Sunday, December 26, 2010

RaGaM StUDeNtS...DuLu DaN KiNi...so....sabar je laa...

SALAM N MORNING ..SO TODAY IM GONNA SHARE WITH U ON RAGAM STUDENTS YANG PELBAGAI..SANGAT TERHARU, GERAM, MELUCUKAN AND PELBAGAI RASA LAGI YANG BERCAMPUR BAUR..SO TUNGGU...

*************************

1. Menghargai...

This kind of students memang ada di dalam dunia persekolahan. Gemar sekali menghargai guru dalam apa jua cara dan bentuk. Antaranya, apabila ada di antara mereka yang lulus dalam subjek yang diajar seperti Bahasa Inggeris..maka itu adalah suatu pencapaian yang besar bagi mereka. So..based on my experience before..ada pelajar seperti ini yang sanggup datang ke rumah menghadiahkan sepasang kain dan juga sejadah...beserta buah-buahan kerana terlalu happy lulus dalam subjek yang begitu sukar bagi mereka.


2. Ringan Tulang.

Amat mengejutkan bukan bila sebahagian besar students yang ringan tulang ini adalah student lelaki. Namun terdapat juga student perempuan..hehehehe..Happy bila kita plan untuk mengemas bilik guru atau menyiapkan hiasan rumah sukan atau mengadakan open house sekalipun..mereka sanggup datang tolong memasak, menyusun kemas buku di rak dan duduk bersila menyiapkan hiasan ...happy and this kind of students selalunya digemari or disenangi oleh guru-guru


3. Sensitive...

Hehehe..pelajar kategori ini selalunya mahukan perhatian. Gemar melakukan kesalahan minor..tetapi..in the same time manja n mengada-ngada sikit bila dimarahi guru.. hehehe...Actually..they are closed dengan guru..cuma pendekatan dan tarikan itu agak kontra sedikit dari student yang lain yang lebih direct communication and reaction..


4.  Understanding.

Pelajar kategori ini adalah mereka yang benar-benar rapat dan bersama guru memahami dan memberi semangat kepada guru. Ada one of my students..yang sanggup jaga my youngest kid sewaktu i mengadakan kelas tambahan..and..menangis bersama bila tahu i berada dalam kesusahan...dan ini amat mengingatkan i pada student i name Shahrul Fasehah..sangat understanding..n..hope shes doing well in her life now..


5. Optimistic

Memang ada student yang sangat optimistic dalam diri sendiri..tidak suka mengikuti pada sesuatu term atau syarat. Bebas mencari info and knowledge..but in the same time they are really good in academic achievement..kelemahannya..ialah pelajar ini selalunya cepat bosan in class..then tidak begitu gemar terikat dengan prosedur sehingga ada sedikit membangkitkan kemarahan guru...anyway..their IQ totally tiptop..


Konklusinya

So inilah 5 kategori students yang sering ditemui dalam tempoh i terlibat dalam profesion perguruan..mungkin ada lagi classification yang lain..tetapi memadailah 5 yang di atas..and it was so grateful bila kita disayangi oleh para pelajar..dan..moga Allah memberikan laluan mudah dan luas buat mereka. To my students di BERA dahulu...you are always in my heart..and to my new students in SMKSA..we still need more time to get to know to each other well....so..fikir2kan di mana kategori diri anda berada..... hehehehe...


Cikgu Ina

Saturday, December 25, 2010

MENJADI SEORANG YANG TABAH..;-P

AnDa BolEh MeNjAdI SeOrAnG YaNg TaBah ApaBila AnDa:

************************

1. Menerima ketentuan Illahi baik yang pahit mahupun yang manis dengan penuh keredhaan

2. Meyakini setiap yang berlaku ada hikmahnya

3.  Tidak menyesali dan meratapi takdir diri.

4. Melihat apa yang berlaku dari sudut positif

5.  Sentiasa beristighfar dan mengingati Maha Pencipta

6.  Meluahkan apa yang terpendam di hati kepada keluarga atau kenalan rapat

7.  Mendapatkan semangat daripada seseorang yang anda percayai

8. Mengawal emosi diri, sentiasa memberi kata semangat kepada diri sendiri

9.  :Berdoa agar Allah memberi kekuatan rohani, minda dan jasmani kepada diri sendiri.

Sumber rujukan : Mingguan Wanita : 24-30 Disember 2010

Friday, December 24, 2010

TAHUN BARU JIWA BARU. HIDUP UNTUK BAHAGIA.....;-P

SALAM TO U GUYS..THIS IS WHAT IM GONNA JOT DOWN LATER..SO BE PATIENT..HAVE TO SETTLE UP FEW THINGS FIRST...MISS THIS COLUMN A LOT...C U THEN AND HAVE A NICE DAY..DAA....me too..hahahaha!!!!

