis yang sama dan sudah mulai buat full time job sejak Mac ini...cuma agak terasa masa untuk kami bersama makin berkurangan...sedih mulai terasa pabila anak2 kian mencecah dewasa...Angah pada minggu ini menduduki Ujian Kemajuan 1. Seperti biasa studynye bagai nak rak...mulalah bungkusan chocolate di sana sini....Yaya pula my youngest one..baru saja selesai berlari di Stadium Batu Kawan  semalam..3 hari dia di sana. Dapat tempat ketiga dalam acara 200m...tahniah adik. Kini..sibuk pula menghafal text choral speaking...Dida pula...last week tak balik rumah tapi i pay a visit pada hari Ahad tu...cuti ni nak 'kupas' betul2 Mathematics subject..komen cikgu yg ngajar last year..cara jwpn
Dida memang ok..lengkap. Tetapi...salah konsep..itu yang tengah i fikirkan..uji dia dengan beberapa soalan n tengok cara dia memberikan jawapannya. Begitulah..setiap anak adalah ragamnya..ada lebih n kurangnya...terpaksa i as a mum set up dalam hati ni...tiap2 record dari semua aspek setiap sorang dari mereka...heehhehe..mcm rekod disiplin pulak...


2, Me
Pada tahun ini bermula dari January hingga hari ini..alhamdulillah tahap stress dapat ditangani..tugas2 yang diberi dapat diselesaikan satu persatu...lebih tersusun dan terancang...cuma sebagai Penyelaras Unit Biasiswa agak kalut sedikit dengan pelbagai bentuk tugas yang perlu diselesaikan. Meeting pertama di PPD pun belum ada lagi...so..kesempatan itu diambil utk kemaskini fail terkini.  Sebagai guru kelas..tugas macam2 kena buat pun alhamdulillah dapat disettlekan..wp kekadang terabai sikit perhatian terhadap anak2 tiri i ni...hehehe..Pada tahun ini kerja sekolah dah tak bawak balik umah dah..tak larat dah nak jeling n nengok..so..bila kat umah..just enjoy the moment with the kids...syukran2

3. Business
Alhamdulillah..walaupun masih tidak dpt beri 100% fokus kepadanya tetapi ilmu yang diperolehi itu disimpan
dan menjadi benteng ketahanan minda. Sindiran dan pandangan orang lain tak i kisah kerana mereka tidak memahaminya...hehehe...cuma masa dan pencapaian akan menjawab segala. And seminar keusahawanan sambil melancong ke Perth nanti akan i gunakan sebagai 1 ruang untuk semua aspek...peluang jangan disiakan..Ada dua faktor penarik yang menyebabkan i involve dlm business ini...pertama adalah berdasarkan ayat al Quran yang mengatakan bekalan dan benteng bagi supermum seperti i ini adalah  2 perkara iaitu iman dan harta. Atas dasar itu hati kuat tergerak utk menerima cabaran kerana hnya mereka yang sama seperti i yang tahu hikmah di sebalik ayat di atas...Dan faktor penarik kedua adalah...mengatur backup financial demi masa depan anak2..kita tdk perlu mengeluh akan ketentuan Allah..sebaliknya kita harus mecari jalan mengharungi likuan hidup..penuh redha dan insaf. Insyaallah...kan tiba juga rezeki besar itu...insyaallah.....

4. Tugas
Bermula hari ini akan sibuk marking paper Sejarah n Bahasa Melayu..begitu juga latihan dan persiapan bagi Pertandingan Pantun yang akan dijalankan di SMK Tasek pada 5/7 hb April 2011. Sebelum itu, pada tarikh 2 April 2011 pula dijemput untuk menjadi pengacara bagi Anugerah Sri Asrama Terbilang di SMK Seri Nibong....dan menyusul pada 13-17hb April akan berlepas ke Perth, Australia. Sebulan kemudian, 15/16/17 hb Mei akan ke KL bagi lawatan di bawah kerjasama Unit Biasiswa dan Unit Bimbingan dan Kaunseling..antara destinasi lawatan adalah Muzium Roti High 5, Karangkraf, Petrosains dan Aquaria..hmm..menarik tu...menyusul selepas itu pada 24-26 Mei akan ke Perak utk mengikuti kursus Penulisan Kreatif bagi menengah ata....memang meletihkan..tetapi yang pastinya....MENYERONOKKAN!!!!!


5. Penutup
Kla have to go now..semoga apa sahaja yang me n my kids lakukan adalah di bawah keberkatan dan kerahmatan dari Allah. Bersyukur padaNya meskipun pelbagai bentuk dugaan dan cabaran yang telah ditempohi..kami masih bersama dan mengumpul kejayaan demi kejayaan...moga Allah permudahkan segala urusan.



INAAO

Total Pageviews

visitors online