Rasa kurang cergas, mengantuk dan kelesuan adalah antara masalah biasa yang dialami di tempat kerja terutamanya selepas waktu rehat ataupun pada waktu tengah hari....Situasi ini akan menyebabkan fokus dan produktiviti kerja sedikit terjejas.Gaya hidup , tabiat pemakanan dan cara kita mengawal minda serta emosi sebenarnya banyak mempengaruhi tahap kecergasan diri.So..di bawah adalah beberapa tips untuk mengatasi rasa mengantuk...insyaallah.
1. Sarapan walaupun tidak merasa lapar.
Individu yang bersarapan akan merasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal berbanding dengan mereka yang mengabaikannya. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingsom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon yang menyebabkan tekanan.
2. Makan Setiap tiga hingga empat jam dalam kuantiti kecil
Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa. Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga.
3. Minum air dengan banyak
Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Ini akan menyebabkan kita menjadi penat...Rasa mengantuk terutamanya selepas makan tengahari menandakan kurangnya oksigen sampai ke otak. Oleh itu, minumlah air kosong dalam kuantiti yanga banyak....8 gelas sehari.
4. Segarkan semangat anda
Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Kebiasaannya, keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara. Keletihan fizikal akan hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. namun keletihan mental atau stres akan berlarutan selagi ia tidak ditangani..Kegembiraan akan automatically menjadikan otak dan badan terasa lebih bertenaga dan cergas.
5. Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku di hati.
Keluhan hanya akan beri kesan negatif kepada semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah. So..luahkan sama ada bercerita dengan sesiapa yang boleh dipercayai atau coretkan atas kertas..agar ringan segala apa yang bersarang di minda.
6. JANGAN pandang rendah pada diri sendiri
Cari kelebihan diri dan gunakan ia sebagai perangsang semangat utnuk menjalani hidup dengan lebih baik. Didik diri menjadi pemaaf kerana sikap ini sebenarnya memberi kesan positif terhadap minda dan emosi kita.
7. Amalkan teknik pernafasan yang betul
Apabila kita berada dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya, tubuh akan mengalami kekurangan oksigen. Kesannya, tubuh anda akan bersa cepat letih dan lesu. So..tarik nafas dalam-dalam , tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan dalam ulangan 10 kali
Demikianlah antara tips untuk menangani masalah mengantuk di tempat kerja...ada di antaranya termasuk juga tidak mengambil minuman yang berkaffein..as for me..beberapa sachet Nescafe 3 in 1 adalah paling berkesan membangkitkan semangat dan aroma tika diri dilanda stres atau rasa ngantuk..hehehe...moga mendapat kebaikan darpadai bahan di atas yang saya petik dan ubahsuai dari artikel asal dalam Majalah Keluarga Harmoni keluaran Februari 2011.
INAAO2667