**************************************************************

Salam n selamat malam ..begitu pantas perjalanan waktu bergerak melangkah meninggalkan kita. Diselaputi kenangan, pengajaran, pengalaman dan pencapaian..semuanya adalah  dengan izinNya jua.  Bersyukur sangat kerana dalam kepadatan himpunan rasa itu..aku masih teguh berdiri di sini..membawa satu lagi kehidupan untuk insan yang lain. Sangat bersyukur dan belum pasti anda bisa menghadapi dan menggalas tanggungjawab dan pelbagai rasa sebagaimana pernah aku lalui.

Kita tidak boleh mengubahsuai rasa seperti mana kita mengubahsuai rasa  sesuatu masakan..kita jua tak boleh menggambarkan apa yang tersirat di dalam hati dengan menzahirkannya di atas kepingan kanvas..cuma sebagai insan biasa kita hanya mampu memperbaiki dan mempelajari dari kesilapan yang telah kita lalui sama ada secara kita sedari ataupun sebaliknya. Meronta sekali hati ini setelah sekian lama dibelenggu suatu aura kesuraman...mahukan persona positif yang mengoptimakan keazaman dan kekuatan jiwa dan minda..itulah yang tidak akan aku berhenti mencarinya..dalam proses dan perjalanan hidup yang dilalui saban hari aku dapat merasainya...moga..Allah memberikan yang terbaik untuk diri ku...

Terlalu memikirkan bagaimana untuk mencari suatu kehidupan tidak mencukupi untuk diriku..apa yang sering dilupakan sehingga membawa kepada rasa sangat individualistic adalah..betapa aku sering melupakan untuk menghargai dan menikmati kehidupan yang sangat indah ini..Allah memberikan kita ujian dan kesakitan..tetapi Dia tidak menolak hak kita untuk berbahagia..juga tidak menafikan ruang untuk kita menggapai kebahagiaan selain dari  meratapi dan mengeluh dengan ketentuanNya. Oleh itu..jika PENCIPTA tidak menghukum dan menolak hak kita untuk merasai, mencari dan menikmati semua itu...jadi..siapalah lagi manusia di sekeliling yang sangat rendah keupayaan dan darjatnya dari DIA..

Mengumpul dan mengenalpasti kelebihan dan kekuatan diri adalah yang terbaik..untuk menjadi benteng ketahanan diri..tidakkan aku pedulikan lagi apa itu dan ini..akui sedar dan tahu di sepanjang perjalanan yang telah panjang ditinggalkan...siapa yang selalu bersamaku dan tanpa ujian dariNya..kita tidakkan tahu tentang mereka yang benar2 menghargai dan sanggup bersama tika suka dan duka...Tahun baru sangat berharga..bukan sekadar menyenaraikan 1001 azam..tetapi sejauhmana jiwa dan minda dapat menikmati ketenangan, sejauhmana diri dapat menghindari langkah khilaf..setinggi mana dapat kita mencari keberkatan rezeki dan sekuat mana jiwa minda menghargai dan menyayangi diri sendiri..itu adalah keutamaan..semuanya adalah dari dalam diri AKU sendiri...

Terasa bosan bila asyik mempertikaikan mengapa ini itu dugaan yang Allah berikan...jadi..tahun baru jiwa baru ....hidup untuk bahagia..akan kupastikan aku mengubah mind set diri dan mencari aura positif dan mohon agar..DIA memelihara diriku..dan bersamaku dalam apa jua yang hati ini telah putuskan..tentang apa yang minda ini telah katakan..jua tentang apa yang jiwa ini telah akurkan...ingat HIDUP UNTUK BAHAGIA..jika masih diuji..anggaplah suatu bonus...yes..bonus untuk Allah zahirkan segala yang diluar kemampuan kita untuk memikirkannya..

Tahun baru tanpa azam baru..tapi...tahun baru dengan jiwa baru...Allah mahukan kita sebagai hambaNya..mengubah corak dan warna kehidupan..jika..pemandangannya sangat hambar..teruskan melukis dan melakar...kerana lukisannya adalah hasil tarian berus halus yang kita lenggokkan dan hasil kombinasi warna dan lenggok tari itu ...adalah keindahan yang diberikan dan yang dipilih untuk diri aku..yang paling indah dan terbaik pernah dihadiahkanNya...

Tahun baru jiwa baru..hidup untuk bahagia..moga langkah kecil kan menemui besar cahaya kebahagiaan dan gugusan ketenangan dan kemanisan rasa...sangat menginginkan..dan mendoakan agar DIA menghadiahkannya untukku...amin.


