12 TIPS MERAWAT MARAH SECARA AMALI...JOM SHARE..;-P
******************************************************************************
1. Baca ta'awwuz
Apabila datang marah, banyakkan membaca ta'awwuz . Berlindunglah kepada Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
"A'uzubillahiminashaithanirrajim"
2. Mengubah posisi
Ketika marah ubah posisi anda kepada yang lain. Contohnya, andainya tika marah anda sedang berdiri maka ubahlah posisi dan cuba duduk pula. Jika tidak berkesan juga, maka tidurlah barang seketika kerana tidur dapat meredakan api kemarahan.
3 Mengambil wuduk
Ambil wuduk kerana dengan berbuat demikian, api kemarahan dapat disejukkan.
4 Diam
Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah selamatkan kita daripada marah.
5. Banyakkan berzikir
Banyakkan berzikir agar dapat mengajak diri kepada mengingati Allah sebagaimana maksud hadis berikut:
" Ucapan yang paling baik yang disukai Allah ada empat perkara, tidak berat kepadamu untuk mengucap bila-bila sahaja iaitu " Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illah dan Allahuakbar" (Riwayat Muslim"
6. Menyebut Asmaul Husna.
Sambil berzikir dengan nama-nama Allah, kita memohon semoga Allah mudahkan kita memaafkan orang. dilembutkan hati, sentiasa bersabar serta disayangi Allah dan makhluk yang lain.
7. Melakukan amalan seperti antaranya:
*solat taubat
*Membaca al-Quran
*Berpuasa sunat
8.Minum Air dan berdoa
Ada orang yang minum air zamzam dan air yang didoakan oleh ulama. Wp begitu, hati kita perlulah meletakkan harapan sepenuhnya kepada Allah keran Allah jua yang berkuasa sepenuhnya dan yang memegang hati hambaNya.
9. Mengawal pernafasan
Pernafasan berkesan dapat mengawal sifat marah. Kehadiran oksigen di dalam otak dapat mengurangkan keamarahan. Caranya, cuba bernafas dengan cara berimpak, menrik nafas melalui hidung dengan tujuh kiraan. Tahan sampai kiraan 14, kemudian lepaskan melalui mulut atau hidung secara perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 10 kali. Tubuh yang kaya dgn oksigen akan dibawa oleh darah ke kepala dan ini akan membawa kepada ketenangan/
10.Menjaga diet pemakanan.
Makan makanan seperti sayuran, buah-buahan, yang tidak punyai bahan pengawet dan banyakkan makan daging putih
12. Kegiatan fizikal
Lakukan kegiatan fizikal sewaktu suhu naik, contohnya buat perenggangan seperti beriadah (bersenam)
13. Ubah kepada aktiviti lain
Lakukan aktiviti lain untuk lari daripada suasana yang merangsang marah seperti mendengar lagu dan muzik, melihat sekeliling , memerhatikan orang yang lalu lalang atau apa sahaja agar reda marah. Pandanglah apa yang ada disekeliling kamu dengan penuh merendah diri dan ubudiyyah kepada Allah.Insyaallah hati kita akan tenang.
INAAO2667
SoLusI
Dr Hj Mohd Fadzilah Hj Kamsah