Saturday, December 18, 2010

ASAM GARAM DALAM PENGACARAAN MAJLIS....hehEheHe..

 FIRST PHASE.

Salam..my penulisan untuk kali ini akan bersambung-sambung cz terkejar2 masa..sekejap lagi nak ke Kulim..so thats why have to jot down secara berperingkat2. Sepanjang tempoh mengajar di Pahang about 13 years..pengacaraan sangat sinonim dengan myself..setiap kali ada school events sahaja..tugas i dalam senarai AJK tu dah confirm sebagai pengacara majlis. Pada mulanya disangkakan sekali sekala sahaja..tapi..lama kelamaan sudah menjadi satu kebiasaan sehinggalah membawa kepada penglibatan di peringkat daerah dan negeri...alhamdulillah..tidak mudah diberikan kepercayaan  mengendalikan sesuatu majlis..tanpa ada mana2 rujukan sama ada melalui pembacaan atau pengalaman terdahulu..i sedaya upaya cuba menjayakan majlis sebaik mungkin....so...apa yang berlaku seterusnya...kita sambung nanti k...daa.

SECOND PHASE [WEDNESDAY/22122010]

Salam baru je settle urusan n tugasan marking paper..alhamdulillah legaa bangat...hahaha..balik awal around 11 pagi..so gi ke Jusco BM dulu dengan kawan...lama jugak kat sana until 230 ptg..hehehe..lepas giankalau  tidak asyik memerap dalam bilik ja...hehehe..alhamdulillah sangat2. So now berdebar utk mengetahui result PMR angah..tomorrow akan bersama dia ke sekolah...Friday got PIBG meeting pulak..adoii...penutup tahun 2010. Next week akan ke Penang..yeehaa..

PENGACARAAN MAJLIS..

Pada sekitar tahun 1996-1998 ..pengetua sekolah i di Pahang selalu offer our school untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan-pertandingan peringkat Negeri seperti Pidato, Drama dan Bahas...pada ketika itu pengacara majlis akan ada gandingan sepasang guru lelaki dan perempuan..kami akan menjalani rehearsal bersama AJK Siaraya dan juga AJK Hadiah dan Cenderahati dari sekolah lain..kesungguha dan keseronokan bekerja amat terasa...so..di situlah membawa kepada tugas pengacaraan yang lain di peringkat sekolah....baik Hari Anugerah  Pelajar, Mesyuarat Agung PIBG, sukan tahunan, dan lain-lain. Antara rakan sekerja yang  pernah menjadi gandingan saya tika itu adalah Sahferi Loman . Skrip pengacaraan tika itu adalah atas inisiatif sendiri..apa yang ditekankan adalah perjalanan majlis yang lancar dan berjaya

Kemudian.,i mula menjadi pengacara majlis di peringkat daerah dalan Karnival KoAkademik dan Perkhemahan Jambori Pengakap, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah dan lain-lain. Pada peringkat ini skrip akan disemak oleh pegawai PPD khususnya bagi sambutan Hari Guru peringkat Daerah dan Perkhemahan Jambori Pengakap...bahagian yang sangat penting adalah PROTOKOL dan juga penyampaiah hadiah...dari semasa ke semasa akan ada saja seseorang di sebelah untuk memaklumkan perubahan terkini. Paling mencabar adalah ketika bekerjasama dengan para Pengetua Daerah Bera pd sambutan Hari Guru peringkat Daerah...sekali lagi teks disemak dah diubahsuai oleh \Pegawai PPD...rehearsal diadakan berulangkali..dan sangat lancar bekerjasama dengan bos-bos ni...hehehe. Signal dari jauh seperti isyarat tangan sangat penting ketika ini...dan still i ingat lagi pengacaraan tu diadakan dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris..wooo...sangat mencabar...[ to be continued..hehehe]


THIRD PHASE

Sehingga sekarang masih lagi diberi kepercayaan mengendalikan majlis seperti Sambutan Hari Guru Daerah, Pertandingan Pantun Peringkat Negeri dan juga internal events di sekolah..sangat berharga tapi rasa gemuruh itu tetap ada...Pengacaraan memerlukan skills dalam penggunaan bahasa berirama dan juga unsur2 puitis seperti pantun.Di samping susunan  VIP yang tepat di bahagian PROTOKOL..dan..pengacara sangat rapat kerjasamanya bersama AJK BUKU PROGRAM, HADIAH DAN CENDERAHATI  dan yang lain2 lagi.
sangat berpuashati apabila majlis berjalan lancar dan menerima pujian atas kecekapan mengendalikan majlis.
so,,mudah-mudahan bagi mereka yang juga pernah mengendalikan majlis..sama2lah kita perbaiki penguasaan bahasa kita agar  kita majlis akan lebih segar dan ceria..daa.





Thursday, December 16, 2010

VEILS OF THE MORNING....;)

Salam..bertemu kembali di sini..fuuhhh...alhamdulillah kian selesai tugas yang agak "memberatkan" minda..tapi boleh dimaafkan cz first time marking...hehehe..so i got two more days to go..sebelum attending final meeting di SJ on this coming Sunday...selepas Tuesday..yeehaa...merdeka...merdeka with my kids..tak sabar nak round the island....hehehe...best jugak dapat tengok movie sekali sekali untuk hilangkan stress..anyway..an island tour tu dah pasti...

This morning i dapat call dari sekolah informing me yang senarai penerima biasiswa *** baru diterima. Masalahnya adalah sekarang ni time cuti..terpaksalah i buka register semua form untuk dapatkan phone number students...woooo...nasib i bawa my daughters..dapatla jugak diorang tolong permudahkan my work. Maybe esok pun have to go again to school untuk jumpa boss..hehehe...aaah...small matterla tu. 

Since balik dua anak dara ni..riuh sikit umah ni...seronok nak masak sebab dua2 kaki makan hahaha..tapi masa my Yaya saje yang tinggal haritu..kami asyik lunch kat luar je..sebabnye 2 3 hari setelah akak dia ke Selangor..masak sikitpun tak habis..so..lebih baik lunch kat luar je...now..rindu sangat pada Yaya...suara di phone tu sound like she was happy down there..alhamdulillah..moga akan jadi kenangan terpahat di hatinya.

Ada few things lagi urusan dan kerja rumah yang belum settle...akan diusahakan agar selesai sebelum sekolah dibuka..bukan ape..kekangan masa yang sebabkan jadual lari sikit..hehehe..yang pastinya kebun i kat depan tu dah penuh dengan warna warni..bunga sudah mulai keluar...tak sabar tul...satu terapi tu sebenarnya setelah penat bekerja ataupun dalam keadaan stress..hehe..saiz garden amat minima tapi kualiti pokok yang ditanam itu yang penting...dalam hati ada taman maa...

K la u guys..nak stop dulu ni..nak masakkan cucur udang untuk the girls..malam ni diorang overnite umah granny..ada cousin diorang balik dari KL..so..tinggal i dengan along je la..so apelagi ada sikit lagi nak abihkan keja tu...insyaallah selesailah menjelang esok thari...lepas tu baru boleh nikmati saki baki cuti..hehehe..to my kids..mum luvs u all..i pohon kepada Allah agar berikan suatu kehidupan yang kian kukuh dan baik dari masa ke semasa. Daa..take care.

Tuesday, December 14, 2010

BAIK-BAIK SAYANG....;-P

*Salam..bertemu sekali lagi..hujan agak lebat di luar jendela sana..lantas menggamit rasa rindu pada my Yaya yang ke Selangor to spend time with her father...miss u  a lot n more Yaya...

*In the same time..umah ni dah jadi gamat kembali dengan adanya Dida n Yaya..boleh bawa bergurau, tolong kerja dapur, jadi tukang urut..hehehe..begitulah bersilih ganti kasih dan rindu demi anak2..Sedikit rasa tension dengan tugas yang sedang dilakukan...walaubagaimanapun..i berazam untuk melakukannya sebaik mungkin. Third and final meeting akan diadakan pada 20-22hb December..so.selepas tarikh itu i ada about two weeks utk nikmati cuti..insyaAllah akan dirancang satu  masa bersama agar anak2 merasakan nikmat bercuti itu..hehehe


*Dah mula sibuk sediakan keperluan n kelengkapan persekolahan anak2..next week have to go to Dida's school..utk membeli peralatan n keperluan sekolahnya. My Angah mulai cemas dengan keputusan PMR nya..and..my Yaya...sibuk dengan minatnya dalam olahraga nak sertai acara itu dan ini...hmmm...My Along dah tamat persekolahan..buat masa ini belum ada apa2 aktiviti yang dilakukan.hehehe..just helping me berkebun n kemas umah...sekejap je masa berlalu..membesarkan diorang ni dengan seribu perjalanan pahit manis  dugaan dan kehidupan...moga akan bertambah lagi kekuatan jiwa ini untuk menggalas tanggungjawab  terhadap anak2 yang tersayang...

* Lama i tak berkesempatan membaca buku2 motivasi as i always do it before..kekangan masa amat terasa..hehehe..jangan risau hidup kita akan kembali normal sesuai dengan peredaran masa. Kalau nak disenaraikan..fuuhhh..memang panjang berjela tugas n kerja yang perlu diselesaikan..tapi..slow n steady la..kita lakukan mengikut kemampuan fizikal n minda kita...mudah-mudahan..akan luaklah satu persatu dari nya...

* K la..hve to stop now..hehehe..belum lunch lagi ni...angah masakkan daging kicap hari ni..hehehe..biarlah simple..as long dia belajar...kena mula hidup berdikari becoz..sesuatu yang tidak terduga itu boleh berlaku pada bila2 masa sahaja..so..berikanlah bekalan ilmu n kemahiran yang dapat menjadikan diorang berdikari...amin

* To adik [Yaya]..mak rindu sangat kat adik..sunyila dik..so harap jagalah diri baik-baik k..gunakanlah kesempatan yang ada itu untuk merasai belaian n kasih from ur dad...mis u sangat2...anddd....to Angah , Dida and Along..jom same2 gotong royong kemas umahhh..hahahah..luvs u all..baannnnyyyyaaaaaaakkkkkk [2x] tu

Sunday, December 12, 2010

EXTRAVAGANZA....!!

SALAMM..

Salam n morning untuk semua...pagi ini penuh rahmat bila hujan di luar..permulaan hari yang baik..insyaallah. Sebelum i mulakan kerja i seperti biasa..i ambil sedikit masa to jot down something here...hehehe..alhamdulillah tidakla sekalut 2 3 hari yang lepas sebelum i mendapat rentak marking paper tu...so now...a lot of improvement..terlalu banyak pengetahuan berharga yang i peroleh...dan ada juga terasa sedikit ketinggalan hehehe...anyway..Allah berikan i peluang ini n i takkan sia-siakan...mudah-mudahan.


My kids..angah n dida akan balik harini..n..in the same time Along n Yaya pulak akan spend time with their dad..alhamdulillah..perjalanan hidup ini Allah berikan kepada mereka seadanya..moga happy hendaknya. Ill continue doing my work..mungkin ..akan released tension juga petang nanti..minda n hati pun nk jugak rehat..hehehe..

Tahun hadapan akan tiba  in about two weeks from now..setiap tahun i berharap that ..tahun baru yang akan menguatkan lagi semangat jati diri dalam diri i..alhamdulillah jika dihitung kebelakang..im still alive..!!! Masih ada powerful spirit...thank u Allah..that was a precious gift yang diberikan pada i..no doubt at all about it..

So u guys..have to go now..hehehe..biarlah ringkas coretan ini asalkan dapat merasakan kehadirannya..hehehe..nk pekena nescafe panas..do take care..my luvs to all selected persons in my life.Daa..

Friday, December 10, 2010

INTAN TAK BERWAJAH....;P

*Salam n good morning to all u guys...baru settle marking paper utk fasa pertama hari ini bermula dari pukul 6 pagi tadi...fuuuhhh....apelagi jom pekena nescafe...huahuahua..hajat tak kesampaian hehehe..susu pekat manis dah kehabisan stock..so minum coffee panas je la...huhuhu....

*Now ..tengah memikirkan macamana nk dapatkan quality of life yang betul2 boleh avoiding me dari rasa stres dan banyak memikir..hmmm..of coursela memohon kepadaNya...but what i meant here is ..our action on how to control n manage ourselves...there are lot of things or incidents yang menjadikan kita berfikir dan menilai siapa kita n kenapa kita are facing up those difficulties in life...some of them ada jawapannya..but there rest..u never going to get it...well its ok...kita cubalah memohon kepadaNya kerana semua kemusykilan n jawapan itu ada padaNya..and i know..ALLAH tidak akan menzalimi umatnya...

*  Kita sebenarnya mempunyai pelbagai bentuk rasa dalam diri kita...we cant stop our feelings to feel those kind of different feelings tu..but..we still have an optional yang mungkin the best decision and action untuk mencorakkan kembali kehidupan kita. Bersyukur itu yang pertama, menginsafi itu yang kedua dan bertawakkal itu yang ketiga...semoga Allah bersama kita all the times day n night untuk memberikan kita satu kefahaman n keredaan siapa kita n di mana kita dalam kehidupan seseorang ataupun di dalam perjalanan kehidupan yang panjang ini...bila ianya dari Allah maka tenanglah hati kita menerimanya...

* K la..nak stop dulu. Nampaknya sepanjang seminggu ini tak dapatla i nak coretkan sesuatu dengan panjang lebar...masa sangat berharga..in the same time nak uruskan kehidupan rumah tangga dan anak2 lagi. Kalau ada rujukan buku..senangla i just taip je..heheheh....so u guys tke care..and live happily with those who only appreciate u as the way u are...daa. Dida, Yaya, Along n Angah ...luvs u like crazy...




Thursday, December 9, 2010

ASAM PODAS PUN SODAPP...HEHEHE

*Salam..fuuhh..berjumpa again on this column..hahah..curi-curi masa cz belum settle marking paper...inipun rehat sekejap..rehat yang tidak tenang..sebab msih byk lagi tu...fuuhhh...moga dapat capai target...so..hari ini macam blur sikit..heheh..asyik focus on marking sampai tak sedar dah pukul 2.00 petang rupanya..thats why i rehat jap..


* My kids..along baru saje selesai duduki SPM. Semalam paper terakhir..that was Biology paper. Inilah masanye nak buat operasi mengemas rumah..but still terhad ruang cz i pulak yang terikat dengan tugas marking ni...adoiii...yaya on n off doing some exercises..namapun cuti..tapi still i ingatkan n suruh dia buat latihan wp sedikit. My Dida n Angah akan balik hujung minggu ni...hmm...rindu betul kat diorang tu...2 hari lepas called nangis2 sebab demam...itulah..bila tak sihat..maknye juga yang dia ingat..heheheh....moga both of them akan happy down there


* Cuti dah hampir separuh bergerak..so far so good..staying at home..enjoy the day dengan tenang..cz..during schooldays..jarangla dapat nikmati the whole day relax macam ni. Sometimes lunch pun dah hampir petang..waktu malam pun stil terkejar2 ke sana sini uruskan anak...hmm...teringin pulak nak makan dadih...japgi nak buatla sikit..hehehe..semalam ke pasar malam  terlupa pulak nak beli taufu fa..hmmm..ada taufu fa..tak jalan dah yang lain2 tu..dadih ke..agar2 ke...hehehe...


* My neighbours pun still ramai lagi kat luar tu..jadi takla rasa sunyi sangat..jarang dapat keluar berbual dengan diorang..ntah la..bila ada kesempatan...kenal mesra dari jauh n terserempak pun secara tak sengaja..but to have satu masa khusus keluar berbual tu tak adala...ini pun becoz of cuti dapat spend waktu pagi tanam n trim pokok...esok nk settle bahagian belakang umah...nak buat macamana..kudrat n tenaga terhad..hahaha..anak i suggest tnm je bunga plastik hehehe...tp..ok gak..i pernah ternampak satu umah tu  gantungkan pokok orkid palsu..hehehe..nampak comel je..sekali lalu rasa teruja..3 4 kali seterusnya...pelik juga subur semacm je bunga tak luruh2..upenye..bunga tipu...hmmm..


* 2011 hampir tiba..i really hopes that ia akan menjadi the best year i ever had..semoga memakbulkan harapan i..takde lagi harapan palsu, kerja terbengkalai, tekanan, kesedihan, kekalutan dan ketakutan..hehehe..mcam slot misteri nusantara pulak..so..betul ni..harap sesangat..disuburkan dalam jiwa n minda ini..suatu ketenangan dan keredaan...azam n harapan diteruskan dan dikemaskini agar lebih perkemaskan jati diri...


* Kla u guys..nak stop dah ni..Jap gi nak continue kerja i tu la..ptg sikit baru nak keluar ngiburkan hati..heheh..semoga anda mendapat ruang dan masa yang tenang n ceria. Take care..daa

Tuesday, December 7, 2010

LACK OF POWER..HEHE

Selamat pagi actually kepada semua..i tak ade ape nak jot down buat masa ni..letih tak hillang lagi ni..malam ni ape pun tak buat...hehehe..esok bangun awal baru mula balik marking...moga sihat n bertenaga..
Cuaca hari ini mendung saja...sakit betul kepala waktu drive balik ke PB. Alhamdulillah selamat sampai. Tadi my yaya balik jap kat umah ni dengan Mama n Maklong dia...again overnite kat umah granny dia..so..esok pagi baru i ke sana...

Dengan kedatangan tahun baru ini..i berharap lebih keberkatan n ketenangan hadir dalam hidup ini. Moga akan terurai segala kekusutan yang  tertunggak...moga akan lebih komited dalam tugas..moga kan lebih menjadi the best mum for my kids..mogakan lebih sabar menghadapi karenah pelajar-pelajar...adooiii..banyak betul harapan n azam..mudah2an Allah permudahkan..

Dah 3 hari tak masak..hehehe..so esok nak bukak balikla periuk belanga tu...masak apa yang ada..hmmm...
Tapi entahla..sejak my two daughters tak ada kat umah..selalu makan kat luar je..hehehe..tengokla camne..kalau masak pun simple je la...guna flying kick style..hahaha...

K la u guys..i have to go now..so take care. Kena jaga bio-rythm  badan kita..moga esok lebih bertenaga n bersemangat...so..daa.

Sunday, December 5, 2010

DALAM HATI ADA TAMAN....HMMMM

INTRODUCTION
Salam..bertemu lagi di sini. Actually seharian agak meletihkan..hehehe..tapi masih ok lagi. Malam ni tido awal sikit cz nak bangun 430pagi..sambung tugasan. Itulah dapat jot down sikit di sini...hmm..hari ini hujan sewaktu on the way to Seberang Jaya..tapi ok je cz traffic tak sibuk sangat pada pagi weekend ni...sebaik je selesai breakfast terus sambung kerja dengan khusyuknye..yang kelakarnya..our room dekat dengan kantin..so..kitorang la yang dulu ke sana bila nampak caterer tu sampai..dah tu ada dua orang marker pula yang pregnant ape lagi...hari siap dengan kudapan kekacang, prune n kerepek lagi...hehehe...

FEELINGS
Rindu sangat pada ANNISA NUR AIDA and ANNUR KHALIDA..dah 2 minggu tak ada di rumah. Hujung minggu depan balikla tu...Excited  juga tentang new experience ni..sangat berharga..memberi satu garispanduan yang lebih kemas dan terarah. Juga excited akan bersama my friends ke Sg Petani..insyaallah..cari hari yang sesuai.  Sedih pun ye jugak..sebab..dah hampir seminggu terganggu sikit jadual dengan yaya nak buat revision on certain section yang dia lemah..malam ni pun overnite kat umah granny dia...esok baru boleh relaxs sikit...n..tak stress sangat seperti hari ini dan semalam...

HOPES
Hehehe..kelakar pulak tengok format penulisan malam ni..senang sikit i nak perah otak menulis..harapan agar i dapat settlekan semua kerja on time..kemudian ...menyambut tahun baru dengan buku baru...hehehe..nak happy n ceria selalu dan lebih komited terhadap tugas..Juga hope that..fasa kedua kemas tempat i kat bilik guru tu akan selesai minggu ini...hehehe...kemas mejapun ada fasa2..nak wat camana..kilang kertass..hahaha
Juga berdebar menanti keputusan PMR angah after Christmas nanti...and also hope that along dapat menjawab paper Chemistry esok...n paper Biology on Wednesday...

MESSAGES
*To my kids..mum luvs u so much..
*Enjoy reading my blog..n..if u have any ideas to share with..so..jom kongsi.
*To my friends..thank u
*Jumpa lagi esok...nanti i jot down satu tajuk RAWATLAH HATI..tapi tak ingat siapa penulisnya..buku ni my mum yang beli so..nanti i baca dulu then baru kita share di sini k...so..all the best to all of u...tke care..daa

Saturday, December 4, 2010

SUNSWEET...HEHEHE..

*Salam u guys..just coming back from Seberang Jaya. Hari yang agak meletihkan but sangat menarik..full of experiences...sangat berharga. Inipun sekadar  ringkasannye sahaja. This morning i melalui satu spot yang mengingatkan i pada seseorang..fuuhh..alhadulillah my spirit was still strong..hving a thought is not a sin..am i right..

* Petang tadi hujan...i cari Mat Nescafe je sesampai kat umah my sister di Prai..legaa..minum 1 mug panas..memang layann..itulah ubat mujarab setelah seharian menggunakan minda..so now i dah sampai kat umah..one mug of nescafe again..jap gi nak start balik buat keja...hope tomorrow is going to be more ok compared to today achievement...mudah-mudahan.

* My kids pun akan miss me around these three days..so be patient u guys..nanti kita cover up balik moment yang hilang tu..tadipun just belikan udang untuk masak as simple as i can..hehehe..nak kejar masa...maybe my yaya akan ke umah granny dia tomorrow morning..takut pulak ditinggalkan alone at home..hmm.

* Banyak betul yang i missed sepanjang hidup di rantauan dulu..yang nyatanya sesat di tempat sendiri..akan i cuba untuk explore tempat sendiri after settle marking paper..insyaallah. Lagipun..my situation sangat limited spaces n chances utk berbuat demikian..insyaallah setahun dua lagi..expertla dengan jalan2 di Penang ni...

* K la u guys...i letih sangat ni...so..jumpa lagi..nak rehat jap then sambung keje..sok pagi nak rush ke Seberang Jaya again...doakan i selamat dalam perjalanan pergi dan balik k...and to DIA..thank u for ur concern..MU. To my kids..mum luvs u..and to my angah n dida..bestla ye kat umah abah...hmm...tak ingat kat mak dah la ye..huhuhu....

Thursday, December 2, 2010

HUMAN THOUGHT BASED ON COLORS....

*Salam n selamat pagi..pagi yang tenang..actually..baru sahaja selesai mengemas rumah n sedang menanti masa untuk Yaya pergi tuition...hmm...Along sedang menduduki paper Physics..my Angah n Dida still  di KL..so..tinggallah kucing sekor si BABY bermata biru ni buat kawan..hehehe...well guys..jom kongsi bersama bahan presentation oleh salah sorang of my collegues during Book Review Presentation tempohari. Its about colours describing our mind n thought.

* Ada 6 warna semuanya di mana setiap warna ini melambangkan corak pemikiran setiap individu yang bernafas di dunia ini. Anyway..sejauhmana kebenarannya amat subjektif untuk kita  mengukurnya. PUTIH, MERAH, HITAM, KUNING, HIJAU DAN BIRU...adalah 6 warna yang mewakili corak pemikiran individu.

* PUTIH [WHITE]

merupakan warna neutral. Warna ini memberi deskripsi bahawa pemikiran individu kategori ini adalah mereka yang mementingkan fakta atau maklumat semata-mata. Individu yang kurang mempunyai keupayaan untuk melenturkan perasaan mengikut sesuatu keadaan atau ketika.

*MERAH [RED]

pemikiran individu kategori ini adalah berlandaskan perasaan iaitu emosi dan inituisi. Pemikiran wujud kesan dari gerak hati. Ketenangan , kemarahan dan kesedihan terbentuk dari apa yang dirasakan oleh gerak hati. Sangat sensitif dan sangat optimistik..tetapi..kesemuanya based on internal strengthness.

*HITAM [BLACK]

deskripsi pemikiran individu kategori ini adalah negative. Merangkumi kelemahan keburukan dan kecacatan.
Sangat pesimistic sama ada terhadap diri sendiri mahupun kepada orang lain dan persekirarannya.

*KUNING [YELLOW]

Individu kategori ini adalah mereka yang berfikiran positif, sentiasa memikirkan ke arah kebaikan dan sentiasa memikirkan faedah dan keistimewaan sesuatu idea yang lain. Positif pada diri sendiri dan juga pada orang lain dan persekitarannya...boleh dikatakan bersifat menghargai.

*HIJAU [GREEN]

Kreatif..itulah sifat pemikiran individu kategori ini. Pemikiran kreatif ,sentiasa punyai percambahan idea dan bersifat rekacipta dan sentiasa mencari idea-idea baru.

*BIRU [BLUE]

This colour is actually satu bentuk pemikiran yang mengawal kesemua warna pemikiran yang di atas tadi. Pemikiran yang bersifat kawalan. Kawalan di sini bermaksud satu bentuk pemikiran yang berfungsi untuk berfikir, membuat rumusan dan seterusnya membuat suatu keputusan terbaik antara options yang sedia ada.

* So..itulah antara pengetahuan ilmiah yang dapat kita kongsikan bersama. Sometimes kita tidak mengambil serius tentang pengetahuan seumpama ini..tetapi tidak salah jika kita jadikannya sebagai salah satu koleksi pengetahuan untuk memberikan variasi dalam kehidupan kita. So..dont take it too hard k...


*K la have to stop now..moga happy lalui kehidupan n  sayang to all selected people in my life k..daa.

Wednesday, December 1, 2010

AKU SEKADAR HAMBA'MU'....

ERTI TAWAKAL


Ya ALLAH...
dalam kembara ini KAU mengajarku erti tawakal
pada lambungan dan lenturan awan
ada takut dan harap
ada cemas dan tenang



Ya ALLAH...
terlalu rapuh rupa-rupanya imanku pada MU
terlalu jauh penyerahanku pada MU
aku takut ya ALLAH..
di mana aku di sisi MU?


Ya ALLAH
pimpinlah aku
didiklah aku
terimalah aku
sebagai hambaMu yang yakin
selalu menyerah kepadaMu
dalam apa jua keadaan
di mana jua kedudukan
yang kuharap hanya KAU
rahmat dan pembelaanMU
kemudi hatiku kian longlai
pelayaran ini terlalu panjang
kembara seakan tak berhujung
aku lelah.....


KAUlah yang Maha Gagah
pada kelemahan dan keletihan ini
kupohon KAU pulihkan
berilah aku kekuatan..
untuk kuteruskan perjalanan.



Pahrol Mohd Juoi

Total Pageviews

visitors online